Hiburan By: SGMS Faida August 13, 2019 @ 3:30pm

Siap Sedia Jadi CEO Stesen TV, Ac Mizal Sedia ‘Ubah Angin’

Pelakon dan pelawak terkenal, Datuk Ac Mizal mengumumkan dia kini bulan lagi artis eksklusif di stesen televisyen Astro.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Ac Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini memaklumkan kontraknya bersama stesen tv itu sudah berakhir secara baik dan kini mula sibuk dengan perancangan penubuhan stesen tv miliknya yang bakal beroperasi tahun depan.

“Ia juga membuka ruang kepada saya untuk bekerja dengan stesen TV lain seperti apa dilakukan bersama TV3.

“Dalam masa sama, seperti yang saya kongsi sebelum ini, stesen TV yang akan diberi nama AC TV dan diterbitkan sepenuhnya Ohsem TV akan memulakan operasi pertengahan tahun hadapan. Sekarang, saya sibuk dengan kerja penubuhannya.

“Projek Pop Yeah Yeah dihasilkan dengan kerjasama TV3 akan dijadikan penanda aras sebelum kami memulakan operasi. Saya dan rakan kongsi melihat TV3 sebagai ‘induk’ untuk kami belajar selok-belok perniagaan dunia penyiaran.

“Saya dan Adam bersyukur dengan kerjasama bersama TV3 dan kami turut berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menerbitkan program untuk TV3 selama setahun,” katanya.

Kata AC, walaupun tidak bernaung di bawah Astro, dia tetap menjalin kerjasama dengan stesen TV berbayar itu malah ada beberapa program kendaliannya sebelum ini akan diteruskan.

Sementara itu, Ac juga tampil dengan karya terbaharu di TV3, sitcom Kafe Pop Yeah Yeah yang merupakan terbitan bersama rakan kongsinya, Datuk Adam Ilyas.

Bercerita lanjut mengenai idea untuk menghasilkan sitkom Pop Yeah Yeah kata AC, ia hadir ketika dia menjayakan persembahan bersama Kugiran Masdo. Turut sama terbabit dalam persembahan itu ialah kumpulan Hujan.

“Saya terkejut melihat sambutan peminat terhadap Kugiran Masdo. Kegilaan umum terhadap kumpulan ini buat saya rasa kagum. Menerusi lagu mereka yang berunsur 60-an itu memberikan saya idea untuk menghasilkan Pop Yeah Yeah,” katanya.

Jelas AC, Pop Yeah Yeah bukan menggambarkan situasi pada era 60-an tetapi mengisahkan hidup Jefri Dom yang popular sebagai penyanyi. Dia pesaing kepada Jefri Din pada zaman itu sehingga menggelar dirinya sebagai Jefri Dom.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

独具一格的Gegaria嘉年华

你有多久没有参与户外活动?周末是不是都宅在家、逛购物商场,又或只是看电影呢?小编上周六就去到了关丹达鲁尔马克穆尔体育场参与“Gegaria嘉年华”,从早到晚可说是节目不间断,无论是吃喝玩乐,都可在这里找到,绝对适合一家大小。

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

孙燕姿二宝生了! 2.79KG女儿

恭喜孙燕姿生二宝了!孙燕姿25日在新加坡产下 2.79 公斤的女宝宝。

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Raffi Ahmad Bakal Bersara?

Selama ini saya hanya sibuk dengan pekerjaan sehingga…

TECH Wed, 16 May 2018

Harga Langganan Untuk Khidmat Storan Google Kini Lebih Berpatutan

Google One yang terbaru dan terkini dari Google , apa yang menarik tentang Google One kenalah baca

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Peminat Lagu Bollywood, Nantikan Konsert Terunggul Shreya Ghoshal Di Malaysia 2020

Peminat filem dan lagu Bollywood tidak seharusnya melepaskan peluang ini!

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Doakan AR Badul…

Semoga cepat sembuh idola ramai…

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Lamanya Najwa Latif ‘Peram’ Lagu?

Makesure dengar tau lagu ni!

| Live TV