Hiburan By: Del14 January 10, 2020 @ 4:42pm

Peminat Lagu Bollywood, Nantikan Konsert Terunggul Shreya Ghoshal Di Malaysia 2020

Penyanyi playback terkenal India, Shreya Goshal akan membuat kemunculan perdana dengan mengadakan persembahan beserta live band penuh bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 Februari 2020.

Shreya Ghoshal (36) telah merakamkan lagu-lagu untuk runut bunyi dan album dalam pelbagai bahasa India dan telah menjadikan dirinya sebagai penyanyi playback utama di industri filem India.  Selain itu, Shreya juga muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. 

Sepanjang kerjayanya, beliau telah dicalonkan sebanyak 494 kali dan memenangi 150 anugerah, termasuk empat National Film Awards, empat Kerala State Film Awards, dua Tamil Nadu State Film Awards, tujuh Filmfare Awards – termasuk enam Penyanyi Playback Wanita Terbaik – dan sepuluh Filmfare Awards South.

Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award  untuk Penyanyi Playback WanitaTerbaik.

Pernah mendapat pengiktirafan dari pihak Ohio di Amerika Syarikat, apabila Gabenor Ted Strickland mengisytiharkan 26 Jun sebagai “Hari Shreya Ghoshal”, dia juga mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat yang terpilih di United Kingdom pada April 2013.

Penyanyi yang mempunyai 16.9 juta pengikut di Instagram itu tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017.

Saya sangat teruja untuk tampil di Malaysia buat kali pertama dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Standard Chartered Malaysia. Saya merasakan bahawa ini adalah sebuah pengiktirafan yang tinggi dari sebuah bank global kerana ia menunjukkan betapa impak industri hiburan Bollywood telah dicapai di peringkat antarabangsa dan sejauh mana ia telah berlaku. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan semua peminat saya di Malaysia,” ujar Shreya Ghoshal mengenai kemunculan sulungnya yang akan datang di negara ini.

Konsert ini akan menampilkan lagu-lagu hits nyanyiannya iaitu Chikni Chameli (dari filem Agneepath), Dola Re Dola (fdari filem Devdas), Deewani Mastani (dari filem Bajirao Mastani), Teri Meri (dari filem  Bodyguard) dan banyak lagi.

Konsert “Shreya Ghoshal Live In Concert Malaysia 2020” dipersembahkan oleh Standard Chartered Malaysia dan dianjurkan oleh anjuran Hitman Solutions.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM150 (Bronze), RM250 (Silver), RM450 (Gold), RM600 (Platinum), RM1,000 (Diamond) dan RM1,500 (VIP). 

Tiket-tiket konsert telah mula dijual sejak 6 Januari 2020 melalui  www.myticket.asia.

Oleh FAS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 8 May 2019

Serius Ke? Sajian Buffet Ramadhan Serendah RM 88 Di Dorsett Kuala Lumpur!

Wah, buffet Ramadhan RM 88 per person di Dorsett Kuala Lumpur! Jom try!

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Bapa Liza Hanim Meninggal Dunia

Bapa penyanyi Liza Hanim, Abdul Halim Abdul Razak, 73, meninggal dunia akibat kanser di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), sebentar tadi.

Hiburan Wed, 16 May 2018

Wow! Anak Beckham Cuba Nasib Di Korea Selatan

Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

TECH Wed, 28 Mar 2018

Muat Turun Data Di Facebook Untuk Keselamatan, Kami Kongsikan Caranya!

Oh ya! Korang perlu bersabar sikit ya memandangkan ia bakal mengambil masa beberapa minit bergantung kepada berapa banyak data anda dan berapa lama anda menjadi pengguna Facebook.

Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

ALTIMET UCAP SELAMAT TINGGAL PADA PENTAS AJL?

Bagi Altimet, keputusan ini dibuat untuk memberi laluan kepada penyanyi rapper lain untuk beraksi dipentas yang cukup berprestij ini. Seterusnya, menyangkal dakwaan bahawa Altimet mengambil keputusan ini kerana dikatakan sudah give up

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Eizlan Yusof Menang Anugerah Di Korea, Tahniah!

Datuk Seri Eizlan Yusof menerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di Festival Filem Art Chunsa ke-24.

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Zee Avi Kembali Menetap Di KL

Alhamdulillah, someone is back for good!

Events Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 | 众星闪耀星光红地毯 [影片]

一场盛大的颁奖典礼,许多镁光灯注目的焦点除了谁夺走了什么奖项回之外,就是一开始的红毯穿著。

| Live TV