Trending By: Attiqah Mohd July 22, 2019 @ 2:01pm

‘Kalaulah Saya Berpeluang, Saya Mahu Memeluk Anda Semua’-Rihana Oksana Terharu..

Kemelut rumah tangga Sultan Kelantan dan bekas ratu cantik Russia, Rihana Oksana Petra akhirnya berakhir apabila pihak peguam Sultan Kelantan telah pun mengesahkan perkara berkenaan. 

Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Rihana melahirkan perasaan syukur dan terharu dengan sokongan rakyat orang ramai terutamanya rakyat Malaysia ke atas dirinya setelah kes penceraian mereka disahkan.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Terima banyak mesej positif, sokongan dan dorongan

Rihana turut menyatakan perasaan syukur walaupun dirinya merupakan wanita berbangsa asing dan mempunyai budaya yang berbeza.

“Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar”.

Genap 2 Bulan Tengku Leon Petra 

Rihana turut mengumumkan bahawa puteranya bersama Sultan Muhammad telah mencecah usia 2 bulan. Rihana juga mengatakan bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk membesarkan anaknya dengan sempurna. 

“Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku”. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

Trending Thu, 19 Mar 2020

Covid-19 : Akhirnya! Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Itali Dan Iran Dibawa Pulang Ahad Ini

Diharap semoga perjalanan rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air berjalan dengan lancar

Trending Sun, 12 May 2019

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah Ketika Rakan-Rakan Selamatkan Diri

Trending Wed, 20 Mar 2019

重温经典美国影集《六人行》 LEGO提案完美还原中央公园咖啡店场景!

经典美国影集六人行虽然下档许久,但至今仍有各种方式无限回味,就像是法国设计师用了乐高积木。

Trending Thu, 27 Dec 2018

OMG! Pantai Samila Bergegar Terkena Bom

Alhamdulillah…tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Trending Fri, 17 Jan 2020

Youtuber Dipenjara Selepas Bersalah Panjat Piramid Di Mesir

Seorang Youtuber Rusia-Amerika, Vitaly Zdorovetskiy telah dipenjarakan selepas beliau didakwa memanjat pyramid di Mesir. Tindakan beliau ini adalah untuk cuba mendapatkan sumbangan dan derma untuk tragedy kebakaran yang berlaku di Australia. Dia yang lebih dikenali […]

Trending Mon, 29 Jul 2019

Siaran Khas Majalah 3 Adat Istiadat Upacara Pertabalan Agong Malam Ini!

Jangan lupa tonton jam 9 malam ini hanya di TV3!

Trending Fri, 20 Apr 2018

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Rasa macam nak gigit!

Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Fri, 9 Nov 2018

Hati Putera Mateen Milik Wanita Jelita Ini?

Namun begitu, netizen di Twitter memaklumkan wanita jelita ini merupakan sepupu atau family friend kepada Mateen. 

| Live TV