Trending By: Bibi Ramli April 20, 2018 @ 3:00pm

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Baru dua bulan lebih Kylie Jenner melahirkan anak pertamanya Stormi Webster, iaitu hasil daripada hubungannya dengan pemuzik Travis Scott.

Walaupun dulu Kylie memilih untuk merahsiakan kehamilannya, kini dia sudah mula berkongsi info dan gambar-gambar manis bayinya itu melalui akaun media sosialnya.

Terbaru, ahli perniagaan muda yang berumur 20 tahun ini telah memuat naik beberapa klip video Stormi melalui Snapchat.

Waaah, anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Comel sangat! Dahlah mata besar, gelak dan senyuman cute pula… rasa macam nak gigit saja!

 

A post shared by Kylie Jenner (@kyliesnapchat) on

 

A post shared by Kylie Jenner (@kyliesnapchat) on

Video-video ini menunjukkan betapa sayangnya Kylie terhadap anak perempuannya itu.

Dan mungkin ini adalah reaksi Kylie terhadap para netizen yang mengecamnya kerana memilih untuk menghadiri Coachella minggu lepas daripada menjaga anaknya.

Acara ini adalah sebuah pesta muzik tahunan terkemuka di Amerika dan dihadiri beribu-ribu peminat muzik.

I’m not a regular mom I’m a cool mom (saya bukan ibu yang biasa, saya ibu yang cool),” tulis Kylie di Instagram.

 

I’m not a regular mom I’m a cool mom

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Tindakannya itu tidak diterima dengan baik oleh kebanyakan netizen. Mereka berpendapat dia sepatutnya meluangkan sebanyak masa yang boleh dengan Stormi yang masih kecil itu, bukan pergi “berjimba” di pesta keramaian.

Sewaktu kehamilannya, Kylie telah menyepi; kononnya dia ingin berikan perhatian sepenuhnya kepada kehamilannya sebagai persediaan untuk menjadi seorang ibu.

Tapi setelah Stormi dilahirkan, Kylie kembali muncul di mata orang ramai dan nampaknya dia sudah berbalik ke gaya hidup yang lama.

Ramai juga marah kerana Kylie telah memberikan tanggungjawab menjaga Stormi kepada pengasuh sementara dia bersuka ria di Coachella, padahal itu tugas dia sebenarnya. Mentang-mentang kaya!

“Betul ke dia seorang ibu? Hanya melahirkan anak tak bermakna kamu seorang ibu. Kamu juga perlu sentiasa bersamanya,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kamu patut ingat yang para ibu tidak menggunakan anak mereka sebagai aksesori fesyen,” kata seorang lagi.

Wah, marah betul orang-orang di Internet! Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang berpihak kepada Kylie.

“Oh, Travis Scott boleh pula keluar berjalan tapi Kylie tak boleh? Menjadi seorang ibu tak bermaksud dia harus duduk rumah memanjang,” komen pengguna @juuliaphillips di Instagram.

“Kita hanya lihat apa yang Kylie mahu kita lihat (melalui apa yang dikongsinya di laman media sosial), kita tak tahu semua perkara yang berlaku dalam hidupnya.

“Tak adil bagi kita untuk membuat sebarang andaian tentang peranan Kylie terhadap Stormi. Saya pasti bayi itu dijaga dengan baik; tengoklah betapa rapatnya ahli keluarga itu.”

Hmm… apa pendapat anda? Patutkan ibu-ibu baru menghabiskan masa 24 jam dengan anak kecil mereka?

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Trending Mon, 27 Apr 2020

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un Dilaporkan Masih Hidup – Moon Jae In

Berita kematiannya mulai tersebar setelah dilihat tidak hadir ke acara penting..

Trending Fri, 4 Oct 2019

Anak Angelina Jolie Jadi Rapper di Korea?

Besar dah Maddox Jolie-Pitt…

Trending Tue, 17 Apr 2018

一看到书就想睡?用「它」阅读立刻变有趣!

对于习惯滑手机吸收新知的现代人来说,看到实体的书本,可能会稍嫌枯燥乏味,甚至读不到几页就就会有睡意来袭、犯困想睡!若你也深受其扰,可以试试(这个)……

Trending Thu, 18 Jul 2019

Bila Selebriti Pun Sibuk Nak Try #agechallenge, Agaknya Siapa Yang Paling Hot?

Sekali-sekala artsi nak berhibur dengan apps apa salahnya kan? Netizen jangan ada yang kecam pula.

Trending Sat, 2 May 2020
Trending Tue, 10 Jul 2018

8 Amazing Records Which Tun Mahathir has Broken and Maintained

What a way to commemorate Tun on his birthday by remembering all the great things he’s achieved.

Trending Tue, 3 Jul 2018

Bapa Jual Kereta Tampung Kos Dialisis Anak

Menurut bapa kepada enam anak itu, dia kemudian berpakat dengan isterinya, Rubiah Samad, 67, untuk menjual kereta miliknya untuk menampung kos pemasangan tapak dialisis anaknya itu.

| Live TV