LIFESTYLE By: SGMS Enal June 1, 2019 @ 1:06pm

Najis Anak Berdarah Apa Puncanya?

Najis bayi anda dapat memberitahu banyak perkara tentang kesihatan mereka, jadi ia sangat berguna jika anda lebih memberikan perhatian kepada lampin kotor mereka

Ikuti beberapa langkah dan punca yang patut dibaca oleh semua ibu bapa yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi di laman Facebooknya.

1. Pastikan ia sememangnya darah pada najis, dengan melakukan ujian makmal.

Adakalanya apa yang disangkakan ‘darah’ sebenarnya bukannya darah, tetapi warna najis bayi yang berubah.

Saya mencadangkan agar anda membawa najis tersebut ke klinik dan bertanyakan pada doktor jika dapat melakukan ujian untuk menetukan najis yang dialami mempunyai darah atau tidak.

Jika benar ia adalah darah dalam najis, pemeriksaan lanjut harus dilakukan kerana berkemungkinan ia menunjukkan tanda berbahaya.

2. Jika anak anda bayi perempuan, mungkin akan ada darah tetapi bukan dari dubur tetapi faraj.

Itu perkara biasa dan bukan suatu masalah yang besar. Ini disebabkan semasa bayi dalam kandungan, hormon ibu akan memasuki tubuh anak. Apabila ia dilahirkan, penurunan hormaon dalam tubuh si anak kerana tidak dapat lagi mendapat ‘bekalan’ dari ibunya dan menyebabkan terdapat pendarahan pada farajnya. Ini sangat normal dan tidak berbahaya.

3. Mengalami sembelit

Apabila anak tersebut mengalami sembelit kerana permulaan minum susu formula akan mengalami sedikit pendarahan apabila meneran. Pendarahan tersebut bersifat sementara dan berasal daripada lubang dubur. Ia akan sembuh selang beberapa hari.

4. Mengalami ruam lampin teruk 

Bayi yang mengalami masalah ini jugaboleh meninggalkan kesan darah pada lampin. Begitu juga dengan bayi yang mengalami masalah ekzema, lebih mudah mengalami alahan protein susu lembu.

Bayi seperti ini tidak dapat memproses dan menghadam susu dengan baik, meyebabkan usunya luka dan darah keluar melalui najisnya.

5. Jangkitan bakteria pada usus

Ini juga boleh menyebabkan masalah yang sama.

Doktor ini juga memesan, jika anak kecil kerap terjadi pendarahan pada najis. Bawa bersama najis dalam lampin ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Dr Zubaidi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 3 Jan 2020

Kesan Buruk Gula Terhadap Tubuh Badan

Berhenti Jadikan Anak Anda Penagih Gula, Ketahui Kesan Buruk Gula Terhadap Tubuh Badan

Fab Foodies! Sat, 12 May 2018

Nak Diet, Makanlah Halia

Halia bukan setakat membuang angin tapi dapat membantu dalam kecantikan dan kesihatan badan juga

LIFESTYLE Wed, 27 Mar 2019

人心很难测!这对象说的话能相信吗?

面对现实社会,面对目前这对象,说出的话能听吗?

LIFESTYLE Wed, 10 Jan 2018

Ibu Kongsi Teknik Lekat Lencana Tahan Lama

Jenuh Lekat Lencana Sekolah Anak Setiap Minggu’, Ibu Kongsi Teknik Lekat Lencana Tahan Lama

LIFESTYLE Sun, 10 Nov 2019

Tidak Semua Ingin Berkongsi Kesukaran Mendapat Anak

Saya Tidak Malu Berkongsi Masalah, Kesukaran Dapat Anak – Tunku Azizah

Events Mon, 8 Oct 2018
LIFESTYLE Mon, 12 Feb 2018

Cara Guna Buaian Dengan Betul Untuk Perkembangan Bayi

Sejak zaman dahulu lagi, buaian bayi menggunakan kain fabrik kapas, batik yang selesa diletakkan pada spring digantungkan di alang siling atau susur tangga. Buaian zaman moden telah datang dengan rangka yang boleh dilipat dan mudah […]

Fab Foodies! Mon, 19 Nov 2018

人到中年:不喝三酒、不去三地、不睡三觉

人到中年,随着年岁增长,身体器官的生理发生了变化,这时候的你已经不能再像以前一样经常熬夜加班、经常喝酒应酬了,这个时候的你需要健康的生活方式。

LIFESTYLE Wed, 13 Mar 2019
LIFESTYLE Wed, 10 Apr 2019

你是容易怀念过去的人吗?

回忆总是美好~你,是容易怀念过去的人吗?

| Live TV