Events By: Salma Syahbuddin October 8, 2018 @ 6:48pm

Nah! Ini Mungkin Tips Berguna Sebelum Anda Masuk Rumah Hantu, First Timer Boleh Lah Baca

Mungkin pada awalnya, korang mungkin bersemangat nak tahu apa agaknya ada kat dalam rumah hantu kan?  Tapi, bila dah start que nak masuk rumah hantu pastinya ada diantara korang yang tangan berpeluh-peluh, jantung berdegup semakin kencang depends on panjangnya que korang. Jadi kepada first timer yang mula berjinak-jinak nak masuk rumah hantu, mungkin tips ini berguna buat korang!

  1. Pilih Rumah Hantu Ikut Level Ketakutan Korang. 5 Hingga 10?

Bagi first timer yang mahu cuba rasai pengalaman memasuki rumah hantu, mungkin korang perlu uji tahap ketakutan korang dulu. Contohnya, kalau korang pergi ke Sunway Lagoon untuk rasai sendiri  Nights Of Fright 6 baru-baru ini, korang akan dibawa kesemua rumah hantu yang ada untuk rasai pengalaman paling menakutkan disitu. Jadi, korang perlulah bijak! Pilih rumah hantu ikut level ketakutan korang okay! Ikutlah nak yang paling takut dulu ke atau yang ‘bolehlah’ dulu. 

     2. Pejam Mata!

Kalau takut sangat, korang bolehlah berpaut pada rakan yang sedikit berani dari korang. Senang je, jalan nanti pejamlah mata dan ikut je kawan korang tu. Tapi, jangan pula pukul hantu kat situ okay!

     3. Menyanyi

Mungkin ianya sedikit tak masuk akal, tapi tips ini mungkin berguna buat first timer kita. Ya! jawapannya adalah menyanyi. Kenapa? Jika korang sudah mengambil keputusan untuk masuk rumah hantu, maka korang perlu tempuhi perjalanan yang agak menakutkan kerana korang akan ditemani dengan pelbagai jenis hantu sepanjang perjalanan korang. Tapi, dengan menyanyi korang boleh hilangkan distraction disekeliling korang tau! Tak percaya, try lah!

     4. Jangan Minum Mineral Water Banyak Sangat

Ini perkara wajib yang korang kena ikut! Mana taknya, buat first timer, memanglah korang takut berdepan dengan hantu-hantu. Jadi janganlah minum air mineral atau apa sahaja jenis air terlalu banyak. Takut terkencing nanti! Al-maklumlah, rumah hantu tu dah lah menakutkan, laluannya pun panjang tau! Plus, korang memang sejenis penakut! Jadi, ingat!  Jangan minum banyak sangat. 

    5. Pakai Pakaian Yang Selesa, Dan Kasut Yang Bertutup

First timer, kena ingatkan diri awal-awal bahawa, semua rumah hantu memang ada hantu. Dan, rumah hantu sememangnya gelap. Jadi jangan beria sangat nak pakai make up , bulu mata palsu, dan kasut bertumit okay! Tips ini penting, takut kuku korang yang cantik tu tercabut gara-gara tertolak kawan yang lagi penakut dari korang.

     6. Makesure, Ambil Gambar Dan Beli Merchandise!

Dah nama pun first timer, jadi ini adalah masanya untuk korang manfaatkan pengalaman korang tu dengan ambil gambar dengan hantu yang berlegar-legar kat kawasan korang tadi dan belilah merchandise untuk dijadikan kenangan. Takde lah nanti, kawan korang kata, korang ni penipu. Siapa kata macam tu, boleh tunjuk gambar dan merchandise tadi. Betul tak?

    7.  Mindset

Buat semua first timer, korang kenalah fikir logik bahawa hantu yang ada kat dalam rumah hantu tu, bukanlah hantu betul. Mereka pun manusia biasa macam korang jugak!

   8. Have Fun!

Tips yang korang kena manfaatkan adalah, berseronok dengan sepenuh hati! Maksudnya, berseronoklah sepanjang perjalanan dengan menikmati segala hantu yang ada kat dalam rumah tu. Tapi, kalau takut sangat korang masuk je rumah hantu tu dan terus lari cari pintu keluar okay!

 

Diharap tips yang diberikan tadi dapat membantu korang untuk menempuhi perjalanan masuk ke dalam rumah hantu nanti. Dan, bagi sesiapa yang mahu mencuba pengalaman ini, korang bolehlah berkunjung ke Sunway Lagoon, dan merasai pengalaman Nights Of Fright 6. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

G-Dragon Gained a Lot of Weight and Fans Can Barely Recognise Him

He looks great but so different from before.

Events Fri, 26 Jul 2019

杨丞琳秘密来马!惊喜现身推介活动宣布11月来马开唱

杨丞琳秘密来马!惊喜现身JStarS Group推介礼,宣布11月将来马举办《青春住了谁》巡演大马站。

LIFESTYLE Thu, 18 Oct 2018
FESYEN Thu, 9 Aug 2018

Meriah! KLFW 2018 Penuh Warna

Alami kehangatan KLFW dengan pelbagai jenama yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata!

LIFESTYLE Mon, 23 Jul 2018

「做决定死都不会改」6大星座

每个人处理事情的态度都不一样,有些人优柔寡断、想东想西,有些人则是速战速决,一旦下定决心就没有商量的余地。

LIFESTYLE Mon, 8 Jul 2019

Pentingnya MedicAlert Untuk Pesakit Alzheimer

Jika nampak ini “MedicAlert- Alzheimer, Hypertension 016-400678x” bermaksud cepat-cepat hubungi no tertera pada gelang itu

Hiburan Sat, 19 Jan 2019

Nubhan Dapat Anak Kedua, Tahniah!

Dr Afifah Hidayah Tawfek, Isteri Nubhan Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki yg comel seberat 3.40kg

Events Wed, 22 Aug 2018

Selepas 40 Tahun, Aktiviti Qurban Temukan Bekas Pelajar Kg Pandan

Seronok dapat berkumpul dengan bekas rakan sekolah. Menerusi program ini juga, kami dapat mengaturkan beberapa pertemuan. Beberapa sesi mesyuarat turut diadakan bagi memastikan program Qurban kali ini berjalan lancar.

| Live TV