LIFESTYLE By: SGMS Enal May 25, 2019 @ 9:25am

Nampak Senang Tapi Ini Cara Yang Betul Untuk Memasak Mi Segera

Mi segera antara yang terkenal di seluruh negara . Disebabkan ianya senang di bawa dan mudah di masak ia menjadikan antara keperluan penting yang perlu ada di dalam setiap rumah mahupun sewaktu bercuti. Ada pula menjadikan ianya pillihan terutama sekali pada mereka yang berjimat dan makanan di hujung bulan sementara menunggu gaji.

Perkongsian daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad melalui akaun FB mungkin dapat membantu untuk meminimakan kesan buruknya kepada kita

Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya.

Jadikan mi segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain boleh didapati.

Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mi segera itu.

‘CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA.

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH.

Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.

KAEDAH YG BETUL UNTUK MEMASAK MI :

1. Rebus mi didalam periuk air.

2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.

3. Rebus air dalam periuk yg lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.

5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.

Mi segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yg sihat.

Jika pengambilan mi segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.

APA ITU MSG .

*MSG ialah Mono Sodium Glutamate* sejenis bahan perasa yg mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yg menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.

Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan.

Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.

*1- Perasa
*2- Pewarna
*3- Penaik
*4- Penstabil
*5- Pemanis
*6- Pengawet

Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita.

Sumber: FB Dr. Zubaidi Hj Ahmad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 24 Dec 2018

Omega-3 Dalam Salmon Mengurang Risiko Alzheimer

Kandungan Omega-3 Dalam Salmon Membantu Mengekalkan Kecergasan Otot dan Mengurang Risiko Alzheimer

Fab Foodies! Wed, 13 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Kek Vanilla Oren

Chef Imelda Harris berkongsi resepi bagaimana menghasilkan kek gebu berperisa oren untuk dihidangkan buat tetamu di pagi Syawal nanti, cuba tau!

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

Khasiat Buah Ciku

Khasiat buah ciku ada yang kata ubat untuk sembelit mahupun cirit birit. Ada lagi khasiat yang lain ya

LIFESTYLE Tue, 20 Mar 2018

搭云霄飞车上路!日本「超陡」江岛大桥让人紧张

这座看起来像云霄飞车一样刺激的大桥其实是在日本连接鸟取县与岛根县的江岛大桥;全长1.7公里,达44公尺高,路桥的坡度让你开车就像坐云霄飞车一样刺激,。

Fab Foodies! Tue, 11 Sep 2018

Khasiat Kopi Arabika untuk Kesihatan

Kopi sejenis minuman yang boleh dinikmati tidak kira waktu. Ada yang ketagih dengan minuman ini tetapi tidak kisahlah sebab banyak manfaatnya

Fab Foodies! Fri, 15 Jun 2018

These 5 ‘Healthy’ Foods are Actually Really Bad For You

Some of these things are stuff we consume on a daily basis.

Fab Foodies! Thu, 12 Jul 2018

就是这样才变胖!想吃垃圾食物是因为「睡不饱」

妳有发现在晚上高热量的垃圾食物,浮现在脑海画面的机率特别高吗?

LIFESTYLE Thu, 12 Jul 2018
Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

这8种食物「吃一口胖1公斤」想减肥请戒除

饮食习惯更是控制体重的一大关键!想要成功瘦身,那么以下8种食物你千万要忌口,否则很可能让你的减肥计画通通泡汤,吃一口胖3斤!

LIFESTYLE Sun, 26 Jan 2020

Hilangkan Parut Jerawat Guna 2 Bahan Mudah.

Dengan menggunakan 2 bahan yang mudah yang mudah didapati dari dapur untuk hilangkan parut jerawat

| Live TV