Hiburan By: Salma Syahbuddin April 9, 2019 @ 12:10pm

Hael Husaini Lancar Single ‘Hari Ini’

Selepas mengukir kejayaan kali kedua menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL33) menerusi lagu ‘Haram’ duet bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi sensasi Hael Husaini nyata tidak menunggu lama untuk menghasilkan buah tangan terbaru untuk para peminatnya. Kini Hael meneruskan langkah cemerlangnya dalam industri muzik Malaysia dengan melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Hari Ini’.

Bagaikan isi dengan kuku, Hael Husaini dan Ezra Kong ibarat irama yang bersatu dengan lagu. Single ‘Hari Ini’ turut menyaksikan gabungan idea magis dari dua komposer terkenal ini.

Lagu yang berkisarkan tentang pasangan suami isteri yang mengharungi kehidupan rumahtangga dan pada masa yang sama isterinya mengalami penyakit kanser. Manakala, suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri tercinta yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.

Menurut, Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros berkata, beliau yakin dengan lagu terbaru Hael ini kerana, lagu-lagu hasil ciptaan gabungan Hael dan Ezra Kong ternyata tidak pernah menghampakan.

Hael Husaini dan Ezra Kong sering tampil dengan idea baru. Lagu-lagu yang mereka hasilkan bersama setakat hari ini belum pernah mengecewakan. Oleh itu saya sangat yakin dengan single terbaru Hael ini pasti akan di terima ramai khususnya peminat fanatik beliau. Rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan dan diharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa,” Katanya.

Dan, walaupun baru empat hari dilancarkan, lagu ini telahpun berjaya menjadi nombor 9 trending di Youtube!

Jadi, kepada peminat setia Hael Husaini, korang bolehlah memuat turun single terbaru dari Hael menerusi iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Kes Curi Aliff Ditangguhkan Kerana Tuduhan Ketiga

Jangan disia-siakan bakat yang ada ye dik?

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

‘Hello, Boleh Saya Bantu?’ -Zaaim Rindu Kerja Kedai Fast Food

Wah…seronok lah pelanggan bila pesanan diambil daripada sang Juara pula tu!

Hiburan Tue, 22 May 2018

Victor李俊颉「重新出发」和爸爸拍摄封面直呼尴尬

Victor李俊颉卸下青涩形象,睽违六年再推新作《记得我爱你》,转当韩国暖男OPPA,唱歌给全天下的爸爸听!

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Kes Cium Eina Azman Tagih Perhatian Netizen

Cuma, apa yang penting artis kita haruslah mengambil iktibar atas kesilapan yang pernah dilakukan, bukan mengulangi kesilapan yang sama bukan?

Trending Hari Ini Fri, 1 May 2020
Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Masih Menjalani Rawatan, Remy Ishak Terus Istiqomah

Doakan Remy kembali pulih seperti biasa.

Hiburan Mon, 6 May 2019

‘ Saya Mula Suka Dengan Dia Sejak Minggu Pertama’- Juara Lagu Cinta Kita Tidak Tolak Jodoh Bersama!

Kalau bertemu jodoh pun apa salahnya kan, dua-dua pun single lagi!

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Rumah Tangga Fizo Omar- Mawar Bergolak?

Kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini ok!

| Live TV