Hiburan By: Syafiqa Irdina October 9, 2019 @ 7:08pm

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Pelakon yang semakin menempatkan nama dalam industri lakonan ini kelihatan memuat naik momen throwback beliau sebelum bergelar pelakon

Katanya, bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon sehingga terpaksa menggunakan banyak wang hanya untuk ke casting lakonan.

Sumber : Instagram @shakillakhoriri

Shakilla menerusi post yang dimuatnaik dalam laman Instagram miliknya itu meluahkan rasa syukur atas susah payahnya selama ini untuk melangkah  ke dunia lakonan sehinggalah berjaya hingga ke tahap ini.

 

 
 
 
View this post on Instagram

#?• . JANGAN MALU PERNAH SUSAH . . Hari ni Cik Ameena tak berapa sihat.So aku syak dia akan extra mengada dan akan tidur banyak. So curi masa nak buat stock makanan Cik Ameena. . Bila orang tengok video ni mesti ada yang puji kata hebatnya kopek jagung. Dan mungkin aku pun akan rasa bangga sambil cakap Thanks ? . . Sebak pulak dada bila tiba2 aku TERflash back kisah macam mana konon hebatnya aku kopek jagung. Dulu masa awal aku nak join bidang lakonan ni aku habis duit simpanan aku sebab kerap pergi casting. Aku decided untuk berhenti kerja dekat satu butik yang pada masa itu gaji best untuk aku budak muda yang takde comittment lagi kecuali kereta kenari aku tu. Aku stop sebab aku shooting drama 26 epd dan bayaran aku cuma RM800 selama 6 bulan shooting. GILA kan! Tapi aku syukur sebab itu langkah pertama aku. Lepas habis tu aku JOBLESS hampir setahun. yess aku kena sedar yang persaing dan pemilihan pelakon bukan main celup. Aku dengan bakat tak berapa ada, gemok pendek dengan tak pandai berhias , alaaahh tak sedih lah kalau orang tak pandang. Tapi tak putus asa. Hebat jiwa muda aku. . Aku kehabisan duit. Buntu mana nak cari duit semata2 nak isi minyak untuk pi casting yang tak pernah dapat. Tapi entah kenapa aku tetap pergi. ? . Jiran sebelah rumah aku masa tu meniaga jagung kat pasar malam. So selain jagung batang pasti ada jagung cup yang korang pun suka tu kan. Rupanya kena kopek manual macam dalam video ni. Berguni2 dari pagi sampai ke malam sampai sakit pinggang.Lepas settle kopek kena kemas balik semua semata2 untul Dapat RM15-20 lepas isi minyak.Lagi sedih Emak aku pun sama2 buat. Allah sebak nya aku rasa sekarang. . Sebab tu aku sensitif bila terdengar orang susah atau aku hargai apa yang aku dapat sekarang.Penerimaan aku dalam industry hiburan. Aku hargai kawan2 kerja aku dari producer, artis sampai lah yang buat air tu. Sebab aku tahu SUSAH untuk aku dapat semua ni walaupun dulu aku cakap nak berlakon pakat kena gelaj dengan kawan dan sedara. . Sebab aku pernah susah dan pengalaman tu, Hari ni aku beli jagung mahal dan aku kopek sendiri untuk buat makanan anak aku. Sambil kopek sambil sedih. 11 tahun dah berlalu. . TERIMA KASIH ALLAH ???

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Sumber: @shakillakhoriri

 

“Aku berhenti kerja sebab aku shooting drama 26 episod yang hanya dibayar Rm 800 selama 6 bulan penggambaran,” luah Shakilla.

Isteri kepada penyampai radio Suria Fm, Dj Fizi Ali ini juga mendedahkan dia turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah mengupas jagung yang hanya dibayar Rm15 hingga Rm20 sahaja. 

Bagaimanapun, Shakilla memberitahu dia sangat menghargai rakan artis dan sesiapa yang dalam kesusahan kerana dia sangat memahami betapa penatnya untuk berjaya.  Salute! Bukan mudah nak berjaya bukan?

Luahan Shakilla ini diharap dapat memberi inspirasi dan pengajaran buat kita semua. Buat semua pembaca Xtra   don’t give up ok!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Kugiran Masdo Pergi London?

Kugiran Masdo nyata mengakui cukup teruja apabila diberikan peluang untuk merakamkan single terbaru mereka di sana pada Ogos depan. Mereka memberitahu menerima tawaran berkenaan daripada Kumpulan, The Bootleg Beatles

Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtraGiveaway: Catch Disney On Ice Mickey’s Super Celebration Swirling into Town!

If you’re lucky you can win free tickets to the show!

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Peminat Nak Tengok Duet Bersama Bekas Suami, Apa Komen Nourul?

Sepanjang perkahwinan mereka dulu, banyak lagu romantis sempat dihasilkan. Ternyata ramai yang rindukan paduan suara mereka sehingga kini.

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Asyik Dibuli Netizen…Bintang K-Pop Ini Bunuh Diri!

Ternyata, kematian Sulli amat mengejutkan komuniti penggemar muzik K-pop di seluruh dunia. 

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kaka Azraff Akui Tertekan

Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff akui tertekan apabila melihat teman-teman rapatnya sudah mendirikan rumah tangga………

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

‘Please…Not Now’ – Ezlynn

Ezlynn nak ‘rehat’?

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Age Beautifully and Healthily with Anti-Ageing Recommendations

Gotta look good to keep up with the flow!

| Live TV