Events By: Salma Syahbuddin March 28, 2019 @ 11:39am

Tiga Tahun Makin Wow Di CJ WOW SHOP!

Sempena sambutan ulang tahun ke-3 CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah serba inovatif di rumah ini menyasarkan pertumbuhan lebih pesat pada tahun 2019 dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai platform perniagaan media berpaksikan pelanggan yang terkemuka di Malaysia.

Justeru itu, selepas mengekalkan kejayaan dalam tempoh tiga tahun, CJ WOW SHOP menyasarkan untuk melangkaui jualan tahunan sebanyak RM300 juta pada tahun 2019. Matlamat ini ditetapkan berdasarkan prestasi hebatnya pada tahun lalu. Ini sekaligus berjaya melangkaui sasaran pendapatan sebanyak RM200 juta pada penghujung tahun 2018.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd, kejayaan yang berterusan dalam tempoh tiga tahun lalu menunjukkan rakyat Malaysia semakin terbuka untuk membeli belah di rumah.

” Pencapaian ini meletakkan CJ WOW SHOP pada kedudukan lebih kukuh dalam melaksanakan komitmen kami dalam menyediakan satu pengalaman ‘shoppertainment’ unik bagi pelanggan – yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermaklumat dan boleh dipercayai. Kami akan terus mempertingkatkan mutu kehidupan mereka dengan meningkatkan akses mereka kepada produk dan perkhidmatan mengikut kemudahan mereka, di rumah dan mana-mana sahaja tidak kira masa.” Katanya.

Terbaharu, CJ WOW SHOP telah memperkenalkan ‘WOW Cantik’, satu rancangan fesyen & kecantikan yang memaparkan penstriman sosial secara siaran langsung. ‘WOW Cantik’ akan diacarakan oleh Yana Samsudin dan disiarkan di TV9 pada pukul 10 pagi setiap Jumaat. Rancangan ini akan menyaksikan interaksi dengan penonton di rumah mahupun studio dengan masa nyata.

Dan, sempena mengiktiraf peranan penting pelanggannya, CJ WOW SHOP mengumumkan pelancaran tiga kempen ‘3 Tahun Makin WOW’, yang merangkumi satu siri promosi melalui pelbagai saluran CJ WOW SHOP, termasuk platform TV, dalam talian, dan mudah alih.

Kempen selama 3 minggu ini akan bermula dengan rancangan siaran langsung khas yang berdurasi 23 jam pada 30 dan 31 Mac di ntv7, 8tv dan TV9. Memaparkan barisan hos kegemaran penonton setia CJ WOW SHOP seperti  Zaim Helmi, Lily Liyana, Diana Rusdi, Jimmy Shanley, Baki Zainal, Pauline Tan, Gary Yap dan ramai lagi.Dan, apa yang menariknya,  satu video muzik khas telah dihasilkan dengan menggandingkan barisan hos  bersama kumpulan muzik popular tanah air, Back2Basixx.

Jadi, jangan ketinggalan pelanggan boleh menikmati lebih nilai dan penjimatan melalui promosi eksklusif  bermula dari 30 Mac sehingga 21 April. 

 

30 Mac- 31 Mac 2019 1 – 21 April 2019 

  • WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)

 

  • BAUCER DISKAUN WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)
  • BAUCER DISKAUN WOW RM10 untuk semua pembelian produk TV melalui pusat panggilan dan dalam talian
  • BAUCER DISKAUN WOW RM3 untuk pembelian dalam talian
  • 5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian
  • 5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

‘Mana Tahu Tahun Depan Beraya Bertiga Pula’- Fazura

Walaupun tahun ini bukan kali pertama kami beraya sebagai suami isteri, bagi saya ia tetap sesuatu yang istimewa buat kami berdua.

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Tiada Penyingkiran! Tujuh Protege Mara Ke Separuh Akhir!

Jangan lupa saksikan separuh akhir Mentor Milenia 2019 Ahad ini jam 9 malam!

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Hanya Mampu Berdoa, Saharul Ridzwan Harap…

Untungnya dapat suami yang memahami…

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Sun, 27 May 2018

Al-Fatihah…Pengurus Artis Terkenal Meninggal Dunia

Sam mengendalikan syarikat pengurusan acaranya yang ditubuhkannya. Antara artis yang pernah menggunakan perkhidmatan Sam adalah Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.

Hiburan Sun, 14 Oct 2018

Projek Baru? Tunggu Dulu, HUJAN Nak Rehat

Paling tak boleh lupa, Hujan pernah dua hari tak tidur demi memastikan konsert ini berjalan lancar. Pendek kata, persiapan konsert kali ini memang dasyat!

Fab Foodies! Wed, 16 Jan 2019

Why Not Celebrate Chinese New Year and Valentine’s Day in Hong Kong

Featuring amazing hospitality and food from The Upper House.

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Gamit Nostalgia…Awie Serap Mood ‘Jiwang’

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memaklumkan dia juga sudah ‘melamar’ beberapa penyanyi popular antaranya…

Events Wed, 24 Apr 2019

「马来西亚音乐周」齐集本地品牌和唱作人!推广本地原创好音乐

「马来西亚音乐周」齐集本地品牌和唱作人!长达7天的音乐活动获旅游部支持,冀增加本地品牌今年的额外收入5000万令吉。

| Live TV