Hiburan By: Del14 December 3, 2019 @ 11:03pm

Tiada Penyingkiran! Tujuh Protege Mara Ke Separuh Akhir!

Daus Husny, protege kepada Ernie Zakri dan Rika Riana, protege kepada Stacy menarik nafas lega apabila juri profesional, Datuk Syafinaz Selamat mengumumkan tiada penyingkiran buat minggu ke-8, iaitu minggu terakhir sebelum peringkat separuh akhir Mentor Milenia 2019 pada minggu hadapan. 

Nampak gayanya, ketujuh-tujuh protege yang tinggal bakal berentap di pentas separuh akhir yang juga merupakan minggu ke-9 rancangan Mentor Milenia. Sudah tentulah ia berita baik terutama sekali buat Mentor Akim, Stacy dan Black yang kini tinggal seorang protege sahaja di dalam pasukan mereka.

Minggu kelapan menampilkan tema ‘gempak’ dan sebagai pembuka tirai minggu tersebut, gandingan hebat dari mentor Hazama dan Black yang menyampaikan lagu Drama King (penyanyi asal Meet Uncle Hussain & Black) mendapat tepukan gemuruh dari penonton di studio. 

Malam diteruskan dengan persembahan oleh Rika Riana, protege kepada Stacy yang menyanyikan lagu ‘Dangerous Woman’ (nyanyian asal Ariana Grande).  Sentuhan mentor Stacy dari segi tarian menarik perhatian juri tetapi Rika seolah tidak dapat menjiwai watak yang ingin disampaikan dalam lagu. 

Seterusnya Arayn Malek, protege kepada Hazama telah menyanyikan lagu ‘House of Rising Sun’ (penyanyi asal The Animals). Arayn mendapat pujian daripada Datuk Syafinaz kerana berusaha untuk mempelajari cara sebutan yang tepat supaya berupaya menyanyikan lagu bahasa Inggeris tersebut dengan betul dari ibu mertua kepada Hazama. 

Daus Husny, protege kepada Ernie Zakri kemudian tampil ke atas pentas dan menyanyikan lagu ‘Aku Penghibur’ (penyanyi asal Dato’ Jamal Abdillah).  Daus yang menyampaikan elemen muzikal ala The Greatest Showman menerima teguran dari juri untuk memperbaiki beberapa aspek persembahan beliau seperti intonasi yang tepat dan pergerakan yang lebih lancar. 

Juara mingguan pada minggu lepas, Aedy Kama, selaku protege kepada Black cuba untuk mempertahankan takhtanya dengan menyampaikan lagu ‘Hutang’ dari Floor88 secara dikir barat.  Walaupun mendapat tepukan gemuruh dari penonton namun, persembahan Aedy gagal mendapat pujian melangit dari juri kerana perlaksanaan yang dikira kurang mantap terutama sekali dari segi nyanyian ‘acapella’nya. 

Malam kemudian diteruskan dengan persembahan bertenaga dari protege Hazama, yang juga merupakan salah satu peserta ‘favourite’ Mentor Milenia, Apex Tajudin apabila beliau kembali merampas takhta juara mingguan dari Aedy apabila lagu ‘Temberang’ yang dibawanya (nyanyian asal Ayda Jebat) berjaya  diolah menjadi irama rock dengan cara penyampaiannya tersendiri. Menurut Altimet, jika lagu dan persembahan itu disampaikan pada malam akhir Mentor Milenia 2019, sudah pasti Apex akan menjadi juara!

Sharee Lopes, protege kepada Akim ingin membuktikan yang beliau mempunyai karekter dalam nyanyian, telah menyampaikan mashup lagu ‘Sebentar’ (dendangan asal Dayang Nurfaizah) dan ‘Ulek Mayang’ (nyanyian Ella). Walaupun dipuji kerana mencuba sesuatu yang baru, pihak juri masih kurang berpuas hati dengan perlaksanaan persembahan Sharee Lopes pada malam itu. 

Yazrul Arrep, protege kepada Ernie Zakri menerima pujian daripada netizen melalui persembahan beliau menyampaikan mashup lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah (penyanyai asal Dato’ Jamal Abdillan & Dato’ M. Nasir) dan ‘Kalau Mencari Teman’ (nyanyian asal Ziana Zain).  Yazrul menyampaikan lagu tersebut dengan penceritaan yang hebat dan dipuji oleh juri profesional Datuk Syafinaz dan Altimet. 

Sebelum berakhirnya persembahan para protege, pihak Mentor Milenia 2019 telah memainkan sebuah klip daripada penyanyi terkenal, Faizal Tahir yang mengumumkan akan bekerjasama dengan juara Mentor Milenia 2019 untuk menghasilkan single debut mereka.

 Penyanyi jemputan minggu kelapan, Hael Husaini telah menyanyikan lagu ‘Hari Ini’ diikuti dengan persembahan medley dari protege-protege yang menyanyikan lagu Irama Malaysia, ‘Anta Permana’ (nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza) dan ‘Sejak Ku Bertemu Padamu’ (nyanyian asal Sanisah Huri). 

Masih belum terlambat untuk mengundi peserta kegemaran anda bagi minggu separuh akhir untuk memastikan tempat mereka di pertandingan akhir Mentor Milenia 2019! Jadi, jangan lupa saksikan Mentor Milenia setiap Ahad, jam 9.00 malam. 

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengundi pada malam persembahan itu nanti, sila ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Tomok Belum Berani Beritahu Anak-Anak….

“Kalau betul dapat jemputan dari Istana, kami sekeluarga pasti gembira dan itu adalah rezeki anak-anak,” kata penyanyi dan komposer, Tomok selepas video ucapan dan nyanyian Hari Jadi daripada anak-anaknya, Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, […]

Events Wed, 4 Dec 2019

K-Clique Cipta Rekod Peribadi

Wah, tahniah K-Clique!

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

‘Terima Kasih Suami’, Mawar Rashid Syukur Hajat Akhirnya Tertunai

Ini menjadi salah satu kenangan terbaik dan tidak dapat saya lupakan…

Events Fri, 27 Apr 2018

One Republic Wows 10,000 Fans in Malaysian Concert!

Missed out on the concert? Here’s what went down that night.

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

《万千星辉颁奖典礼2017》王浩信唐诗咏夺视帝后

TVB《万千星辉颁奖典礼2017》昨晚(21日)在香港将军澳电视城举行;视帝由大热门之一王浩信凭《踩过界》“盲侠”一角获得,视后则是由曾提名7次该奖项的唐诗咏首次夺得宝座。

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

孙燕姿224来马举办唯一一场首印会

眸违将近四年,天后孙燕姿将带着她亲自着手构思和筹备的新专辑《孙燕姿No.13作品:跳舞的梵谷》于2月24日来到大马举办由ONEMUSIC荣誉呈现的孙燕姿《孙燕姿No.13作品:跳舞的梵谷》马来西亚唯一一场专辑首印会,与等待已久的大马姿迷见面!

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Enam Tahun Tanpa Lagu Inggeris, Bunkface Muncul Dengan SHIVER

Video muzik SHIVER akan mengetengahkan Sam sendiri sebagai fokus utama dan menampilkan aksi lagak ngeri dan kumpulan ‘Stunt Legend’ MAPS, Perak.

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Samsung’s First Mini-Drama Amira Rose Scores a Successful Hit

The series garnered over 10 million views and emerged as top five most-watched drama in June.

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
TECH Thu, 27 Sep 2018

Nokia 6.1 Plus and Nokia 5.1 Plus’ Cameras are Worth Getting the Device

Is Nokia running on the iPhone design hype too?

| Live TV