Hiburan By: SGMS Enal February 14, 2019 @ 11:20am

Stephen Chow Sahkan Filem Aksi Komedi, Kung Fu Hustle 2

Pengarah filem terkenal, Stephen Chow, 56, yang juga menjadi teraju utama filem berkenaan mengesahkan sekuel, Kung Fu Hustle 2 dalam proses penggambaran ketika ini.

Perkara bekenaan didedahkan Chow dalam satu sesi temu bual bersama media di Guangzhou Selasa lepas.

”Ya, walaupun ia tidaklah terlalu sama dengan filem pertama kerana filem baru ini mengambil latar belakang moden di sebuah negara asing dan mempunyai jalan cerita sendiri.

”Tetapi ya, gaya pengarahan dan konsep tetap sama seperti Kung Fu Hustle,”katanya.

Walaupun lebih kepada reboot berbanding sekuel, Chow memberitahu bahawa dirinya tetap terlibat sebagai pelakon namun bukan sebagai teraju utama atas faktor umur.

”Saya mungkin memilih orang lain untuk bertarung dalam filem ini. Saya sudah tidak mampu berlawan dengan baik lagi,” katanya lagi.

Filem Kung Fu Hustle pertama mengambil latar masa 1930-an di Shanghai, yang memberi fokus kepada watak Sing, lakonan Chow sendiri yang terdesak untuk menjadi seorang gangster.

Sing kemudian bertindak menyelinap masuk dan menyertai Kumpulan Kapak, iaitu sebuah kumpulan gangster yang gemar membuat kacau.

Filem yang menelan belanja pembikinan sebanyak $20 juta (RM 81 juta) itu berjaya mendapatkan pulangan sebanyak $102 juta (RM 414 juta) di seluruh dunia selain berjaya meraih 6 anugerah di Hong Kong Film Awards dan lima anugerah Golden Horse Awards.

Sumber: Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

FattZura Ada Love Bite?

Namun, bukan itu yang hendak dikongsikan tetapi, netizen semakin cekap menjalankan kerja mereka dengan mengambil tahu setiap inci tentang pasangan ini

Hiburan Sun, 6 Jan 2019

‘Pinjam Otak Kejap Boleh?’, Netizen Puji Adik Anzalna Nasir

Selain cantik, memang hebat sungguh adik-beradik ni!

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

鬼才与歌王强强联手!黄明志新歌《流浪狗》邀萧敬腾跨刀献声

鬼才与歌王强强联手!黄明志新歌《流浪狗》邀萧敬腾跨刀献声,面对酸民黄明志反对动物安乐死2020「亚洲通话」计画即将启动。

Hiburan Fri, 26 Oct 2018
Hiburan Sat, 2 Mar 2019

‘ Bella…Saya Minta Maaf’- Aliff Aziz Sedia Terima Kecaman Warganet

Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya…

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Beli Kereta Mewah Hasil Menyanyi, Tahniah Ismail Izzani!

Ismail bakal tampil dengan single terbaharu dan kini dalam proses menyiapkan.

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Malas Cari Calon Suami, Zizi Kirana Serah Pada Ibu

Zizi Kirana nekad memberikan sepenuh kepercayaan kepada ibu untuk memilih bakal suaminya.

| Live TV