Hiburan By: SGMS Faida March 2, 2019 @ 1:38pm

‘ Bella…Saya Minta Maaf’- Aliff Aziz Sedia Terima Kecaman Warganet

Selepas beberapa hari berita insiden ‘kantoi’ bersama pelakon wanita Oktovia Manrose hangat diperkatakan, pelakon Aliff Aziz tampil bersuara.

Menerusi laman Instagramnya, pelakon berusia 28 tahun ini memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukannya.

” Saya berdiam diri kerana saya faham jika apa jua kenyataan saya keluarkan, tiada seorang pun akan percaya dan berpihak kepada saya. Benda sudah terjadi dan masing-masing memilik pendapat sendiri.

” Saya tidak mahu tegakkan benang yang basah. Saya faham jika Bella dan keluarga sedih atas apa yang berlaku. Saya diam tidak bermaksud saya lari daripada masalah kerana dalam masa sama saya tidak mampu menjawab apa jua soalan mendatang.

” Saya mohon maaf atas apa yang terjadi walaupun saya tidak mampu ubah apa-apa lagi. Saya percaya selagi nyawa masih ada, tiada orang boleh mengadili sama ada seseorang itu boleh atau tidak boleh bertaubat,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata apa yang diperkatakan oleh isterinya, Bella Astilah adalah benar dia tidak menyalahkan tindakan isterinya itu. 

“Isteri saya sudah lalui macam-macam. Saya memberikan masalah kepadanya. Saya kesal atas apa yang terjadi dan saya tidak mahu nafikan kesalahan saya. Setiap manusia pasti buat salah. Dalam kes saya, diakui ia memang berpunca daripada saya.

“Nak caci, maki dan hamun saya silakan. Cuma, jangan komen apa yang anda tidak tahu,” katanya.

Menurut hero drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini juga, dia sudah bersedia menerima kecaman netizen. 

” Saya sedang cuba memperbetulkan keadaan. Mengenai hubungan dan rumah tangga saya dengan isteri, biar saya yang selesaikan.

” Banyak perkara yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya,” katanya yang cuba untuk ‘move on’ selepas melalui episod hitam ini.

Akuinya, dia turut memohon maaf kepada seluruh keluarganya lebih-lebih lagi ibunya yang menjadi mangsa hentaman warganet.

” Saya juga mahu minta maaf kepada seluruh keluarga saya. Adik-beradik saya juga marahkan saya kerana menjadi punca umi (mak) saya dihentam netizen,” katanya.

” Selepas ini, nak cakap apa, cakaplah. Saya sudah luahkan semuanya apa yang saya rasa. Selepas ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi. Insya Allah, selepas ini segalanya berjalan baik,” katanya.

” Kasihan umi kena hentam dan kritik gara-gara status itu. Kalau ikutkan dia halang saya daripada membuat sesi live perkara ini. Dia cakap, biarlah orang nak cakap apa mengenainya,” katanya.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ayden Adrean berusia hampir dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jun 2019
Hiburan Mon, 11 Nov 2019
Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Haqiem Rusli Cipta Lagu Untuk Usop, Korang Dah Dengar Ke Belum?

Aku Yang Bersalah diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan muzik videonya sudah berada di saluran Youtube Rocketfuel Network bermula 26 Oktober lalu.

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Raysha Rizrose Terima Lamaran Ashraf Muslim ?

Wah, Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni kan?

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Feeya Iskandar Hamil Anak Kedua

Melalui laman Instagram penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil anak kedua. Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, […]

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Tak Kecil Hati Pun…

Jangan lupa tonton pentas akhir Mentor Milenia 2019 pada Ahad ini jam 9 malam di TV3! 

Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtraGiveaway: Catch Disney On Ice Mickey’s Super Celebration Swirling into Town!

If you’re lucky you can win free tickets to the show!

Hiburan Sun, 14 Oct 2018

Projek Baru? Tunggu Dulu, HUJAN Nak Rehat

Paling tak boleh lupa, Hujan pernah dua hari tak tidur demi memastikan konsert ini berjalan lancar. Pendek kata, persiapan konsert kali ini memang dasyat!

Events Sat, 1 Dec 2018

麦玲玲自嘲像老夫子!预测马国明拿奖运差一些

香港著名风水师麦玲玲来马拍摄节目,清一色服装打扮的她自嘲像老夫子!“颜色都一样,只是款式不同而已。”

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

| Live TV