Hiburan By: SGMS Faida January 3, 2019 @ 12:40pm

‘Nanti ‘Dia’ Mai, Terus Sapu Bersih’, Murali Abdullah Kongsi Pengalaman Diserang Strok Kali Kedua

Pernah diserang strok pada 2012, pengarah Murali Abdullah rebah sekali lagi pada akhir November lalu selepas diserang strok kali kedua.

Murali ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memaklumkan dia bersyukur masih diberi peluang untuk hidup.

“ Alhamdulillah, Tuhan memberi kekuatan kepada diri saya untuk terus hidup. Pengajaran untuk diri saya sendiri dan orang di luar sana agar jaga pemakanan sebaik mungkin.

“ Bukan apa…nanti ‘dia’ mai, teruih sapu bersih,” katanya yang masih kelihatan lemah.

Sementara itu, Murali memberitahu dia menerima beberapa kunjungan peribadi daripada orang kuat industri seni.

“ Ada lah seorang dua… antaranya Timbalan Presiden SENIMAN, Zack KOOL, presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez juga ada datang lawat.

“ Yang lain mungkin masih tidur agaknya. Maklumlah penat main mercun tahun baru,” akhirinya penuh mendalam.

Pengarah drama Putera Rayyan ini rebah ketika berada di kaunter panggung wayang TGV, KLCC sebelum dibawa ke HKL oleh pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

李承运相隔五年回归舞台剧 意识大胆「含有成人场面」

三届剧帝李承运相隔五年再度回归舞台剧,这次他带来全新作品只限16岁以上人士观赏,并含有成人「动作」场面!

LIFESTYLE Thu, 5 Jul 2018

Berita Baik Untuk Rakyat Terengganu, Wad Kelas Tiga Bakal Percuma!

Semua golongan tidak kira kaya dan miskin akan dapat menikmati insiatif ini di semua hospital kerajaan seluruh negeri.

Hiburan Sat, 24 Aug 2019
Events Wed, 19 Sep 2018
Hiburan Sun, 13 May 2018

Tahniah! Mat Dan Dah Jadi Ayah

Menerusi entri tersebut, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Persenda Sherry Al-Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dilabel Kurang Ajar

Apapun, kita tunggu jawapan Ayda Jebat lepas ni okay

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ini Drama Hantu Popular Di Tonton?

Kalau korang rasa drama cinta selalu mendapat tempat dihati peminat dan penonton maka, tekaan anda ternyata salah. Kenapa? Kerana, untuk minggu ini drama seram menjadi pilihan penonton menerusi laman portal kami hanya di tonton. Nak tahu apakah antara drama seram tersebut, jom kita layan!

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Dia Jaga Solat. Hafal Quran’- Ebit Lew Sebak Jumpa Aliff Aziz

Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah.

Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Contest Wed, 31 Jul 2019

Jangan Lupa Dapatkan Klu #ICSYVMY Seterusnya Dalam…?

Jangan ketinggalan untuk dapatkan klu seterusnya okay!

| Live TV