LIFESTYLE By: SGMS Faida July 5, 2018 @ 3:50am

Berita Baik Untuk Rakyat Terengganu, Wad Kelas Tiga Bakal Percuma!

Berita Baik Untuk Penduduk Di Terengganu! Mereka bakal mendapat rawatan perubatan wad kelas tiga secara percuma tidak lama lagi.

Berita baik ini diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengajian Tinggi negeri, Dr Alias Razak.

Beliau yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal juga berkata kemudahan itu bakal dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira latar belakang ekonomi dan taraf hidup.

“Semua draf dan dokumen akhir telah pun siap cuma tunggu untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco nanti.

“InsyaAllah kita akan laksanakan perkara ini dalam tahun ini juga. Semua golongan tidak kira kaya dan miskin akan dapat menikmati insiatif ini di semua hospital kerajaan seluruh negeri.

“Kerajaan negeri akan membayar caj yang dikenakan ke atas pesakit oleh kementerian kesihatan yang terletak di bawah kerajaan pusat,” katanya ketika menggulung titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Razak berkata kerajaan juga akan mengagihkan kad sejahtera seperti yang dijanjikan dalam manisfesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kad sejahtera ini kita akan agihkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah di seluruh negeri. Sekarang ini kita dah kenal pasti 6,000 keluarga yang berada di dalam rekod e-kasih dan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Namun ini bukanlah jumlah yang muktamad kerana kita akan minta pegawai kita kenal pasti lebih ramai rakyat yang layak bagi memastikan mereka mendapat kemudahan tersebut,” katanya.

Kad bernilai RM500 itu akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka membayar kos rawatan segera di klinik-klinik berdekatan jika mengalami masalah kesihatan. -Bernama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 25 Apr 2019
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Happy Birthday, Mimi Lana!

Happy Birthday again, Mimi! Comel Mimi time kecik-kecik.

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Trending Hari Ini Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Mon, 10 Feb 2020
Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Kylie Jenner Tampil Bogel Sambil Dipeluk Kekasih Hati?

Wow! Yang penting Kylie Jenner selalu letopssss!

LIFESTYLE Fri, 7 Jun 2019

爱人与被爱,你的爱情角色是什么?

爱人与被爱,你的爱情角色是什么?

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Rebut Peluang, Hefny Sahad Mahu Asah Bakat Lagi

Bagi pengacara Muzik-muzik 33 ini, Hefny mengakui walaupun jadualnya padat dengan penggambaran drama dan pengacaraan, namun beliau mahu menunjukkan keyakinan pihak penerbit terhadapt bakat yang dimilikinya

Contest Tue, 29 Oct 2019

#MentorMilenia2019 : Tiada Penyingkiran Berlaku Di Konsert Keempat Ini.

Jangan lupa saksikan battle pada konsert minggu kelima nanti ya!

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Fuh…Aliff Syukri Palace Sedia Dijual Dengan Harga RM 43 Juta

Jutawan berusia 32 tahun itu mahu menjual kediaman mewahnya kerana mahu membeli hotel pula. Hebat betul Datuk Aliff ni berniaga, powerlah!

| Live TV