Hiburan By: SGMS Faida December 30, 2018 @ 8:07pm

Siapa Bakal Bergelar Juara Mentor 7 Malam Ini?

Sebentar sahaja lagi, kita bakal menyaksikan persaingan sengit empat protege iaitu Pasya, Zaaim, Ranisha dan Azmirul di konsert akhir Mentor musim ke tujuh.

Selepas lapan minggu bersiaran, ternyata empat protege ini antara nama yang disebut sejak awal lagi akan mara ke final.

Jom semak antara persembahan terbaik daripada mereka di konsert sebelum ini!

  1. Pasya – Versace On The Floor

Minggu kelima konsert Mentor 7 menyaksikan persembahan Pasya menerima standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Wah Idris. Dengan alunan piano daripada penyanyi Sissy Iman, ternyata langkah Pasya membawakan lagu asal daripada Bruno Mars ini akan terus mekar dalam ingatan penonton.

2)  Zaaim- Ghazal Untuk Rabiah.

Lontaran vokal daripada Zaaim cukup memukau sesiapa yang mendengarnya. Dari awal persembahan sehinggalah ke penghujung lagu, Zaaim gagal membuatkan kita hilang fokus ketika menonton alunan suara merdunya menerusi lagu Ghazal Untuk Rabiah. Memang lit habis tau! 

3) Ranisha 

Protege paling muda dalam program realiti ini membuktikan usia bukan penghalang untuk tunjuk taring. Lihat saja persembahan minggu lalu menerusi lagu Loving U. Bahagian whistling yang dialunkan oleh Ranisha, bukan semua penyanyi mampu lakukannya. Syabar Ranisha! 

4) Azmirul- Gelombang Cinta

Biarpun sering disebut sebagai bukan peserta favourite musim ini namun persembahannya sentiasa konsisten. Ini termasuklah pemilihan lagu yang tepat dengan suara yang penuh ‘jiwa’. Azmirul juga sering dipuji apabila bijak menggunakan pentas sebaiknya. Good Luck Azmirul! 

Jangan lupa saksikan konsert akhir Mentor 7 yang bakal bersiaran jam 9 malam ini hanya di TV3. Undian online boleh dibuat di www.xtra.com.my/mentor7. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

许冠杰与谭咏麟世纪合体! 12月唱进大马

今年年底将迎来全球乐坛盛事,香港两大歌神许冠杰与谭咏麟合体展开巡演,宣布将在今年12月22日来马开唱!

Hiburan Tue, 5 Mar 2019
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

坚守岗位12年!Jym庄靖毅告别电台往梦想出发

Jym庄靖毅在电台值班长达12年后,决定踏出自己的舒适圈,宣布即将告别DJ生涯,将于10月25日进行最后一次当班。

Contest Fri, 30 Aug 2019

xtra好康头 | 送你韩国男团 NU’EST《Segno》吉隆坡演唱会入门票

xtra好康头 送你韩国男团 NU’EST《Segno》吉隆坡演唱会入门票,让你见证5子的现场魅力!

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

那英暌违17年再度来马开唱!明年216「攻」上云顶飙唱

天后驾到!暌违17年,华语乐坛天后那英明年2月16日将来大马举办《那英那世界巡回演唱会》!届时那英会飙唱多首属于她的经典歌曲,与大马粉丝度过一个难忘的情人节。

Trending Hari Ini Thu, 21 May 2020

Tiada Lagi Rentas Negeri Bermula Hari Ini – Ismail Sabri

kenderaan yang tertangkap ketika cuba rentas negeri akan dikenakan kompaun

Hiburan Sat, 25 May 2019
Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Kahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doa Peminat

Semoga terus bahagia hingga ke syurga… Insya Allah.

| Live TV