TECH By: Rosli Ab Rahman November 24, 2018 @ 11:03am

Cara Bermain Permainan Android pada Windows

Bermain permainan video pada peranti mudah alih kian menjadi kegilaan pengguna peranti tersebut pada masa kini. Namun tidak semua dari kita mempunyai kemampuan untuk memiliki peranti telefon pintar yang berspesifikasi tinggi untuk membolehkan kita bermain permainan yang sedang ‘trending’. Tapi anda ada laptop atau PC? Jika ada, kini masalah anda sudah hampir selesai. Untuk pengetahuan semua, hari ini anda tidak lagi perlu memiliki telefon pintar yang mahal kerana anda boleh bermain permainan tersebut di laptop atau PC anda dengan menggunakan aplikasi Bluestacks App Player. Melalui aplikasi ini anda juga akan dapat menjimatkan ruang simpanan bagi telefon anda

1.Muat turun pemasang aplikasi dan daftar masuk

 

Selepas selesai muat turun fail pemasang yang bersaiz lebih 300 MB, pasangkan aplikasi ini menggunakan cara yang sama seperti anda pasang kebanyakkan aplikasi lain. Selesai memasang aplikasi ini, anda akan diminta untuk mendaftar masuk menggunakan akaun Google anda. Ini bagi memudahkan maklumat dari peranti mudah alih anda disegerakkan dengan laptop/PC anda. Bluestacks akan memasang beberapa aplikasi yang diperlukan secara automatik ke dalam peranti anda.

2. Laraskan tetapan mengikut kesesuaian

 

Anda akan mendapati satu paparan yang menyerupai paparan skrin pada peranti Android keluar pada skrin anda selepas selesai mendaftar masuk. Di sebelah sudut atas kanan skrin, anda akan menjumpai ikon gegancu atau gear. Klik pada ikon tersebut bagi menetapkan tetapan mengikut kesesuaian anda. Selepas mengubah tetapan, aplikasi ini akan dimulakan semula bagi mengemaskini tetapan yang telah anda ubah.

3. Segerakkan data dari Android ke Windows, atau sebaliknya.

Perkara inilah yang menyebabkan anda perlu untuk mendaftar masuk ke aplikasi ini dengan menggunakan akaun Google yang sama anda gunakan untuk perantimudah alih anda. Melalui aplikasi Bluestacks ini, anda akan dapat menyambung permainan yang anda telah mainkan di peranti mudah alih menggunakan laptop/PC anda, atau sebaliknya. Untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu klik ikon seperti di atas sahaja, dan anda boleh mula menyalin data anda.

4. Pasangkan fail APK bagi permainan yang tiada di Google Playstore

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk memasang fail APK dari Windows ke Android. Perkara ini sangat membantu sekiranya anda ingin bermain permainan yang tiada di Google Playstore. Terdapat banyak laman sesawangyang menyediakan fail-fail APK untuk dimuat turun oleh anda, maka dengan adanya aplikasi ini anda tidak lagi perlu memuat turun fail APK aplikasi berkenaan melalui peranti Android anda. Selain itu, anda juga boleh mengubahkan paparan permainan anda kepada paparan skrin penuh bagi mendapatkan paparan yang optimum.

 

Sumber: Wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 30 Jan 2018

Cara Kembalikan & Preview Whatsapp Pada Lock Screen iPhone Anda

Rungutan daripada pengguna iPhone berkenaan nama pengirim dan previe mesej tidak lagi dapat dilihat pada pusat notifikasi di lock screen peranti mereka. Cuba tips ini

TECH Thu, 14 Mar 2019

Get the vivo V15 Pro Through TuneTalk and Enjoy FREE 120GB Plan

It’s a chance you shouldn’t miss out.

TECH Mon, 9 Jul 2018

Muat Turun Video Daripada Instagram Tanpa Sebarang Aplikasi

Kepada anda yang tidak mahu menggunakan sebarang aplikasi tambahan, boleh sahaja memuat turun video terus ke peranti Android anda.

TECH Sat, 21 Jul 2018

Permainan Video Mungkin Terlibat Dalam Sukan Olimpik Pada Masa Akan Datang

Permainan video dianggap sebagai membazir masa dan wang oleh sesetengah pihak sejak dari dulu lagi. Namun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang sudah membuka mata bahawa industri permainan video ini juga boleh memberikan pendapatan yang […]

TECH Fri, 30 Mar 2018

Nak Keluar dari Group Whatsapp Tanpa Ada Yang Tahu

Nak keluar dari group Whatsapp serba salah so apa kata guna tips ini untuk keluar tanpa ada yang tahu

TECH Thu, 4 Apr 2019

These 10 Tips and Tricks for Your Home Will Keep it Neat and Clean

These nifty ideas will help you save time and energy too from cleaning up.

TECH Sat, 7 Apr 2018

Cara Tetapan DNS 1.1.1.1 Untuk Lajukan & Stabilkan Sambungan Internet Windows & Android

DNS 1.1.1.1 merupakan hasil kerja sama antara Cloudflare dan APNIC. DNS ini dikatakan lebih selamat kerana tidak akan merekodkan data alamat IP yang anda gunakan.

TECH Mon, 29 Oct 2018

6 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Telefon Android Lama

Tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan telefon lama anda?Bacalah tips ini.

TECH Sun, 9 Sep 2018

超过1/4的美国人删了脸书应用程序!年轻用户占大宗

受到脸书卷入个资外泄等丑闻的影响,过去一年超过1/4的脸书使用者把脸书应用程序从手机中删除。

TECH Sat, 19 Jan 2019

10 Sebab Anda Perlu Jauhi Facebook Messenger

Jom lihat apa yang Facebook mahukan sebelum anda memuat turun aplikasi Messenger

| Live TV