Relationships By: Rosli Ab Rahman November 22, 2018 @ 5:38pm

Lelaki Baca Ini! Siapa Sakiti Hati Isteri Memang Allah Jadikan Hidupnya Melarat

Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebeb kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…

Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam perkerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..

Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..

Dia ucap terima kasih pada saya. Kerana baru siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..

Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.

Jawab saya, itu semua Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.

 

Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini die lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.

Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak…bagaimana harapkan rezeki jika tidak sujud pada memberi rezeki.

Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.

Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua saya ke sana sini.

Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga.. mereka amanah dan anugerah Allah.

Saya pun panggil isteri saya. Isteri Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.

Ramai orang ingat, duit cuma berkerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut behagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.

Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah – Ustaz Ebit Lew.

Sumber: Khalifah Media.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 20 Feb 2020

[VIDEO] Alvin Chong ‘Simpan Rahsia’ Emma Maembong Bakal Berkahwin?

Wah, bagus jugak rupanya Alvin jadi penyimpan rahsia eh!

LIFESTYLE Fri, 30 Mar 2018

5 Jawapan Win Untuk “Bila Nak Kahwin Nie?”

Rimas kot dengan persoalan bila nak kahwin ? bukan sahaja tak nak kahwin tapi..

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

‘Saya Mualaf’ Bawa Tuah Buat Da’i Adam, Tahniah!

Pemuda berusia 26 tahun dan merupakan mualaf ini memukau hadirin yang ada di dalam studio Sri Pentas 2 dengan persembahan diluar kotak. Judulnya ringkas namun menyentuh jiwa.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 1 Nov 2018

“I Said Yes!”- Raja Ilya Dedah Status Terkini

Tahniah dari kami di xtra.com.my! Baca berita penuh dengan hanya klik artikel di atas

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson dan suami. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah…

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kita akan lebih jauh hati kalau dicaci dari dibantu, betul kan?

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Fri, 10 May 2019

| Live TV