Hiburan By: SGMS Faida October 9, 2018 @ 4:30pm

Hebat! Enam Juta Penonton Saksikan ABPBH31

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 lalu, disaksikan hampir enam juta penonton.

Acara berprestij tahunan ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air disamping memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular dan menyertai malam kemuncak anugerah itu.

Menurut Nielsen Malaysia, ABPBH yang telah bersiaran langsung bermula 9 malam hingga 12 tengah malam itu telah ditonton hampir 3 juta penonton secara purata dan hampir 6 juta secara menyeluruh sepanjang hampir tiga jam bersiaran.

Dengan pencapaian itu, ABPBH31 telah memonopoli 41.3% syer waktu udara menandingi pelbagai program-program yang telah ke udara pada waktu yang sama.

Selain daripada bersiaran di  televisyen, ABPBH turut bersiar secara langsung di platform digital di saluran Youtube TV3, Berita Harian, Harian Metro, dan New Straits Times. ABPBH telah ditonton hampir 600,000 penonton selama ia bersiaran.

Di samping itu, suapan langsung (Live Feed) itu turut dikongsi di platform media sosial Facebook Berita Harian, dan The New Straits Times, telah meraih 263,646. Manakala, tonton dan tonton xtra telah meraih 140,510 jumlah tontonan, menjadikan jumlah tontonan seluruh saluran digital mencecah 1 juta tontonan.

Pada malam itu, Wany Hasrita, penyandang Anugerah Bintang Paling Popular telah memenangi sebuah kereta Citroen Picasso C4 yang berharga RM126,000 serta trofi. Pihak ABPBH31 dan TV3 turut menyuarakan ucapan tahniah kepada barisan pemenang anugerah pada malam kemuncak ABPBH31:

Bintang Paling Popular                        : Wany Hasrita

Artis Baharu Lelaki Popular                 : Fendy Bakry

Artis Baharu Wanita Popular               : Farah Nabilah

Pelakon TV Lelaki Popular                   : Fattah Amin

Pelakon TV Wanita Popular                  : Nur Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular               : Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular             : Emma Maembong

Penyanyi Lelaki Popular                      : Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular                     : Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakri

Artis Komedi Popular                          : Zizan Razak

Artis Versatil Popular                           : Alif Satar

Pengacara TV Popular                         : Neelofa

Penyampai Radio Popular                    : Haziq (Hot FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noor Kumalasari

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular        : Fattah Amin & Nur Fazura

Gandingan Serasi Filem Popular         : Zul Ariffin & Nur Fazura

Artis Sensasi Popular                          : Neelofa

Instafamous Cilik Popular                    : Arif Jiwa

Personaliti Media Sosial Popular         : Fatimah Omar Mukhlis

ABPBH31 telah bertemakan Infiniti yang merujuk kepada ruang tanpa sempadan boleh dijelmakan dalam konteks evolusi BH yang sentiasa berusaha memperbaiki dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform, baik bercetak mahupun digital, menerusi laman web mudah alih mahupun platform media sosial.

Bertepatan dengan tema Infiniti, ABPBH31 telah berkolaborasi dengan rakan-rakan media rasmi seperti Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi, tonton sebagai platform digital rasmi, Hijab & Heels sebagai Media Digital Rasmi, dan Apa Kes? sebagai Kapsul Hiburan Rasmi. Selain itu, kejayaan ABPBH31 tidak akan tercapai tanpa sokongan para penaja, Alha Alfa sebagai Penaja Utama serta Maggi Pedas Giler, Mc Café, Samsung, Habib Jewels, Naza Euro Motor Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),  selaku penaja bersama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi ABPBH31 (www.abpbh.com.my) atau portal xtra (www.xtra.com.my). Saksikan juga sedutan-sedutan menarik ABPBH31 di saluran Youtube TV3 Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Abang Nak Tegur 3.0 Terima Kecaman Netizen

Bukan dislike yang dicari tetapi jumlah tontonan video muzik Abang Nak Tegur 3.0

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Sikap Senang Percaya Datuk A.Aida Makan Diri

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga…

Events Fri, 28 Sep 2018

#daiTV3 : Saksikan Pentas Akhir Da’i Musim Ke-6 Malam Ini!

Tahniah diucapkan kepada pemenang Da’i Musim Ke-6

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Isteri Hamil Anak Ketiga, Alif Satar Impi Anak Lelaki

Yang penting isteri dan anak yang bakal lahir itu sempurna dan sihat. Doakan agar segalanya dipermudahkan,

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Hafez

Pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati.

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

梁静茹706办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会

「情歌本格派」回来啦!梁静茹将于7月6日,在吉隆坡举办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会。

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Patutlah Cantik…Kourtney Kardashian Bongkar Rahsia!

Patutlah cantik adik-beradik Kardashian ni…

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

MEET ZAMAERA, MALAYSIA’S HOTTEST FEMALE RAPPER EVER

We at xtra were able to secure an exclusive interview with Malaysia’s very own talented female rapper. In this session, she detailed her journey into rap as well as her own thoughts on the rap industry in the country.

Hiburan Sat, 25 May 2019
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

| Live TV