Hiburan By: SGMS Faida October 21, 2019 @ 11:35am

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Nampaknya kemunculan semula vokalis kumpulan Visa, Sham menerima respon luar biasa daripada peminat.

Apa tidaknya, selepas hampir 12 tahun ‘hilang’ dari dunia nyanyian, ternyata masih ramai merindukan suara penyanyi berusia 47 tahun ini.

“Selama 12 tahun saya bekerja di pelantar minyak dan tidak aktif menyanyi. Malah hanya baru-baru ini sahaja saya kembali bekerja di darat sebagai salah seorang pelatih.

“Saya rindukan dunia nyanyian dan keinginan untuk menghasilkan lagu itu sentiasa ada. Cuma komitmen bekerja perlu diberi keutamaan, maklum saja saya bukan orang kaya,” kata Sham yang ditemui di konsert minggu kedua Gegar Vaganza 6, semalam.

Sementara itu, penyanyi terkenal dengan lagu Untukmu Selamanya ini berhasrat untuk merakam sebuah single baharu dengan kumpulan Visa.

“Mungkin tahun depan namun bergantung kepada kesesuaian waktu masing-masing.

“Kalau ada rezeki, Insha Allah kami akan keluarkan lagu baharu. Saya perlu mencari waktu sesuai kerana saya juga masih terikat dengan komitmen kerja,” kata Sham yang kini diuruskan oleh syarikat pengurusan Mind Order.

Untuk rekod, Sham juga popular dengan lagu Dalam Gerimis ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Sandra Merajuk Bawa Diri Kerana Lagu Tak Laku?

Peminat tidak mahu menerima perubahan yang cuba dibawa Sandra. Namun, dia akan sentiasa berusaha untuk membuktikan kemampuan vokalnya yang sebenar.

FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

“Belum Ada Perancangan Untuk Berkahwin Dengan Zizan” – Mira Filzah

Peminat tidak putus-putus mengaitkan Zizan sedang hangat menjalinkan hubungan bersama pelakon dan pengacara, Mira Filzah.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Bekas Vokalis Dicekup Lagi?

Apa nak jadi? Asyik kena cekup je..

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

| Live TV