LIFESTYLE By: SGMS Enal October 5, 2018 @ 12:48pm

Melenggang Perut: Antara Budaya, Khurafat Dan Fakta Sains?

Adat melenggang perut adalah upacara yang dijalankan ke atas seorang isteri yang genap tujuh bulan kehamilannya bertujuan untuk menempatkan kedudukan bayi didalam perut ditempat sepatutnya, iaitu dibahagian pintu rahim.

Pada masa dulu, upacara ini dianggap penting agar memudahkan ibu bersalin serta mengelakkan bayi lemas didalam perut.  Namun masih relevankan adat ini pada zaman sekarang yang ternyata maju dengan arus teknologi dan sains?  Perkongsian daripada Dr Muhammad IzzatPegawai Perubatan di bahagian Obstetrik & Ginekologi Kementerian Kesihatan Malaysia menerangkan tentang isu ini.

ADAT RESAM : MELENGGANG PERUT – BERBAHAYA ?

Melenggang perut adalah ritual tradisional yang dilakukan bila wanita hamil genap 7 bulan. Ritual ini bertujuan untuk memastikan kepala bayi pada posisi normal dengan harapan memudahkan proses bersalin

Melenggang perut lebih terkenal di bahagian Selatan Malaysia, di bagian Utara, disebut dengan kirim perut, sementara di bagian barat dan timur Malaysia, tidak terdapat data yang menjelaskan istilah yang berkaitan dengan upacara adat melayu ini.

Bagaimana melenggang perut dilakukan?

Kain sebanyak 7 helai dengan 7 warna dibentangkan, sebagai alas untuk si ibu berbaring . Kemudian, perut si ibu diurut perlahan-lahan dengan minyak urut yang telah disediakan.

Selanjutnya, kelapa yang sudah dikupas digulingkan secara perlahan di atas perut isteri secara bolak-balik dari atas ke bawah sebanyak 7 kali. Pada kali yang ke 7, buah kelapa tersebut sengaja dilepaska dan dibiarkan bergolek golek hingga berhenti.

Kemudian bidan memerhatikan bagaimana posisi muka atau mata buah kelapa tersebut bila berhenti bergolek. Jika mata kelapa menghadap ke atas, maka isteri akan melahirkan baby boy, jika sebaliknya, maka isteri akan melahirkan baby girl.

Kemudian, kedua tangan bidan memegang hujung lapisan kain yang paling atas, lalu ia mengangkat sedikit ujung kain tersebut, dengan tujuan untuk melenggangkan perut si ibu. Setelah itu, maka bidan menarik kain tersebut helai per helai secara perlahan hingga semua lapisan kain terlepas dari bawah pinggang si ibu. Kemudian lapisan kain yang paling bawah beserta buah kelapa, beras, damar, sirih-pinang yang terdapat di dalam tepak sirih diserahkan pada bidan.

Tak dilupakan, setiap step ni disertai dgn jampi dan mantera tertentu yg saya kurang pasti asalnya dari mana.

Jadi apa signifikan nya berlengang perut? Nak tahu jantina baby dalam kandungan – kita boleh buat scan dah tengok baby girl ke boy. Sejauh mana benarnya kelapa yg bergolek2 tu memberikan gambaran jantina bayi tu?

Urutan sebarangan untuk memusingkan kepala bayi boleh membawa bahaya kepada ibu. Takda monitoring CTG – jantung anak – maka kita taktau bayi berada dalam keadaan ok ke tidak. Kalau di hospital, ECV ( prosedur nak pusingkan baby songsang ) dibuat oleh doktor yg bertauliah dan di bawah pengawasan CTG. jika berlaku komplikasi , ibu terus dihantar segera ke dewan bersalin untuk pembedahan caesarean. Kalau masa berlenggang tu berlakunya masalah pada baby – macam mana nak detect? Guna ilmu batin?

Saya khuathiri adat melenggang perut ini dicemari oleh unsur-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah . Walaubagaimanapun untuk menjaga hati dan perasaan org-org tua yang tegar nak buat gak adat ini mungkin bole tegor segara berhemah. Cadangan utk membuat kenduri doa selamat untuk memohon kesejahteraan kehamilan dan proses bersalin yang selamat adalah jauh lebih baik dan bermanfaat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 17 Sep 2019

Antara Masalah Kesihatan Akibat Jerebu!

Jerebu boleh mengakibatkan penyakit lebih risiko dan yang tidak pernah mengalaminya bakal alami

LIFESTYLE Mon, 29 Oct 2018

Betul Ke Letak Penama Je Dah Cukup, Kenapa Ramai Penama Sedih Bila Tuntut Harta?

Betul Ke Letak Penama Je Dah Cukup? Tapi Kenapa Ramai Penama Kongsi Kisah Sedih Bila Tuntut Harta?

LIFESTYLE Wed, 18 Sep 2019

Topeng N95 Yang DiGuna Waktu Jerebu Ada Kelemahannya !

La, ingatkan topeng nie boleh ada juga keburukan.. Tak mengapa lebih baik mencegah dari merawat

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Ciri-Ciri Ayah Yang Hebat

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

LIFESTYLE Mon, 2 Dec 2019

回忆童年美好!全马首个「Barbie & Hot Wheels」主题乐园

这个学校假期,你可勇于挑战一切找回你的童年!

Fab Foodies! Fri, 19 Apr 2019

减肥也能吃花生酱!研究:适量摄取能降血脂、防乳癌

大人小孩都爱花生酱,虽然好吃但热量和脂肪都相当高,但除了以上印象外,花生酱还含有许多促进健康的营养成份……

Events Tue, 10 Jul 2018

Wow! Tun M Kongsi Rahsia Gaji Selama 29 Tahun

Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan.

Fab Foodies! Thu, 12 Jul 2018

就是这样才变胖!想吃垃圾食物是因为「睡不饱」

妳有发现在晚上高热量的垃圾食物,浮现在脑海画面的机率特别高吗?

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019

Now You Can Celebrate Malaysia Even After ‘Malaysia Day’ with Just RM1! Airbnb Has the Treat For You!

Still in the spirit of Malaysia Day, Airbnb invites you to four cultural activities for the most authentic Malaysian experience ever!

LIFESTYLE Thu, 18 Oct 2018

Euwww…Perhatikan Wajah Korang Secara Teliti, Ada Tak BENDA Ni?

Perhatikan makanan yang korang ambil setiap hari. Lihat kuantiti minyaknya, itu juga salah satu faktor mengapa blackhead atau whitehead ‘menggila’.

| Live TV