TECH By: SGMS Putri October 28, 2018 @ 9:44pm

Cara Mengatasi (Remove) Virus Shortcut Pada Komputer dan Pen Drive Anda Kurang 5 Minit

Buka sahaja pen drive di komputer, semua fail dan folder telah bertukar menjadi pintasan (shortcut).Anda boleh melihat fail tersebut tetapi malangnya ia tidak boleh dibuka.Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja data anda menjadi bentuk pintasan.

Bingung?

Saya rasa situasi di atas pernah berlaku kepada anda.

Mungkin sekali.

Mungkin dua kali.

Mungkin juga sudah berkali-kali.

Jika berkali-kali itu sudah dikira agak kritikal.

Apa yang boleh saya katakan kemungkinan besar pen drive anda telah dijangkiti oleh sejenis virus shortcut.

Apa itu virus shortcut?

Buat masa ini tiada definisi Wikipedia untuk virus shortcut.

Tetapi,seperti namanya, ia adalah kombinasi trojan / worm yang menyembunyikan semua fail dan folder anda, kemudian menggantikannya dengan pintasan yang kelihatan sama.Apabila anda membuka salah satu fail atau folder palsu ini, virus ini akan menggandakan dirinya dan seterusnya menjangkiti sistem operasi anda (sekiranya komputer anda tidak dipasang antivirus).Selain daripada itu, prestasi komputer anda juga akan terjejas dan ada kemungkinan besar data peribadi anda dicuri.

Bolehkah data diselamatkan?

Boleh.

Jangan risau.

Semuanya masih ada, cuma perbezaannya anda tidak boleh membuka atau mengakses fail-fail tersebut.

Ingat.

Jika dibiarkan terlalu lama fail anda boleh dirosakkan atau dipadam terus oleh virus shortcut ini.

Bagaimana virus shortcut merebak?

Ia tidak muncul secara tiba-tiba kecuali anda melakukan perkara-perkara berikut:

  1. memuat turun perisian daripada pihak ketiga (third party) yang tidak dipercayai.
  2. menyambung pen drive rakan-rakan anda yang mengandungi virus shortcut kepada komputer anda.
  3. menyambung pen drive anda sendiri kepada komputer rakan-rakan anda yang telah dijangkiti oleh virus shortcut ini.

Langkah-langkah pencegahan daripada terus merebak

Sebaik-baiknya anda menghentikan fungsi autoplay pemacu boleh alih di komputer anda.

Ketika membuka kandungan pen drive, jangan klik dua kali (double-click) fail atau folder tersebut.

Cara yang betul adalah klik kanan fail atau folder lalu pilih Explore. Tujuannya untuk mengelakkan daripada arahan virus shortcut dilaksanakan.

Terdapat banyak cara membuang virus shortcut di dalam komputer anda. Cara yang paling mudah dan pantas adalah dengan menggunakan cmd (command prompt).

Cara kedua pula adalah dengan menggunakan perisian seperti virus shortcut remover UiTM dan UsbFix.

Saya tidak akan mengulas tentang virus shortcut remover UiTM tetapi menumpukan pada cara menggunakan cmd dan UsbFix sahaja dalam tutorial pada kali ini.

Mari saya tunjukkan anda cara menghapuskan virus shortcut ini dan seterusnya menyelamatkan data penting anda.

Cara remove virus shortcut dengan command prompt (CMD)

Ini adalah cara yang paling popular.

Pada kali ini saya menggunakan Windows 7 untuk menunjukkan cara yang betul menghapuskan virus degil ini.

Pastikan anda membaca langkah demi langkah di bawah dengan teliti.

Sebelum itu, pastikan komputer yang anda gunakan bebas daripada virus.

Jika tidak, virus shortcut akan muncul semula kerana anda tidak membersihkan punca merebaknya virus ini.

Mari kita teruskan…

Sambungkan pen drive anda kepada komputer meja atau laptop anda.

Sila imbas (scan) terlebih dahulu pen drive anda dengan menggunakan perisian antivirus yang boleh dipercayai (reliable).

cara nak buang virus shortcut dalam laptop

Setelah proses mengimbas selesai, klik butang Start dan taip cmd. Kemudian klik kanan pada cmd dan pilih Run as administrator.

Saya ulangi, pastikan anda pilih Run as administrator.

Klik butang Yes sekiranya ada tetingkap kecil yang muncul.

cara buka pendrive kena virus

Taip huruf G: (sekiranya huruf pada pen drive anda adalah G) kemudian tekan Enter.

Taip: del *.lnk (arahan ini digunakan untuk memadam pintasan pada pen drive anda) dan tekan Enter.

Taip arahan di bawah dan tekan kekunci Enter:

ATTRIB -H -R -S /S /D G:\*.* (arahan ini digunakan untuk memulihkan fail dan folder pada pen drive anda)

Nota: Tukarkan huruf G mengikut huruf pada pen drive anda.

Jika huruf pen drive anda adalah F, taip huruf F. Tunggu sehingga arahan (command) kedua keluar.

Apabila telah muncul, pen drive anda telah siap dibersihkan dan tidak lagi menjadi pintasan (shortcut).

Setelah selesai tutup tetingkap cmd tersebut.

cara nak buang virus dalam laptop

Lihat semula kandungan pen drive anda.Sekiranya berjalan lancar, anda sudah boleh melihat fail dan folder asal anda di dalam pen drive.Cara di atas juga boleh digunakan untuk membuang virus shortcut pada cakera keras mudah alih (portable hard disk).

Itulah sahaja perkongsian kami pada kali ini.Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

Sumber : aftechcomputersolutions.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 9 Aug 2018

「下雨」当洗车很省钱?这种想法大错特错

大雨过后,万物看起来都干净许多,所以导致一些懒惰的车主认为,用自然的雨水清洗爱车恰恰好;但这种天真的想法,只会让你的车越洗越脏,还更容易缩短汽车零件的寿命。

TECH Wed, 26 Dec 2018

Lupa Kat Mana Letak Fon? Guna Cara Ni!

Sering tidak jumpa dimana anda letak telefon anda? Anda boleh cuba cara ini.

TECH Sun, 14 Apr 2019

Cara Mengembalikan Video Yang Telah Dipadam Pada Android

Kepada anda masih tercari aplikasi untuk mengembalikan video ataupun gambar yang telah dipadam pada Android, berikut kami kongsikan aplikasi yang boleh anda cuba.

TECH Sat, 21 Sep 2019

Mainkan Muzik Youtube Tanpa Buka Aplikasi

Secara tidak langsung ianya akan mengganggu kebolehan peranti untuk “multi tasking” .

TECH Sun, 3 Feb 2019

Cara Mudah Buat Group Video Chat Ramai-Ramai Guna WhatsApp

Mesti korang kadang-kadang pakai Video Chat, tapi asyik berdua jer…kini ada cara mudah untuk video chat lebih dari 2 orang.

TECH Tue, 9 Oct 2018

Menarik! Jom Ubah Suara Pada Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubahnya kepada jenis suara yang unik dan lucu. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Automobile Mon, 26 Mar 2018

Sah! Uber Kini Milik Grab

Di bawah perjanjian itu, Grab akan memperoleh semua operasi Uber di kawasan yang mempunyai seramai 620 juta orang, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan UberEats.

TECH Thu, 6 Sep 2018

Cara Mudah Bagi Mengatasi Windows 10 Expired

Kemungkinan pada saat anda fikir mahu install balik window 10 ketika mana  anda selalu nampak pop up yang selalu mengganggu pandangan anda ketika anda sedang menggunakan laptop.

TECH Wed, 2 May 2018

Facebook Messenger加入多项功能:包括实时翻译

Facebook宣布将通过智能助手M,在Messenger应用内提供聊天翻译功能。

TECH Sun, 13 Jan 2019

Muat Turun Poco Launcher – Ringan Dan Banyak Perkara Menarik

Launcher ini digunakan pada Pocophone F1 boleh dikatakan agak menarik dengan beberapa fungsi terbina dan ringan untuk digunakan pada smartphone lain.

| Live TV