TECH By: SGMS Putri August 15, 2018 @ 11:32am

YouTube Perlahan Pada Safari, Edge Dan Firefox?

Tahun lalu, Google memberikan nafas baru kepada platform YouTube bagi komputer meja disamping pengenalan kepada mod gelap.

Sejak daripada itu, terdapat rungutan daripada pengguna yang menyatakan YouTube semakin perlahan selepas naik taraf berkenaan.

Perkara terbabit dialami oleh pengguna yang menggunakan pelayar selain Chrome seperti, Safari, Edge dan juga Mozilla Firefox.

Menurut pengurus program teknikal Mozilla, Chris Peterson, beliau mendakwa YouTube beroperasi lima kali lebih perlahan pada Firefox.

Tambahnya lagi, penyebab utama yang menjadikan ia perlahan adalah YouTube menggunakan Shadow DOM v0 API, yang tidak lagi digunakan pada pelayar lain.

Namun begitu, terdapat cara untuk mengatasi masalah yang dialami pengguna pelayar lain. Caranya adalah seperti dibawah.

Firefox

Peterson menyarankan pengguna Firefox untuk menggunakan add-on YouTube Classic. Hanya tekan Add To Firefox. Apabila anda menggunakan YouTube, anda boleh rasai perubahannya.

Safari dan Edge

Bagi dua pelayar ini, Tom Warren, editor dari The Verge menyarankan pengguna untuk memuat turun extension dari Tampermonkey. Melaluinya, ia akan membawa kembali YouTube versi lama yang lebih pantas.

Pada Safari, selesai muat turun, tekan pada tampermonkey.safariextz. Klik Trust.

Untuk Edge, muat turun Tampermonkey dari Microsoft Store. Lancarkannya dan tekan aktifkan.

Jika tidak berfungsi, cuba lakukan secara manual dengan pergi ke butang tiga garis bertindih, pada bahagian atas kanan. Pilih Extensions dan aktifkan Tampermonkey.

Setelah itu, klik ikon Tampermonkey, (Safari-sebelah kiri atas/ Edge-sebelah kanan atas), pilih Create a new script dan tetingkap suntingan akan dibuka.

Muat turun skrip terlebih dahulu, copy paste skrip tadi ditetingkap suntingan, tekan File dan Save.

Pada awal anda melayari YouTube, ia akan mengambil sedikit masa untuk load tetapi setelah skrip beroperasi, YouTube akan kembali dengan versi lama.

sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 12 Jul 2018

为什么欧系车后座脚下有Hump,日系车却没有?

许多轿车后座中央位置的脚下,都会有一个凸起的Hump,而这个凸起的部分也让后座中间乘客岔开大腿才能坐好,相当尴尬;不过日系车款却大多是平坦的。这究竟是为什么呢?

TECH Wed, 21 Mar 2018

Cara Menaik Taraf Fungsi Aplikasi Youtube (Android)

Youtube adalah antara aplikasi yang paling digemari semua selepas Facebook.  Kepada yang pengguna tegar aplikasi Youtube, berikut kami kongsikan satu aplikasi alternatif kepada Youtube yang lebih canggih dan menarik paparannya. Dengan paparan versi “Dark” dan […]

Events Wed, 25 Sep 2019
TECH Sun, 29 Dec 2019

全球首款电子咖啡正式抵马!主打零尼古丁成分

全球第三大电子品牌「SNOWPLUS」正式在大马推出全新咖啡口味!

TECH Sun, 28 Jul 2019

Ingin Akses WhatsApp Lain pada Android, Cuba Ini!

kalau rasa nak mencuba boleh ikot tips ini

TECH Sun, 22 Jul 2018

CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal

OnePlus terkenal dengan jolokan flagship killer dimana hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi tetapi dijual pada harga yang berpatutan. Cubaan melebarkan sayap dalam pasaran pertengahan pada 2015 melalui OnePlus X, dilihat tidak seperti apa yang dirancang kerana gagal […]

TECH Sat, 12 Jan 2019

ASUS’ Ultra-Compact, Ultra-Light Zenbook is Paper Thin!

No one wants to lug around a massive laptop anymore. Light and thin is the way to go.

Automobile Thu, 25 Apr 2019
TECH Mon, 22 Oct 2018

Buangkan Virus “Pop-up” Pada Chrome

Cara untuk anda “Reset” kembali pelayar Chrome pada PC untuk menghapuskan segala Malware yang “melekat” ketika melayari internet sebelumnya.

TECH Wed, 8 Jan 2020

5 Cara Jimat Kos Baiki Komputer Lembap

Bila laptop menjadi lembap atau kerap hang pastinya melambatkan kerja. kebetulan kos tidak mencukupi apa kata cuba cara ini dahulu

| Live TV