Hiburan By: Salma Syahbuddin September 18, 2018 @ 11:43am

Sanggup Bersumpah, Aeril Zafrel Kata Itu Bukan Dia!

Rasanya penularan gambar lucah bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia hiburan kita, selepas Zul Ariffin, anak Che Ta, kini giliran Aeril Zafrel pula menjadi mangsa ‘penyakit mental’ ini.

Tularnya gambar bogel tersebut seterusnya mengundang pelbagai spekulasi melibatkan pelakon ini, dan bagi menjawab segala persoalan yang timbul akibat gambar bogel yang tersebar semalam, Aeril tampil memberikan kenyataan menerusi akaun instagram miliknya apabila menafikan gambar yang tersebar itu bukanlah dirinya. 

Menurut Aeril Zafrel, perbuatan memalukan dan terkutuk itu hanya fitnah yang direka untuk mengaibkan dirinya dan menurut Aeril perbuatan ini hanya sengaja mahu menjatuhkan maruahnya. 

” Ini gambar penuh yang diberikan seorang wartawan kepada saya dengan dan dikatakan tular semalam.

“Cubaan keji yang mengaitkan saya dengan keaiban yang dangkal ini. Wawallohi Watallohi Wabillahi itu bukan saya. Biarlah Allah yang memberi balasan pada yang terusan berniat atas fitnah ini.”

“Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf terpaksa tidak blurkan apa yang sepatutnya sebagai bukti tak sunat tu. Haha, gambar ini hanya sementara. Akan delete soon.”

“Dinasihatkan JANGAN ZOOM ya.”Jelas Aeril menerusi ruangan caption nya.

Foto selfie yang tersebar semalam menunjukkan seorang lelaki tanpa seurat benang dengan posing yang ala-ala menggiurkan itu menarik perhatian netizen apabila ianya mirip muka pelakon Aeril Zafrel yang terkenal dengan imej islamiknya. 

Jadi, pada netizen kat luar sana, sila jangan sebarkan mana-mana perkara tanpa usul periksa kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit mental dengan menyebarkan gambar lucah sebegini, sila fikirkan akibat daripada perbuatan anda okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Izzue Islam Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan?

Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat!

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Hamil Anak Kedua, Ini Harapan Tya Ariffin…

Tya juga memaklumkan tidak mahu ramai anak. Cukup dua atau tiga sahaja, memadai baginya dan suami…

Hiburan Wed, 23 Oct 2019

Farah Nabilah Bakal Tamatkan Zaman Bujang Disember Ini

Tahniah buat Farah Nabilah dan Amirul!

Events Fri, 6 Sep 2019

Orang Sabah, Jom Serbu Karnival Jom Heboh Hujung Minggu Ini!

Jom orang Sabah kita kasi ramai KJH-Sabah ni ya! Aramaitii!

Hiburan Mon, 14 May 2018

Meriah! Tahniah Pemenang DFKL 2018

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan. Tahniah!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

「小队长」卢广仲明年1月4日驾到!

卢广仲「大人中」世界巡回演唱会大马站定档2020年1月4日在莎阿南美拉瓦蒂室内体育馆引爆,卢广仲喊话 “十年后的第一年,来聚聚吧!”

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

「萨克斯风演奏家」肯尼基216再度吹响云顶!

相隔15个月国际「萨克斯风演奏家」肯尼·基将重返大马舞台,于2月16日吹响云顶云星剧场!

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Saleem Makin Stabil Tapi Perlukan Rehat

Semoga Saleem segera sembuh seperti sediakala memandangkan dia bakal meneruskan siri jelajah Kempen Antijenayah di sekitar pendalaman Sabah pada April depan!

| Live TV