Hiburan By: SGMS Faida May 14, 2018 @ 2:51am

Meriah! Tahniah Pemenang DFKL 2018

Dekatkan Jarak Kita yang diterbitkan JS Pictures Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Pilihan menerusi anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Pengarah Pilihan pula dimenangi pengarah drama Titian Cinta, Heykal Hanifah.

Heykal menafikan populariti pelakon utamanya, Zul Ariffin menjadi satu-satunya faktor yang mengangkat drama arahannya itu menjadi fenomena.

“Percubaan menyatukan pelakon popular dan pelakon baharu nampaknya berhasil kerana drama ini mengembalikan semula fenomena drama Melayu.

“Kemenangan saya ini adalah berlandaskan kepada kerjasama semua pihak yang terlibat dalam Titian Cinta. Semua main peranan masing-masing dalam drama ini,” katanya.

Anugerah yang sudah memasuki tahun kelima itu turut menobatkan Zul Ariffin dan Janna Nick sebagai Aktor dan Aktres Pilihan.

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan.

Bertemakan Pop Art, DFKL 2018 dihoskan oleh Ajak Shiro dan Nabila Huda.

Anugerah ini turut dihiburkan dengan persembahan dari Ernie Zakri, Syamel, Azlan Typewriter, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Janna Nick dan Ayda Jebat.

Kesemua pemenang ditentukan menerusi undian penonton melalui laman web www.dfkl.com.my yang dibuka sejak Februari lalu. Tahniah sekali lagi daripada xtra.com.my! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Anak Ahmad Dhani Sebak Di Konsert Reunion Dewa 19

Semalam berlangsungnya konsert reunion Dewa 19 yang mana lebih 7,000 penonton membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam. Apa yang menyentuh hati di stadium semalam apabila anak kepada vokalis Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau Dul tidak […]

Hiburan Sat, 9 Jun 2018

Berhijab Sewaktu Keluar Rumah, Masih Lagi Belajar

Saya sedang belajar dimana keluar rumah dalam berhijab. Masih dalam proses pembelajaran. Insya-Allah. Saya mohon doa agar terus istiqamah

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

范冰冰弟弟范丞丞回国参加真人秀

有网友爆料范丞丞从韩国回国,将参加《偶像练习生》的比赛,并放出了范丞丞的机场照。

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Dituduh Ambil Duit Peminat…Erma Fatima Akhirnya Bersuara

Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

Jangan Tahan Kentut Ini Sebabnya..

Kentut yang senyap di panggil silent killer dan ada pula yang kentut macam machine gun. Cuma nak tanya ada ke yang suka tahan kentut

Events Mon, 2 Dec 2019
LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
Hiburan Mon, 28 May 2018

Tak Mahulah Hero Sama Saja…

Mungkin ada hikmahnya saya dan Zul tidak menang bagi kategori itu kerana saya tidak mahu dibayangi oleh seorang hero saja.

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Netizen Anggap Sharifah Sakinah ‘Wakil Rakyat’

Sharifah Sakinah jadi wakil rakyat pula?

| Live TV