TECH By: SGMS Putri July 6, 2018 @ 4:01pm

Cristiano Ronaldo Bakal Mempunyai Rancangan Realiti Sendiri Di Facebook

Demam Piala Dunia masih lagi menghantui peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini. Beberapa kejutan telah berlaku apabila terdapat beberapa pasukan pilihan yang tersingkir awal termasuklah pasukan yang diwakili oleh bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo iaitu Portugal.

Ronaldo kelihatan sangat kecewa selepas pasukannya tumpas 2-1 kepada Uruguay pada pusingan 16 terakhir minggu lepas. Namun, kekecewaan itu mungkin boleh dilupakan seketika apabila beliau ditawarkan kontrak bernilai $10 juta(~RM 40.4 juta) oleh Facebook untuk tampil dalam sebuah rancangan realitinya sendiri.

Kredit : SPORTbible

Rancangan realiti 13 episod itu akan diterbitkan oleh syarikat Matador Content dan Religion of Sports. Menurut laporan Variety, rancangan tersebut akan disiarkan secara eksklusif melalui Watch yang merupakan platform video eksklusif bagi Facebook.

Walaupun tiada sebarang perjanjian yang sudah dimeterai, peminat Ronaldo sudah mula berasa teruja untuk menyaksikan bintang kesayangan mereka ini muncul dalam sebuah rancangan realiti. Untuk pengetahuan, Ronaldo merupakan atlit yang mempunyai pengikut paling ramai di Facebook, iaitu seramai 120 juta orang.

Bagaimanapun, peminat Ronaldo di Malaysia mungkin tidak dapat menonton rancangan ini kerana Facebook Watch hanya tersedia bagi pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Diharapkan Facebook akan membawa platform video mereka ini ke pasaran global pada masa hadapan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 26 Oct 2018

Guna Telegram, Ini Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

Cara mudah untuk muat turun video daripada Youtube pada iPhone menggunakan aplikasi Telegram.

TECH Fri, 23 Nov 2018
TECH Mon, 15 Jan 2018

Powerbank Anda Original Ke Tiruan? Ketahui Cara Mudah Mengenalpasti Powerbank Tiruan

Ketahui Power Bank yang original ataupun tiruan.Jika ingin menyelamatkan wang anda daripada membeli Power Bank yang tiruan,baca artikel ini.

TECH Fri, 4 May 2018

Kenangan Hutang Buku555 Anda Zaman Dulu Kini Dah ‘Upgrade’ Jadi App

Siapa masih ingat lagi tentang buku 555, banyak jasanya dalam seharian dan kini di upgrade. Jom baca ya

TECH Tue, 28 Aug 2018

苹果卖得最好的产品,其实不是iPhone?

前段时间苹果市值突破一兆美元,谁都无法否认其中iPhone是最大贡献者,Q3财报中iPhone营收占比达56%,在大部分人印象中iPhone无疑是苹果最畅销的产品。

TECH Thu, 19 Apr 2018

Apple Mungkin Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah

Walaupun Kuo adalah sumber yang mempunyai rekod yang baik dalam menyampaikan khabar angin berkenaan produk Apple, ura-ura berkenaan peranti-peranti ini masih lagi menjadi tanda-tanya.

TECH Wed, 11 Dec 2019

Pencipta ‘Barcode’ Meninggal Dunia

Menghasilkan puluhan paten untuk peralatan komputer dan imbasan (barcode)

TECH Fri, 13 Jul 2018

Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja

Google dijangka akan memperkenalkan sistem operasi Android terbaru mereka, Android P dalam masa terdekat. Ini kerana mereka telah pun mengeluarkan versi percubaan beta terakhir bagi sistem berkenaan awal bulan ini. Google mendakwa versi beta berkenaan adalah sangat […]

Contest Wed, 27 Nov 2019
TECH Fri, 25 May 2018

| Live TV