TECH By: SGMS Putri July 9, 2018 @ 3:41pm

Samsung Buka Kilang Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia

Samsung akan membuka sebuah lagi kilang pengeluaran telefon pintar mereka di India hari ini. Kilang yang bertempat di Sector 81 di Noida, Uttar Pradesh itu akan muncul sebagai kilang pengeluaran telefon pintar terbesar di dunia apabila dilancarkan. Kilang itu dianggarkan dibina pada keluasan kira-kira 140,000 hektar.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dilaporkan akan melawat fasiliti, seterusnya merasmikan pembukaan kilang itu nanti. Ia menandakan bermulanya proses penghasilan besar-besaran Samsung di negara berkenaan.

India telah menjadi antara pasaran terbesar bagi industri telefon pintar di mana mereka dilaporkan menduduki tangga kedua selepas China dan mengatasi Amerika di tangga ke-tiga. Menurut laporan International Data Corp., sebanyak 124 juta unit peranti telah terjual di India sepanjang tahun 2017.

Bagi Samsung pula, mereka dikatakan berharap agar unit pengeluaran mereka dapat digandakan kepada 120 juta unit berbanding 67 juta unit yang dikeluarkan sekarang. Pada asalnya, kilang ini dibuka pada tahun 1997 untuk penghasilan TV namun pada tahun 2007, bahagian pengeluaran telefon pintar pula telah dibuka.

Pembukaan kilang ini juga dijangka akan membuka lebih 15,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selain Samsung, Xiaomi juga dilaporkan ingin membuka tiga kilang pengeluaran baru di negara India pada masa akan datang.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 6 Jul 2018

Unifi Turbo – Sambungan Internet 10x Lebih Laju?

Beberapa hari yang lalu TM ada membuat satu pengumuman tentang penambahbaikan terhadap perkhidmatan sedia. Antara yang diumumkan adalah penawaran satu pelan jalur lebar baru iaitu Unifi 30Mbps pada harga langganan dibawah RM100, disasarkan kepada golongan B40. Satu […]

Automobile Fri, 16 Feb 2018

HARGA MINYAK TURUN!

Harga tersebut di atas  berkuatkuasa pada jam 12.01 malam 15 Februari lalu sehingga 21 Februari 2018 jam 11.59 malam.

TECH Sat, 19 May 2018

Anda Kini Boleh Memuat Naik Instagram Stories Secara Pukal Di Instagram

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

TECH Sat, 26 May 2018

Tips Dari Google Mengenai Tingkah Laku Pelayar Internet Dari Malaysia Dan Indonesia Pada Bulan Ramadhan

Di waktu bulan Ramadhan, tingkah laku umat Islam  akan sedikit berlainan berbanding pada hari yang lain. Dan ini turut melibatkan tingkah laku pengguna di dunia maya. Perkara ini telah didedahkan oleh Google dalam beberapa infografi […]

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

TECH Tue, 13 Aug 2019

Nak Cari DiMana Anda Letak Handphone?

Tak tahu letak mana handphone sebab lupa, cuba cari ni!

TECH Sat, 16 Feb 2019

Cara Mengatasi Masalah Muat Turun Tergendala Pada Playstore

Adakah anda pernah memuat turun sesuatu aplkasi di Apps Store tetapi tidak dapat memuat turun sepenuhnya? Ketahui cara-cara mengatasinya disini.

TECH Tue, 10 Jul 2018

Musim Ke-Lima Fortnite Mungkin Membawa Pemain Merentasi Masa

Epic Games akhirnya telah mengeluarkan iklan acah rasmi buat musim ke-lima permainan battle royale itu buat kali pertama. Pengumuman itu dibuat menerusi kiriman Twitter akaun rasmi Fortnite. Dalam iklan acah yang dikirim pada 9 Julai tersebut, mereka memberitahu bahawa musim terbaru itu akan […]

TECH Tue, 5 Jun 2018

未来的一天将有25个小时!

对那些工作狂来说,他们时常会觉得自己的每天都不够用,然而根据科学家们最新的一项研究成果,这点将在未来发生改变,未来的一天有望达到25个小时。

TECH Thu, 5 Sep 2019

Cara Menyunting Fail Muzik Jenis MP3

cara untuk menyuting fail muzik jenis MP3 tersebut. 

| Live TV