TECH By: SGMS Putri July 9, 2018 @ 3:39pm

The World Bank: Sambungan Jalur Lebar Tetap Malaysia Perlahan Dan Tidak Mampu Milik

Satu laporan terbaru The World Bank bertarikh 2 Julai 2018, menyatakan bahawa penggunaan digital oleh perniagaan di Malaysia berada di takuk sederhana dalam kalangan negara yang berpendapatan sederhana rendah.

Antara penyebab yang menghalang daripada percambahan ekonomi digital adalah sambungan internet yang perlahan serta kurangnya tawaran pelan mampu milik daripada syarikat penyedia internet.

Walaupunbegitu, akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi Malaysia boleh dikatakan agak tinggi berbanding dengan negara lain dengan kedudukan 74 daripada 167 negara untuk perkhidmatan jalur lebar tetap.

Sementara itu bagi jalur lebar fiber, negara diletakkan di tangga ke-64, dibelakang negara jiran Vietnam serta dua lagi negara dengan tahap pendapatan yang sama iaitu, Mexico serta Turki.

Tidak terhenti disitu, laporan “Malaysia Economic Monitor” turut memberi pandangan yang mana Malaysia perlu meningkatkan kualiti serta pelan yang lebih mampu milik bagi rangkaian jalur lebar.

Antara saranan yang diberikan adalah kerajaan perlu membuka ruang persaingan supaya lebih banyak syarikat memberikan penawaran yang menarik.

Ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor swasta dalam memacu transformasi digital negara.

Laporan penuh boleh baca disini – The World Bank: Malaysia Economic Monitor

Sumber: The World Bank via Malaysian Wireless

Sumber foto: eswcmalaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

TECH Mon, 23 Jul 2018

Institusi Kesihatan Singapura Diserang Dalam Sejarah Serangan Siber Paling Buruk Untuk Republik Tersebut

Singapura sebuah negara jiran di selatan Malaysia baru-baru ini telah mengalami serangan siber terbesar dalam sejarahnya. Mengikut laporan media tempatan, sebanyak 1.5 juta data pesakit mereka telah dicuri termasuk PerdanaMenteri mereka, Lee Hsien Loong. Serangan siber yang menyasarkan SingHealth, […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid

SPECTRIX D80 DDR4 RGB Jika sebelum ini semua perkakasan/komponen PC mempunyai fungsi RGB di dalamnya, modul RAM dari XPG kini membawakan penyejukan hybrid-cecair dan udara untuk SPECTRIX D80 DDR4. XPG mengatakan yang SPECTRIX D80 DDR4 merupakan […]

TECH Sun, 14 Jul 2019

研究证实:这些「坏习惯」其实很健康!

每个人在生活中都有一两项看似不利健康的「坏习惯」,像是经常不吃早餐、爱滑社群媒体、爱喝咖啡等,其实这些一般人认为的坏习惯,现在都有科学研究反驳……

TECH Wed, 18 Jul 2018

Akibat Menggunakan Cheat Untuk Bermain PUBG, 141 Pemain Ditangkap Pihak Berkuasa

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih senang dipanggil PUBG, merupakan permainan multiplayer kegemaran ramai ketika ini. Permainan popular ini tidak terlepas dari penggunaan cheat dan sejak Januari lalu, sejumlah 141 orang sudahpun ditangkap kerana mengguna serta menjual cheat. Kesemua […]

TECH Sat, 20 Apr 2019

Water Resistant Atau Waterproof? Cara Kenali Ciri Kalis Air Telefon Anda

Tedapat perbezaan maksud antara ‘waterproof’ dan ‘water resistant’. Anda perlu ketahui jika telefon anda ‘waterproof’ atau ‘water resistant’.

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Media Prima Digital and Ziff Davis Announce IGN Southeast Asia Partnership

Media Prima Digital, one of Southeast Asia’s leading digital media groups, announced a new partnership with global digital media company Ziff Davis, a division of J2 Global, to operate IGN Southeast Asia (sea.ign.com) catered to […]

Automobile Mon, 7 May 2018

Seat Belt 系错方法的后果,你有必要知道!

不系Seat Belt能致命,系上了但系错方式也一样会致命!

TECH Fri, 4 Jan 2019

Cara Mengaktifkan Dark Mode YouTube di Android

ingin Youtube anda menjadi ‘Dark Mode’ ikuti tips ini

TECH Sat, 11 Jan 2020

Perbezaan Antara Bateri Graphene Dan Lithium-Ion

Teknologi bateri telefon pintar adalah agak bagus pada masa ini. Tetapi, ada satu perkara yang mungkin peminat gajet merasa tidak pernah cukup iaitu jangka hayat bateri yang lebih baik. Alangkah indahnya  jika kuasa peranti boleh […]

| Live TV