TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 2:45pm

Rasmi – Huawei Nova 3 Hadir Dengan 4 Kamera dan Sokongan GPU Turbo

Huawei Nova merupakan satu lagi siri di bawah jenama Huawei selain Huawei Mate, Huawei P dan banyak lagi. Terbaru, Huawei telah mengesahkan mereka akan melancarkan sebuah lagi peranti bagi siri berkenaan iaitu Huawei Nova 3 dalam satu majlis khas pada 18 Julai ini.

Sehubungan dengan itu, mereka telah pun mengesahkan spesifikasi rasmi bagi peranti tersebut melalui penyenaraiannya dalam kedai atas talian mereka, Vmall. Menurut kiriman berkenaan, peranti ini akan hadir dengan 4 kamera iaitu dwi-kamera utama serta dwi-kamera hadapan.

Bagi kamera utama, Huawei menggunakan lensa 16MP RGB dan 24MP monokrom dengan bukaan lensa f/1.8. Manakala bagi kamera swafoto pula, Huawei Nova 3 ini hadir dengan gabungan lensa 24MP + 2MP dengan aperture f/2.0. Kedua-dua lensa kamera hadapan merupakan lensa RGB.

 

 

Peranti ini menggunakan cip pemprosesan Kirin 970 yang disokong oleh memori 6GB serta simpanan dalaman 128GB. Apa yang menarik, ia juga bakal dilengkapi dengan sokongan GPU Turbo untuk prestasi permainan video yang lebih baik, seperti yang didakwa oleh Huawei.

Untuk sistem paparan pula, Nova 3 menggunakan skrin LCD 6.3 inci, FHD+ dengan nisbah 19:9 serta rekaan takukPeranti ini mempunyai bateri dengan kapasiti 3,750mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas Huawei Super Charge.

Huawei juga dikatakan akan memperkenalkan model Nova 3i dalam majlis yang sama. Peranti Nova 3 ini akan hadir dengan empat pilihan warna iaitu Blue Purple, Bright Black, Light Blue dan Primrose Gold. Harga jualan dijangka cuma akan diketahui semasa majlis pelancaran kelak.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 18 Jul 2019

Langkah Alternatif Pengganti Tombol Bunyi Pada Android

Kepada anda yang memiliki peranti Android yang rosak tombol bunyi, berikut kami kongsikan alternatif kepada masalah tersebut.

TECH Mon, 10 Sep 2018

Menyembunyikan Gambar Profil Whatsapp

Teknik mengelakkan ‘Stalker’ melihat gambar anda.

TECH Tue, 30 Oct 2018

5 Tips dan Teknik WhatsApp Yang Perlu Diketahui

Adakah anda telah mengetahui semua tips dan teknik untuk ‘Whatsapp’ anda? Jika belum,baca artikel ini.

Automobile Tue, 24 Apr 2018

选民们看过来!现可通过MySPR Semak手机App查选民资讯

5月9日已被宣布为全国特别公共假期,因此小编在此呼吁已注册成为选民的读者,在投票日一起履行公民责任。为了方便选民,选委会推出了MySPR Semak手机应用程式,让选民们能更方便地了解本届选举的投票站及投票渠道等相关资讯。

Automobile Fri, 29 Nov 2019

你知道这些「故障灯」代表什么吗?

不管是新手司机还是老司机,在驾驶的时候你应该都会遇过车辆出现故障灯,但你是否搞懂部分故障提示灯吗?

Automobile Sun, 3 Jun 2018

如何申请国家驾照?

其实申请国际驾照(International Driving License)比想象中简单得多!

TECH Tue, 6 Aug 2019

5 Trick Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

Ini dikongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp.

TECH Thu, 11 Oct 2018

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.

TECH Tue, 3 Jul 2018

Cara Untuk Melindungi Sambungan WiFi Rumah

Berikut kami kongsikan langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melindungi talian internet dirumah anda daripada dicuri pakai.

TECH Mon, 30 Sep 2019

Kongsi Kata Laluan Wifi Tanpa Diketahui Orang

Siapa yang tak nak wifi kan

| Live TV