TECH By: SGMS Putri July 13, 2018 @ 1:14pm

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition Dengan Harga Mampu Milik Akan Turut Diperkenalkan Kelak

Seperti yang pernah kami nyatakan sebelum ini, peranti Xiaomi Mi 8 Explorer Edition berkemungkinan besar akan mula dipasarkan pada bulan ini. Belum pun ia mula dijual, Xiaomi telah mengesahkan bahawa dua lagi variasi lebih mampu milik akan dilancarkan untuk peranti ini.

Menurut laporan yang diperolehi, Xiaomi telah menyenaraikan variasi 4GB RAM+64GB ROM dan 6GB+128GB ROM di laman TENAA beberapa hari lepas. Sebelum ini, Xiaomi hanya mengumumkan model 8GB RAM dengan 128 GB ROM sahaja semasa peranti ini diperkenalkan buat kali pertama.

Kredit : TENAA

Dengan penyeneraian tersebut, ini bermakna variasi berkenaan akan dijual dengan harga yang lebih mampu milik berbanding tanda harga 3,699 Yuan(~RM 2,241) yang diumumkan buat variasi 8GB RAM sebelum ini.

Selain itu, Xiaomi turut menyenaraikan model dengan simpanan dalaman 256GB dalam kemaskini penyenaraian berkenaan. Bagi sebuah peranti yang hadir tanpa sokongan kad mikroSD, ruang simpanan dalaman amat penting untuk diambil kira oleh bakal pembeli yang berminat.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 16 Sep 2019
TECH Wed, 1 Aug 2018

Tetapan Pada Modem Untuk Akses Ke Laman Yang Disekat

Kami ingin kongsikan tutorial untuk membuat tetapan DNS terus pada modem, dengan itu anda tidak perlu lagi membuat tetapan pada mana – mana peranti yang berhubung pada modem tersebut.

TECH Fri, 10 Jan 2020
TECH Sun, 28 Oct 2018

Cara Mengatasi (Remove) Virus Shortcut Pada Komputer dan Pen Drive Anda Kurang 5 Minit

Adakah pendrive anda dijangkiti oleh ‘virus shortcut’?Kami ada jalan penyelesaiannya.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Samsung Electronics Mengumumkan Penghasilan Cip Memori V-NAND Generasi Ke-5

Samsung Electronics sebagai pengeluar komponen elektronik terbesar di dunia termasuk penghasilan cip pemprosesandan memori telah mengumumkan yang mereka telah memulakan kerja-kerja penghasilan cip memori V-NAND generasi ke-5 mereka. Cip dengan antaramuka ‘Toggle DDR 4.0’, pertama di dalam industri […]

TECH Wed, 11 Sep 2019
TECH Mon, 2 Sep 2019

Nak Tahu Siapa Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen

ini diantara cara-caranya . Selamat mencuba

TECH Tue, 3 Jul 2018

Peranti Samsung Menghantar Gambar Secara Automatik Tanpa Pengetahuan Pemilik

Masalah pepijat pada aplikasi permesejan asal Samsung telah menyebabkan ia menghantar gambar secara rawak kepada beberapa kenalan yang disimpan di dalam peranti tanpa pengetahuan pemiliknya. Perkara ini telah menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam laman Reddit dan forum rasmi Samsung sendiri. […]

TECH Fri, 9 Mar 2018

Tips Untuk Mengelak Muat Turun Fail Yang Mempunyai virus

Pernahkah anda memuat turun fail dan mendapati fail tersebut mempunyai virus? Keseronokan memuat turun pelbagai aplikasi pada PC boleh bertukar kepada malapetaka sekiranya tiada sebarang langkah – langkah pencegahan yang diambil.

TECH Fri, 23 Nov 2018

| Live TV