TECH By: SGMS Putri October 28, 2018 @ 9:44pm

Cara Mengatasi (Remove) Virus Shortcut Pada Komputer dan Pen Drive Anda Kurang 5 Minit

Buka sahaja pen drive di komputer, semua fail dan folder telah bertukar menjadi pintasan (shortcut).Anda boleh melihat fail tersebut tetapi malangnya ia tidak boleh dibuka.Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja data anda menjadi bentuk pintasan.

Bingung?

Saya rasa situasi di atas pernah berlaku kepada anda.

Mungkin sekali.

Mungkin dua kali.

Mungkin juga sudah berkali-kali.

Jika berkali-kali itu sudah dikira agak kritikal.

Apa yang boleh saya katakan kemungkinan besar pen drive anda telah dijangkiti oleh sejenis virus shortcut.

Apa itu virus shortcut?

Buat masa ini tiada definisi Wikipedia untuk virus shortcut.

Tetapi,seperti namanya, ia adalah kombinasi trojan / worm yang menyembunyikan semua fail dan folder anda, kemudian menggantikannya dengan pintasan yang kelihatan sama.Apabila anda membuka salah satu fail atau folder palsu ini, virus ini akan menggandakan dirinya dan seterusnya menjangkiti sistem operasi anda (sekiranya komputer anda tidak dipasang antivirus).Selain daripada itu, prestasi komputer anda juga akan terjejas dan ada kemungkinan besar data peribadi anda dicuri.

Bolehkah data diselamatkan?

Boleh.

Jangan risau.

Semuanya masih ada, cuma perbezaannya anda tidak boleh membuka atau mengakses fail-fail tersebut.

Ingat.

Jika dibiarkan terlalu lama fail anda boleh dirosakkan atau dipadam terus oleh virus shortcut ini.

Bagaimana virus shortcut merebak?

Ia tidak muncul secara tiba-tiba kecuali anda melakukan perkara-perkara berikut:

  1. memuat turun perisian daripada pihak ketiga (third party) yang tidak dipercayai.
  2. menyambung pen drive rakan-rakan anda yang mengandungi virus shortcut kepada komputer anda.
  3. menyambung pen drive anda sendiri kepada komputer rakan-rakan anda yang telah dijangkiti oleh virus shortcut ini.

Langkah-langkah pencegahan daripada terus merebak

Sebaik-baiknya anda menghentikan fungsi autoplay pemacu boleh alih di komputer anda.

Ketika membuka kandungan pen drive, jangan klik dua kali (double-click) fail atau folder tersebut.

Cara yang betul adalah klik kanan fail atau folder lalu pilih Explore. Tujuannya untuk mengelakkan daripada arahan virus shortcut dilaksanakan.

Terdapat banyak cara membuang virus shortcut di dalam komputer anda. Cara yang paling mudah dan pantas adalah dengan menggunakan cmd (command prompt).

Cara kedua pula adalah dengan menggunakan perisian seperti virus shortcut remover UiTM dan UsbFix.

Saya tidak akan mengulas tentang virus shortcut remover UiTM tetapi menumpukan pada cara menggunakan cmd dan UsbFix sahaja dalam tutorial pada kali ini.

Mari saya tunjukkan anda cara menghapuskan virus shortcut ini dan seterusnya menyelamatkan data penting anda.

Cara remove virus shortcut dengan command prompt (CMD)

Ini adalah cara yang paling popular.

Pada kali ini saya menggunakan Windows 7 untuk menunjukkan cara yang betul menghapuskan virus degil ini.

Pastikan anda membaca langkah demi langkah di bawah dengan teliti.

Sebelum itu, pastikan komputer yang anda gunakan bebas daripada virus.

Jika tidak, virus shortcut akan muncul semula kerana anda tidak membersihkan punca merebaknya virus ini.

Mari kita teruskan…

Sambungkan pen drive anda kepada komputer meja atau laptop anda.

Sila imbas (scan) terlebih dahulu pen drive anda dengan menggunakan perisian antivirus yang boleh dipercayai (reliable).

cara nak buang virus shortcut dalam laptop

Setelah proses mengimbas selesai, klik butang Start dan taip cmd. Kemudian klik kanan pada cmd dan pilih Run as administrator.

Saya ulangi, pastikan anda pilih Run as administrator.

Klik butang Yes sekiranya ada tetingkap kecil yang muncul.

cara buka pendrive kena virus

Taip huruf G: (sekiranya huruf pada pen drive anda adalah G) kemudian tekan Enter.

Taip: del *.lnk (arahan ini digunakan untuk memadam pintasan pada pen drive anda) dan tekan Enter.

Taip arahan di bawah dan tekan kekunci Enter:

ATTRIB -H -R -S /S /D G:\*.* (arahan ini digunakan untuk memulihkan fail dan folder pada pen drive anda)

Nota: Tukarkan huruf G mengikut huruf pada pen drive anda.

Jika huruf pen drive anda adalah F, taip huruf F. Tunggu sehingga arahan (command) kedua keluar.

Apabila telah muncul, pen drive anda telah siap dibersihkan dan tidak lagi menjadi pintasan (shortcut).

Setelah selesai tutup tetingkap cmd tersebut.

cara nak buang virus dalam laptop

Lihat semula kandungan pen drive anda.Sekiranya berjalan lancar, anda sudah boleh melihat fail dan folder asal anda di dalam pen drive.Cara di atas juga boleh digunakan untuk membuang virus shortcut pada cakera keras mudah alih (portable hard disk).

Itulah sahaja perkongsian kami pada kali ini.Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

Sumber : aftechcomputersolutions.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 18 Sep 2018
TECH Wed, 11 Jul 2018

Huawei Mahu Menceburi Industri Automotif Selepas Perjanjian MoU Dengan Audi

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, banyak syarikat-syarikat pengeluar kenderaan sudah mula menggiat usaha mereka untuk menghasilkan kerete pintar. Ia termasuklah syarikat pengeluar kereta mewah terkenal dari Jerman iaitu Audi. Mereka sebelum ini telah mengumumkan […]

Automobile Wed, 22 Aug 2018

如何预防配有Keyless系统的汽车被窃贼盗走?

Keyless系统固然方便,但也「顺道」方便了偷车贼,有什么方法可以防止你的爱车被偷走呢?

TECH Tue, 13 Aug 2019

Nak Cari DiMana Anda Letak Handphone?

Tak tahu letak mana handphone sebab lupa, cuba cari ni!

TECH Fri, 6 Jul 2018

Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Terbaik Bagi Bulan Jun 2018

Sedar tak sedar bahtera 2018 sudah memasuki separuh masa kedua pelayarannya.  Dalam 6 bulan yang pertama yang lepas, kita boleh lihat pembuat telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan model terbaik mereka. Apa model terbaik yang untuk bulan […]

TECH Tue, 8 Oct 2019

Cara Mengaktifkan Tema Gelap Di Windows 10 v1903

Tema gelap Windows 10 ditambah baik sejak pertama kali ia diperkenalkan tahun lalu.

TECH Thu, 28 Jun 2018

Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018

Menghampiri bulan Ogos menandakan satu perkara, peranti utama kedua dari Samsung iaitu Galaxy Note 9. Peranti yang bersaiz lebih besar dari siri Galaxy S itu akan diumumkan oleh Samsung Electronics dalam satu acara Samsung Galaxy Unpacked 2018 pada 9 Ogos 2018. Agak […]

TECH Tue, 30 Jul 2019

IPhone Tahun 2020 Bakal Dapat Sokongan 5G?

Pada tahun 2020 adalah satu sasaran utama untuk keluaran model iPhone dengan sokongan 5G.

Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

TECH Fri, 1 Nov 2019

Selain 15GB Storan Percuma, Ini Kelebihan Menggunakan Google Drive

Google Drive memberi ruang storan kepada anda untuk menyimpan sebarang fail dan ia termasuklah foto, lukisan, reka bentuk, rakaman suara mahupun video dan pelbagai lagi. Anda diberi peluang untuk membawa fail itu ke mana sahaja […]

| Live TV