TECH By: SGMS Putri July 19, 2018 @ 11:04am

MacBook Pro Dengan Cip Core-i9 Hadapi Masalah Penyejukan?

MacBook Pro yang dilancarkan Apple Inc. baru-baru ini telah mendapat naik taraf yang sepatutnya apabila cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8 mula digunakan. Dengan tetapan terbaik, pengguna boleh mendapatkannya dengan cip Intel Core-i9 dengan clockspeed asas 2.9GHz dan storan SSD sehingga 4TB.

Apple MacBook Pro 2018 Hadir Dengan Kejutan – Skrin, Sistem Cip & Memori Dinaiktaraf

Dengan tetapan sebegitu, MacBook Pro 2018 boleh menjadi antara komputer riba pilihan untuk tahun ini dengan masalah seperti papan kekunci yang bising dan ‘terlekat’ sudah diperbaharui. Namun terdapat seorang YouTuberDave 2D telah mendapati MacBook Pro 2018 miliknya mempunyai masalah haba yang tinggi semasa digunakan.

Masalah tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi MacBook Pro tersebut sehinggakan clockspeed asas diturunkan bagi mengawal suhu dalaman MacBook. MacBook pada hari ini tidak mempunyai sistem penyejukan menggunakan kipas seperti komputer riba lain dan hanya mengharapkan casis aluminium bagi memindahkan suhu ke luar.

Dave 2D seterusnya meletakkan MacBook Pro 2018 di dalam peti sejuk beku dan mendapati prestasi peranti itu dapat dipertingkatkan daripada prestasi normal. Setakat ini tidak dapat dipastikan lagi adakah masalah ini hanya melibatkan MacBook Pro Dave Lee atau semua.

Memandangkan cip Intel Core-i9 dengan clockspeed 2.9GHz merupakan cip berprestasi tinggi, Apple sepatutnya menghasilkan sistem penyejukan baharu yang dapat menampung beban haba yang dihasilkan oleh cip tersebut seterusnya memberikan pengalaman penggunaan profesional yang menyeluruh kepada siri MacBook Pro mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 25 Jan 2018

4 Cara Virus Boleh Menjangkiti Sesebuah peranti

Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows. Walaupun  kebanyakan daripadanya tidaklah merbahaya, namun kehadiranya sangat menjengkelkan pengguna.

TECH Sat, 2 Feb 2019

Jangan Panggil Semula Atau Jawab Panggilan Antarabangsa Yang Tak Dikenali

Patutkah jawab semula atau jawab panggilan antarabangsa yang tak diketahui?……dan kenapa!

TECH Sat, 24 Aug 2019

Gunakan Emoji Didalam MacOS

Mula-mula saja susah sekali dah cuba mesti senang kan!

TECH Sun, 5 Aug 2018

10 Aplikasi VPN Untuk Android Yang Boleh Anda Cuba

Berikut adalah 10 aplikasi VPN yang boleh anda cuba untuk peranti android.

TECH Sun, 26 Nov 2017

Cara Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Terpadam Pada Adnroid Atau PC

Pernahkah anda panik kerana terpadam satu fail pada PC atau android anda? Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda cuba. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pertama sekali muat turun […]

TECH Tue, 7 Nov 2017

“LOOK WHAT YOU MADE HER DO!” – AN APP

ICYMI (In Case You Missed It), Taylor Swift has now joined the bandwagon of other celebrities launching her own app; “The Swift Life”. Good news for you, Swifities everywhere!!

Automobile Fri, 28 Sep 2018

Hand Brake 可能要消失了!

Hand Brake 可能要消失了!

TECH Mon, 29 Apr 2019

Untuk Anda Yang Sedang Berjuang Berhenti Merokok, Baca Artikel Ini!

60,000 rakyat Malaysia sudah menggunakannya, korang bila lagi?

TECH Sun, 25 Feb 2018

Tips Mematikan Notifikasi Pada Chrome Dan Mozilla Firefox

Rimas dengan pelbagai notifikasi ketika melayari internet? Sememangnya Google Chrome dan Mozilla firefox merupakan pelayar laman sesawang paling terkenal dan banyak digunakan diseluruh dunia.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Valve Ban 100,000 Pengguna Yang Terlibat Dengan Penipuan Dalam Permainan

Tiada siapa yang suka berhadapan dengan cheater di dalam permainan kesukaan mereka. Mereka ini dengan sengaja memperoleh kelebihan yang tidak adil buat pemain lain. Steam sebagai sebuah platform permainan terkenal di seluruh dunia telah membuang hampir 100,000 […]

| Live TV