TECH By: SGMS Putri July 24, 2018 @ 8:46am

Valve Ban 100,000 Pengguna Yang Terlibat Dengan Penipuan Dalam Permainan

Tiada siapa yang suka berhadapan dengan cheater di dalam permainan kesukaan mereka. Mereka ini dengan sengaja memperoleh kelebihan yang tidak adil buat pemain lain. Steam sebagai sebuah platform permainan terkenal di seluruh dunia telah membuang hampir 100,000 orang pemain mereka yang didapati menggunakan modifikasi di dalam permainan di platfom tersebut.

Angka ini didedahkan oleh SteamDB yang memaparkan apa yang berlaku di dalam platform Steam setiap minggu. Mereka bagaimanapun mengatakan angka ini mungkin tidak begitu tepat kerana akaun yang ditetapkan sebagai peribadi tidak dapat dilihat statistiknya.

VAC atau Valve Anti-Cheat merupakan sistem dari Valve yang mengesan setiap peranti yang dihubungkan kepada pelayanValve bagi memulakan sesi permainan. Larangan VAC berlaku apabila sistem mengesan sebarang modifikasi pihak ketiga yang memberikan kelebihan kepada pemain tersebut berbanding yang lain. Modifikasi termasuk fail teras permainan tersebut dan juga fail pautan dinamik perpustakaan.

Valve mengharapkan sistem VAC bagi mengesan sebarang bentuk penipuan yang dilakukan oleh pemain mereka dan mengambil tindakan dengan menghalang mereka dari log masuk ke pelayan Valve selepas itu. Larangan VAC yang didapati salah dibuat oleh pihak Valve, larangan tersebut akan ditarik balik secara automatik. Sebarang larangan VAC yang didapati bersalah, tidak boleh dibincang semula dan dibuang oleh staf sokongan Steam.

Sumber: SteamDBTom’s Hardware

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 3 Jun 2019

世界卫生组织正式将「游戏失调症」列为疾病!

沉迷电玩是精神疾病! 世界卫生组织正式将「游戏失调」纳为疾病类型。

Automobile Wed, 25 Jul 2018

汽车美容小知识:什么是镀膜Coating?

你可能听过汽车镀膜(Coating)是很贵的玩意儿,不过你真的知道什么是汽车镀膜吗?

TECH Wed, 11 Jul 2018

Apple Mahu Menghentikan Pengeluaran iPhone X dan iPhone SE

Semua sedia maklum bahawa Apple akan memperkenalkan tiga model baru peranti iPhone mereka pada tahun ini. Keluaran kali ini diharapkan dapat mengembalikan prestasi jualan mereka ke tahap terbaik selepas sambutan terhadap iPhone X dilihat agak kurang memberansangkan. […]

TECH Sun, 15 Jul 2018

Pra-Daftar Unifi Basic RM79 Sudah Bermula

Umum telah mengetahui tentang berita baik yang diumumkan oleh TM minggu lalu. Kelajuan internet yang dipertingkatkan sehingga 10 kali ganda daripada kelajuan sedia ada sehinggalah kepada penawaran pelan baru yang dikenali sebagai Unifi Basic. Unifi Basic dikelaskan sebagai […]

TECH Fri, 22 Jun 2018

20个彻底改变人类生活的「爱迪生等级」伟大发明

科技日新月异,许多以前解决不了的难题都已经不是问题,越来越多的解决方案融入我们细微的日常生活中……

TECH Thu, 30 Jan 2020

Cara Mengubah Graf Pada Excel Kepada Lengkung

Kepada anda yang menggunakan perisian Microsoft excel untuk melakukan tugasan kerja dan sebagainya, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah bentuk graf garis yang tajam kepada jenis lengkung. Berikut contoh data yang ingin diwakilkan sebagai graf. […]

TECH Sun, 5 May 2019

“File too Large?” dengan cara ini masalah anda selesai

Semoga bermanfaat ini sahaja perkongsian daripada kami.

TECH Thu, 10 Jan 2019
TECH Fri, 14 Dec 2018

3 Aplikasi Edit Gambar Paling ‘Best’ Untuk Android

Zaman sekarang zaman maju dan masing2 nak cepat. Lagi mudah. Tapi apa ‘apps’ yang perlu digunakan?

TECH Thu, 10 Jan 2019

Tips mengenai Telefon Dan Kecemasan

Pernahkah anda terserempak dengan situasi mencemaskan seperti kemalangan yang melibatkan orang tidak dikenali?

| Live TV