TECH By: SGMS Putri July 24, 2018 @ 8:40am

Asus ROG Phone Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dalam Masa Terdekat

Pengedar sah bagi Asus di Malaysia, DirectD hari ini telah membuka pendaftaran minat bagi peranti menfokuskan permainan video dari Asus, ROG Phone buat pengguna di Malaysia hari ini. Pengumuman berkenaan pendaftaran minat itu dibuat melalui laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi.

Asus sebelum ini telah memperkenalkan tiga peranti baru iaitu Zenfone Max Pro M1, Zenfone 5 dan Zenfone 5Z buat pasaran tempatan. Kehadiran Asus ROG Phone ini pula pasti akan menunjukkan betapa seriusnya pihak Asus dalam mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap mereka.

Menurut kiriman yang dibuat oleh pihak DirectD, mereka menyatakan bahawa peranti ini akan hadir dengan dua pilihan variasi iaitu 8GB RAM + 128GB ROM dan 8GB RAM + 512GB ROM. Hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, sesuai dengan statusnya sebagai peranti untuk bermain permainan video.

Bagaimanapun, tiada sebarang makumat berkenaan tarikh pelancaran serta harga peranti tersebut telah dinyatakan. Namun, ramai menganggarkan peranti itu tidak jauh lebih mahal berbanding Asus Zenfone 5Z yang turut hadir dengan cip pemprosesan yang sama.

Selain itu, Asus juga perlu memastikan harga yang mereka tawarkan mampu bersaing dengan harga-harga peranti yang menyaingi mereka seperti Nubia Red Magic, Xiaomi Black Shark dan Razer Phone. Untuk rekod, Red Magic dijual pada harga sekitar RM 2,100, Black Shark(RM 1,950) dan Razer Phone (RM 2,400) di pasaran Malaysia.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 13 Aug 2018

Sekat Iklan Dan “Pop -Up” Pada Pelayar Chrome Android

Jika anda rasa Iklan atau ‘Pop-Up’ yang asyik keluar ketika anda sedang melayari Internet,anda boleh cuba tips ini.

TECH Tue, 12 Dec 2017

Tips Mudah Memotong Fail Muzik Jenis MP3

Ramai diantara kita yang mempunyai fail MP3 tetapi tidak tahu cara untuk menyuting fail muzik jenis MP3 tersebut. 

TECH Sat, 28 Jul 2018

Honor Note 10 Mungkin Hadir Dengan Edisi Rolls-Royce

Menjelang hari pelancarannya pada 31 Julai ini, pelbagai maklumat berkenaan peranti Honor Note 10 telah didedahkan oleh pakar-pakar tiris di laman internet. Yang terbaru, peranti ini dikatakan akan hadir dengan edisi istimewa, Rolls-Royce. Ia berikutan satu imej yang tular […]

Automobile Fri, 8 Mar 2019

为什么只有掀背车有后雨刷?

不是车厂偏心,掀背车有后雨刷(Rear Wiper)是有原因的!

TECH Fri, 7 Sep 2018

Cara Nak Pilih Monitor

Apakah yang perlu anda tahu bila ingin memilih screen monitor.

TECH Sat, 20 Oct 2018

Bagaimana Baca Mesej WhatsApp Dihapus oleh Pengirim pada Android

Dengan cara ini anda boleh melihat mesej WhatApps yang telah dihapuskan dengan begitu sahaja

TECH Mon, 15 Jan 2018

Powerbank Anda Original Ke Tiruan? Ketahui Cara Mudah Mengenalpasti Powerbank Tiruan

Ketahui Power Bank yang original ataupun tiruan.Jika ingin menyelamatkan wang anda daripada membeli Power Bank yang tiruan,baca artikel ini.

TECH Fri, 31 Jan 2020

Cara Memasukkan Paparan “Kredit” Pada Power Point

Kepada anda yang menggunakan perisian power point bagi tujuan kerja ataupun pelajar. berikut kami kongsikan cara untuk memasukkan paparan animasi kredit pada slaid power point. Pertama sekali klik pada menu berikut. Cursor tetikus anda akan […]

TECH Thu, 8 Aug 2019

Bolehkah Anda Hidup Tiga Hari Tanpa Telefon?

Zaman sekarang handphone/ smartphone adalah benda wajib dibawa kemana-mana. Berani tak nak sahut cabaran?

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

| Live TV