TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 8:32am

Mi A2 Lite – Model “Adik” Kepada Mi A2 Dilancarkan

Disamping pelancaran Mi A2, Xiaomi turut melancarkan model kelas permulaan iaitu Mi A2 Lite dengan penawaran yang rendah sedikit berbanding model utama.

Berbeza dari abangnya, Mi A2 Lite mempunyai rekaan takuk pada bahagian atas skrin yang berukuran 5.49 inci dengan nisbah paparan 19:9.

Sesuai dengan nama “Lite”, peranti terbabit dikuasakan dengan Snapdragon 625 bergandingan dengan memori RAM 3GB dan ruang storan 32GB. Satu lagi variasi menampilkan RAM 4GB dan storan dalaman sebesar 64GB.

Menggunakan tetapan dwi kamera 12MP + 5MP dibahagian belakang dan kamera swafoto 5MP.

Bakal dijana dengan bateri 4000mAh dan menjalankan sistem operasi Android One, Mi A2 Lite akan dipasarkan pada harga 179 euro (~RM849.83) bagi variasi RAM 3GB/32GB sementara versi RAM 4GB/64GB akan dijual pada harga 229 (~RM 1087.21).

Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite dilaporkan bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tarikh sebenar penawaran belum dikongsikan Xiaomi lagi tetapi pada acara pelancaran, Malaysia tersenarai sebagai negara terawal yang akan memasarkannya kepada pembeli.

Baca juga – Xiaomi Perkenal Mi A2 Di Acara Yang Berlangsung Di Madrid

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 15 Apr 2018

Google Lens Kini Boleh Mengenal Pasti Baka Kucing Dan Anjing Anda

Ingin mengetahui baka kucing atau anjing peliharaan anda? Anda mempunyai kucing kesayangan yang mungkin anda tidak pernah tahu tentang baka bintang peliharaan anda?

Contest Wed, 27 Nov 2019
TECH Thu, 19 Jul 2018

Siri Samsung Galaxy Paling Inovatif Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan – WSJ

Sebuah laporan daripada akhbar The Wall Street Journal hari ini mendakwa bahawa Samsung akan memperkenalkan satu lagi siri di bawah jenama Samsung Galaxy iaitu Galaxy X. Siri berkenaan dilaporkan akan tiba di pasaran pada tahun 2019 nanti. […]

TECH Thu, 8 Feb 2018

SAMSUNG TAWAR HADIAH PERCUMA

Hadiah percuma ditebus pada hari pembelian! Dapatkan segera selagi stok masih ada kerana ia terhad kepada 100 orang sahaja. Jangan terlambat, nanti melepas…

TECH Fri, 9 Feb 2018

Tips “Download” Video Daripada Facebook menggunakan iPhone

Kepada pengguna iPhone, memang susah untuk memuat turun video daripada Facebook kerana tahap keselamatanya yang tinggi.

TECH Thu, 21 Jun 2018

冲着YouTube而来!Instagram推全新影音平台「IGTV」

深受时下年轻人的社交平台Instagram正式宣布推出全新的应用程式IGTV,并把原本上传影片的1分钟长度限制,延长至10分钟, 而名人等级的帐号则能上传1小时长影片!

TECH Thu, 12 Jul 2018

Rasmi – Huawei Nova 3 Hadir Dengan 4 Kamera dan Sokongan GPU Turbo

Huawei Nova merupakan satu lagi siri di bawah jenama Huawei selain Huawei Mate, Huawei P dan banyak lagi. Terbaru, Huawei telah mengesahkan mereka akan melancarkan sebuah lagi peranti bagi siri berkenaan iaitu Huawei Nova 3 dalam satu […]

TECH Sun, 15 Jul 2018

Pra-Daftar Unifi Basic RM79 Sudah Bermula

Umum telah mengetahui tentang berita baik yang diumumkan oleh TM minggu lalu. Kelajuan internet yang dipertingkatkan sehingga 10 kali ganda daripada kelajuan sedia ada sehinggalah kepada penawaran pelan baru yang dikenali sebagai Unifi Basic. Unifi Basic dikelaskan sebagai […]

TECH Mon, 9 Jul 2018

Facebook Buktikan Pelaburan Ke Atas Instagram Berbaloi

Sebelum diambil oleh Facebook kira-kira enam tahun lepas, Instagram sudah pun bergelar platform perkongsian gambar paling popular di dunia. Ia menyebabkan Facebook mengambil keputusan untuk membelanjakan wang sebanyak $ 1 billion(~RM 4.11 billion) bagi membeli laman […]

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cara Membolehkan Mod Incognito Dalam Google Maps

Mod Incognito Dalam Google Maps

| Live TV