TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 8:31am

Teknologi GPU Turbo Dari Huawei Bakal Terima Pesaing Baharu

Pada bulan lepas, Huawei telah mengumumkan berkenaan satu teknologi baru, GPU Turbo melalui pelancaran model telefon pintar di bawah jenama Honor iaitu Honor Play. Teknologi tersebut akan mengoptimumkan prestasi unit pemprosesan grafik(GPU) peranti bagi memberi pengalaman bermain dan penggunaan kuasa yang lebih baik bagi pengguna peranti dengan sistem cip Kirin.

Tidak mahu ketinggalan dengan pesaingnya, Qualcomm dikatakan sedang dalam proses terakhir untuk membangunkan teknologi yang hampir serupa iaitu Adreno Turbo. Tujuan dan kegunaannya juga dilaporkan tidak banyak berbeza dengan GPU Turbo.

Perkara ini telah menjadi tular sejak beberapa hari yang lalu, selepas Qualcomm China telah memuatnaik satu imej poster berkaitan satu majlis pelancaran yang akan berlangsung pada hari ini(25 Julai). Memandang mereka bukan pengeluar peranti, maka ramai menjangka mereka cuma akan memperkenalkan teknologi tersebut sahaja pada majlis berkenaan.

Menurut dakwaan Huawei, GPU Turbo akan mempertingkatkan prestasi GPU sehingga 60% serta mengurangkan kadar penggunaan kuasa bateri sehingga 30%. Selain itu, teknologi ini juga membolehkan fungsi realiti maya(VR) dan augmented reality(AR) dijalankan dengan lebih lancar.

Bagaimanapun, teknologi ini masih belum dapat menyokong banyak permainan video di mana ia hanya menyokong permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang setakat ini. Namun Huawei bercadang untuk mendatangkan sokongan terhadap lebih banyak lagi permainan video pada masa akan datang.

Oleh sebab itu, terdapat persoalan sama ada Adreno Turbo ini bakal menyokong lebih banyak permainan atau tidak. Ia dijangka akan hadir dengan fungsi dan kebolehan yang hampir sama dengan GPU Turbo.

Timbul juga persoalan di pihak kami berkenaan kemungkinan Qualcomm akan memperkenalkan satu cip baru bersama teknologi ini atau lebih menggemparkan lagi sekiranya mereka mengumumkan peranti mereka sendiri pada majlis itu nanti.

Sama-sama kita nantikan pengumuman dari mereka nanti.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 27 Jan 2020

Cara Masukkan Kalendar Cuti Dalam Peranti iPhone

Tak nak cuba ke buat anda pengguna iphone

TECH Sun, 25 Mar 2018

Apple Bakal Perkenal Emoji Mesra OKU?

Jika diluluskan, kita bakal melihat dan menggunakan emoji kerusi roda, orang bertongkat dan tangan palsu di telefon pintar anda. Ia kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun 2019. Yeay!

TECH Wed, 7 Mar 2018

Samsung「包下」世界第一高楼为Galaxy S9造势

SAMSUNG向来在营销和广告上的投入向来是不吝成本,只为更好的向世界宣传自家产品。为了能更好地推广自家的新旗舰Galaxy S9系列,近日SAMSUNG更是「包下」了世界第一高楼——迪拜哈利法塔(Burj Khalifa)来为Galaxy S9打广告!

TECH Fri, 10 Jan 2020
Automobile Mon, 20 May 2019
Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

TECH Wed, 14 Feb 2018

‘WHATSAPP BUSINESS’ BANTU PENIAGA, PEMBELI

‘Wats App Business’ dicipta    bertujuan membantu peniaga dan pembeli berinteraksi antara satu sama lain dan buat permulaannya ia  disasarkan kepada dua kelompok perniagaan iaitu syarikat kecil dan syarikat besar seperti antaranya perbankan, penerbangan dan seumpamanya.

TECH Sun, 29 Sep 2019

Berkongsi Instagram Stories Dengan Close Friends Sahaja

Rupanya IG stories pun ada closed friends

TECH Wed, 25 Jul 2018

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Kemaskini PUBG Mobile 0.7.0

Pemain permainan battle royale yang sedang popular ketika ini, PUBG Mobile sudah boleh mula memuat-turun kemaskini terbaru bagi permainan tersebut di peranti iOS dan Android mereka bermula semalam. Beberapa pembaharuan menarik telah dibawa masuk untuk kemaskini kini berkenaan. Pembaharuan terbesar yang dibawa […]

TECH Mon, 18 Nov 2019

恐怖!脸书半年删除32亿假帐户

据路透社报道,社交媒体巨头脸书(Facebook)本周发布最新内容审核报告,称今年4月至9月间删除32亿个虚假帐户,以及上千万则有关虐待儿童和自杀的帖文。

| Live TV