TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 8:21am

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Kemaskini PUBG Mobile 0.7.0

Pemain permainan battle royale yang sedang popular ketika ini, PUBG Mobile sudah boleh mula memuat-turun kemaskini terbaru bagi permainan tersebut di peranti iOS dan Android mereka bermula semalam. Beberapa pembaharuan menarik telah dibawa masuk untuk kemaskini kini berkenaan.

Pembaharuan terbesar yang dibawa Tencent Games pada kali ini ialah satu mod terbaru, War Mode. Dalam mod berkenaan, pemain akan berperang dalam satu lingkungan permainan yang lebih kecil dari biasa, lebih kurang sama dengan mod Arcade yang sedia ada.

Namun, apa yang menarik bagi War Mode ini ialah pemain akan terjun dari kapal terbang bersama satu senjata yang akan diberikan secara rawak. Pemain juga akan hidup semula tanpa had selepas dibunuh dan pemenang akan ditentukan dengan berlumba untuk menjadi yang pertama mencapai sasaran jumlah ‘pembunuhan’ yang telah ditetapkan.

Anda juga cuma boleh bermain secara duo atau skuad sahaja dalam mod ini. Selain daripada mod baru tersebut, kemaskini kali ini turut membawa beberapa senjata dan aksesori yang baru. Di antaranya ialah fungsi clan, senjata sniper SLR, skop tahap tiga dan enam, antaramuka lobi yang baru, dan banyak lagi.

Tambahan pula, kemaskini terbaru ini membolehkan anda untuk mengubah kulit kereta, motor, bot, beg galas dan helmet mengikut kesesuaian pemain. Namun ianya hanya untuk paparan di Menu sahaja dan bukan untuk dibawa ke dalam permainan.

Seperti yang diberitahu pada awal artikel, kemaskini ini sudah boleh mula dimuat turun bermula semalam(24 Julai) secara berperingkat. Namun, semasa artikel ini ditulis, terdapat beberapa fungsi baru yang masih belum dapat digunakan seperti War mode dan mengubahsuaian kulit yang dinyatakan sebentar tadi.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 18 Oct 2019

「最强WATCH GT2电池挑战」成绩出炉!

期待已久的「最强WATCH GT2电池挑战」成绩出炉啦!

Automobile Tue, 27 Nov 2018

Sunway Pyramid’s New Parking System Doesn’t Use Tickets Anymore

You don’t have to use Sunway Pals or Touch n’ Go cards either!

TECH Sat, 3 Mar 2018

Instagram: Cara Follow Dan Block Orang Tanpa Diketahui

Boleh dikatakan semua orang yang suka berfoto dan mempunya telefon pintar akan mempunyai aplikasi instagram.

TECH Fri, 25 Oct 2019

Set Dekoder Digital Percuma Bukan Untuk Semua

Hanya Diberikan Pada 2 Juta Isi Rumah Berpendapatan Paling Rendah

TECH Mon, 19 Aug 2019

Jangan Panik Bila Disk Write Protected Pada Thumbdrive !

Jangan panik ada caranya , kenalah baca dan ikuti langkah di atas

TECH Mon, 2 Sep 2019

Nak Tahu Siapa Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen

ini diantara cara-caranya . Selamat mencuba

TECH Tue, 24 Sep 2019

Elak WiFi Rumah Anda Dari Digodam Ini Caranya

Pernahkah WiFi rumah anda digodam?Antara punca utamanya adalah disebabkan oleh kecuaian pengguna itu sendiri.

TECH Fri, 26 Apr 2019

HappyFresh Partners With AEON to Deliver Groceries to More Malaysians

A wider range of groceries as well as wider area for delivery.

TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Now You Can Play Subway Surfers in Snapchat Real-Time!

Subway Surfers takes a leap forward to the next train; SnapChat.

| Live TV