TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 8:29am

Google Mahu Gantikan Tugas Pekerja Pusat Panggilan Dengan Teknologi AI

Google sebelum sering kali mempromosikan teknologi kecerdasan buatan(AI) untuk kegunaan syarikat-syarikat dan perusahaan yang didakwa akan dapat memaksimakan kualiti kerja disamping mengurangkan kos. Kini, mereka sekali lagi menegaskan pendirian mereka berkenaan perkara tersebut.

Mereka dilihat semakin serius untuk menggantikan pekerja manusia dengan teknologi AI di masa hadapan. Dalam satu kiriman di blog mereka semalam, Ketua Saintisnya, Fei-Fei Li menyatakan mereka optimis akan dapat menggunakan teknologi AI sebagai pekerja maya, bermula dengan bertugas di pusat panggilan pada masa akan datang.

Tidak mustahil satu hari nanti robot akan menggantikan manusia sebagai pekerja (Kredit : US Scientist)

Projek yang digelar Call Center AI ini dikatakan akan membantu manusia dalam menjawab pertanyaan berulang yang sering ditanyakan kepada pekerja perkhidmatan pelanggan sebelum ini. Li menyatakan menjawab persoalan yang sama berulang kali akan memberi tekanan kerja kepada pekerja dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, Google mendakwa sistem ini tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan kepada manusia. Ini kerana jika sesuatu persoalan itu tidak dapat dijawab oleh ejen AI berkenaan, panggilan tersebut masih lagi perlu disambungkan kepada pekerja manusia untuk tindakan lanjut.

Namun, ramai yang berpendapat walaupun peluang pekerjaan tidak akan terlalu terjejas, kadar bayaran gaji yang akan diberikan kepada pekerja manusia dalam bidang tersebut pasti akan diturunkan kelak. Ia memandangkan jumlah tugas yang perlu dilakukan mereka semakin berkurangan dengan bantuan teknologi AI ini nanti.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 23 Jul 2018

Qualcomm Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 720

Cip Snapdragon siri 700 mula diperkenalkan pada Mei lalu bertujuan membantu pengeluar telefon pintar membawakan ciri dan fungsi terbaik yang sebelum ini hanya terhad kepada siri Snapdragon 800 sahaja. Sebelum ini sudah tertirisnya spesifikasi mengenai Snapdragon 710 […]

Automobile Mon, 26 Mar 2018

Sah! Uber Kini Milik Grab

Di bawah perjanjian itu, Grab akan memperoleh semua operasi Uber di kawasan yang mempunyai seramai 620 juta orang, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan UberEats.

TECH Sat, 16 Jun 2018

Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

Berikut kami kongsikan salah satu fungsi pemain video hebat ini yang dapat membantu pengguna diluar sana memuat turun video pada Youtube dengan pantas dan mudah.

TECH Wed, 2 Oct 2019

Twitter Dan Tweetdeck Terganggu

Anda mungkin mengalami masalah melakukan Tweeting, mendapatkan notifikasi, atau melihat DMs.

TECH Sat, 14 Sep 2019

Tahukah Youtube Boleh Dijadikan Pemain Lagu di iPhone

Selamat mencuba dan berseronok sambil mendengar lagu.

TECH Thu, 19 Apr 2018

Apple Mungkin Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah

Walaupun Kuo adalah sumber yang mempunyai rekod yang baik dalam menyampaikan khabar angin berkenaan produk Apple, ura-ura berkenaan peranti-peranti ini masih lagi menjadi tanda-tanya.

TECH Sat, 27 Jul 2019
Events Mon, 5 Aug 2019

MMSpot Launches an e-Vouchers Apps that ‘Shop More, Save More and Earn More’

An innovative and never-seen-before shopping mobile apps that utilizes e-vouchers for a definite and unreal shopping experience!

Automobile Tue, 24 Dec 2019
TECH Wed, 28 Nov 2018

5 Pelayar Internet Terbaik Bagi Peranti Mudah Alih 2018

Ini antara Browser atau pelayar internet yang pantas dan lancar untuk peranti mudah.

| Live TV