TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:14am

Qualcomm Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 720

Cip Snapdragon siri 700 mula diperkenalkan pada Mei lalu bertujuan membantu pengeluar telefon pintar membawakan ciri dan fungsi terbaik yang sebelum ini hanya terhad kepada siri Snapdragon 800 sahaja.

Sebelum ini sudah tertirisnya spesifikasi mengenai Snapdragon 710 dan Snapdragon 730, dan kali ini, timbul pula Snapdragon 720.

Difahamkan kewujudan Snapdragon 720 adalah untuk merapatkan jurang antara Snapdragon 710 serta Snapdragon 730.

Bayangan kehadiran Snapdragon 720 mula ditemui pada tweet oleh @MMDJ/. Akaun ini sering tampil dengan bocoran tetapi tweet kali ini cukup ringkas, “SDM720”.

Buat masa sekarang, khabar angin hanya bermain pada nama model cip sahaja sementara spesifikasi teknikal masih belum dapat dipastikan.

Berdasarkan cakap-cakap dari pemerhati, Snapdragon 720 mungkin memiliki ciri NPU sama seperti Snapdragon 730 dan dibangunkan pada senibina sama seperti Snapdragon 710 iaitu 10nm tetapi dengan kelajuan yang dipertingkatkan.

Snapdragon 710 sudah dilengkapkan pada peranti Mi 8 SE, manakala Snapdragon 730 masih belum ditawarkan pada mana-mana peranti.

Sumber: Wccftech

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 6 Jul 2018

Honor Play Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Selepas Razer Phone, Nubia Red Magic dan Xiaomi Black Shark, pengeluar telefon pintar semakin berlumba-lumba dalam menghasilkan peranti permainan mudah alih masing-masing. Honor juga tidak mahu ketinggalan apabila mereka telah mengumumkan pelancaran Honor Play pada bulan lepas. Kira-kira sebulan selepas ia […]

TECH Tue, 22 Jan 2019

Skip the Crowded Supermarkets this Year by Simple Using HappyFresh’s Delivery Service

There’s no need to drive out, search for parking, and then squeeze through crowds in supermarkets anymore.

TECH Wed, 8 Aug 2018

Tukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Jika anda bosan dengan paparan Iphone anda yang sedia ada,cubalah cara ini.

TECH Tue, 1 Oct 2019

Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10

Langganan bagi Music Premium adalah berharga USD9.99/bulan.

TECH Mon, 12 Mar 2018

Tips Periksa “Kesihatan” RAM Pada PC

Tips kali ini adalah ditujukan kepada anda yang menghadapi masalah PC yang semakin berkurangan tahap prestasinya. Kami kongsikan satu kaedah yang boleh anda cuba untuk mengetahui keadaan semasa RAM pada komputer.

TECH Fri, 4 May 2018

Kenangan Hutang Buku555 Anda Zaman Dulu Kini Dah ‘Upgrade’ Jadi App

Siapa masih ingat lagi tentang buku 555, banyak jasanya dalam seharian dan kini di upgrade. Jom baca ya

TECH Thu, 20 Dec 2018
TECH Wed, 3 Jan 2018

11 Perkara Menarik Tentang Google Earth Sepanjang Tahun Lepas

Selamat ulang tahun pertama Google Earth!

TECH Sat, 28 Sep 2019

“Smart City” Bakal Siap Tahun 2020

Sidang Media Zhejiang Victory Bench Hyperledger telah diadakan bertempat di Hotel Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TECH Wed, 19 Dec 2018

| Live TV