TECH By: SGMS Putri July 28, 2018 @ 2:43pm

PUBG Dan Fortnite Dilaporkan Bakal Terima Persaingan Baru

Sebut sahaja permainan video jenis battle royale, pastinya permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) dan Fortnite yang akan terlintas di fikiran kita terlebih dahulu. Jika untuk platform mudah alih, mungkin Free Fire dan Rules of Survival termasuk dalam senarai.

Dua permainan popular berkenaan dijangka akan menerima pesaingan baru pada masa akan datang. Malah, persaingan itu bakal hadir daripada sebuah syarikat yang bukan calang-calang iaitu Electronic Arts(EA).

Kredit : GamersDecide

Menurut laporan IGN, perancangan untuk menghasilkannya telah dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi EA iaitu Blake Jorgensen. Kenyataan itu dibuat bagi menjawab satu persoalan yang ditanyakan semasa pembentangan kewangan suku pertama mereka untuk tahun 2018.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada mod battle royale yang ada pada permainan Battlefield 5 akan hadir dalam satu edisi yang diasingkan atau tidak. Menurut Blake, mereka tidak menolak untuk membangunkan sebuah permainan battle royale mandiri selepas ini.

EA juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan menjadi sebuah permainan free-to-play sekiranya dilancarkan kelak. Ia sekaligus akan memberi persaingan kepada permainan Fortnite yang dibangunkan oleh syarikat Epic Games.

Jika mereka benar-benar melakukannya, kita pasti akan dihidangkan dengan permainan battle royale bergrafik tinggi nanti. Ini kerana EA terkenal sebagai sebuah pembangun yang mementingkan kualiti grafik dalam setiap permainan video yang dihasilkan.

Kredit : EA

Untuk pengetahuan anda, Battlefield 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Oktober ini untuk peranti PC, PS4 dan Xbox One. Selain dari siri Battlefield, EA juga terkenal dengan beberapa siri terkemuka lain seperti permainan bola sepak FIFA, The Sims dan Need For Speed.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 21 Oct 2019

Planning On Buying Honor 20 Series? Now is the Time!

BOO! HONOR Malaysia is Giving Fans a Treat this Halloween.

TECH Mon, 5 Nov 2018

孩童玩的App游戏都安全吗?密西根大学:超过9成都有偏差诱导内容!

孩童使用的App安全吗?根据美国密西根大学公布的一份报告,大部分App都含有不适当内容,可能误导学龄前孩子的价值观。

TECH Sun, 15 Apr 2018

Google Lens Kini Boleh Mengenal Pasti Baka Kucing Dan Anjing Anda

Ingin mengetahui baka kucing atau anjing peliharaan anda? Anda mempunyai kucing kesayangan yang mungkin anda tidak pernah tahu tentang baka bintang peliharaan anda?

TECH Mon, 18 Dec 2017

Tronsmart Perkenal Pengecas Pantas Di Pasaran Tempatan

Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka, kini dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan empat produk terbaharunya

TECH Mon, 13 May 2019

全球暖化有解?吃这食物可救地球

全球暖化有解?专家:吃「油炸食物」可帮地球降温~

TECH Thu, 26 Jul 2018

Steam Chat Kini Berwajah Baharu Dengan Fungsi Chat Yang Dipertingkatkan

Steam telah melakukan beberapa perubahan fizikal yang boleh dilihat di dalam game client mereka mulai hari ini. Perubahan tersebut kini berkemampuan untuk menyokong lebih banyak kandungan media di dalam client tersebut. Setiap perbualan di Steam kini lebih mesra multimedia […]

Contest Wed, 27 Nov 2019
TECH Tue, 26 Feb 2019

密集恐惧症发作! Nokia秀出五镜头旗舰机

当苹果、三星等大厂还聚焦在三镜头上的时候,HMD Global于今年的MWC上率先端出了配有五镜头的新旗舰手机Nokia 9 PureView。

TECH Wed, 16 May 2018

居家伙伴新选择?波士顿动力机器狗SpotMini明年开卖

你还认为机器狗只是一般玩具吗?波士顿动力公司所研发的机器狗 SpotMini,可以穿梭于各种障碍,还可以成为生活小帮手喔!

TECH Thu, 12 Jul 2018

Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini

Samsung Galaxy Note 9 akan diperkenalkan di Korea Selatan pada 24 Ogos ini, lapor sebuah portal tempatan ETNews semalam. Sekiranya ia berlaku, ini bermakna Note 9 telah dilancarkan lebih kurang 3 minggu lebih awal berbanding peranti sebelumnya, Note 8 […]

| Live TV