Hiburan By: SGMS Enal November 26, 2017 @ 1:19pm

Alana Martina, Anak Keempat Cristiano Ronaldo Selamat Dilahirkan

Bintang Real Madrid yang juga Kapten Pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo, 32, mengumumkan berita gembira bahawa dia telah menjadi seorang ayah buat kali keempat setelah teman wanitanya, Georgina Rodriguez selamat melahirkan bayi perempuan.

Ronaldo telah memuat naik gambar di akaun Intagram yang menunjukkan teman wanita itu sedang memeluk bayi perempuan mereka sambil ditemani oleh anak sulungnya, Cristiano Ronaldo Jr.

“Alana Martina selamat lahir! Kedua-duanya Geo dan Alana berada dalam keadaan hebat. Kami semua amat gembira,” katanya lagi.

Ronaldo dan Georgina sebelum ini dikatakan bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tersebut pada 21 November, namun Ronaldo telah mengumumkan berita kelahiran tersebut lebih awal pada Ahad lalu.

Georgina yang mempunyai darah campuran Sepanyol – Argentina pernah memberitahu bahawa dia mengamalkan diet pemakanan Mediterian yang ketat sebagai persediaan untuk melahirkan bayi sulungnya itu.

Ronaldo yang sudah pun mempunyai 3 orang anak yang diperolehi melalui ibu tumpang memberitahu pada minggu lepas ianya satu pengalaman yang hebat untuk menjadi seorang ayah.

Ronaldo Jr, 7, adalah bayi anak Ronaldo yang diperoleh melalui ibu tumpang. Manakala pada Jun lalu, Ronaldo mendapat bayi kembar, Eva dan Mateo yang dilahirkan di hospital di Amerika Syarikat. Bayi kembar itu juga merupakan anak Ronaldo yang juga diperoleh melalui ibu tumpang.

”Ia mengajar saya mengenai kasih sayang yang saya tidak pernah tahu ia wujud. Ia membuat saya menjadi lebih penyayang dan memberikan saya perspektif yang berbeza mengenai apa yang penting dalam hidup ini.

”Saya tidak sabar menjadi seorang ayah sekali lagi. Menjadi seorang ayah dan melihat keluarga saya berkembang, tanpa ragu-ragu lagi adalah anugerah yang paling besar pernah saya dapat.

”Meluangkan masa dengan mereka, berada di sisi mereka, senyum dan ketawa. Mereka (keluarganya) memberikan banyak kegembiraan dan keceriaan dalam hidup saya”, katanya lagi.

Ronaldo dan Georgina menyambut bayi tersebut hanya selepas beberapa jam seorang model dan juga bintang rancangan realiti berbangsa Portugis, Natacha Rodrigues, 21, mendakwa pernah mempunyai hubungan sulit dengan Ronaldo ketika pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak 4 kali itu mengisytiharkan dirinya sedang bercinta dengan Geogina.

Sumber : Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Mira Filzah Tak Mahu Kongsi Banyak Kisah Peribadi

Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya.

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Selepas Wardina, Giliran Ibu Pula Tegur Aliff Syukri

Selain bekas pelakon Spanar Jaya, Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim turut menegur anaknya.

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

‘Saya Minta Maaf’- Nabil Ahmad

“Tidak menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita…”

Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Events Mon, 5 Aug 2019

Alif & Sofia and Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) Presents ‘Simulasi Haji Cilik 2019’

Take a look at Primeworks Studios and PERTIM collabs to give beneficial early exposure to these kids!

Events Mon, 14 May 2018

Gandingan Hebat Siti Nurhaliza Dan Khai Bahar Dalam Cinta Syurga

Siti memilih penyanyi yang popular menerusi lagu Bayang itu kerana,  Khai mempunyai vokal yang baik selain popularitinya yang semakin meningkat naik dikalangan peminat muzik tanah air.

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Syed Saddiq Berdebat Dengan Pemenang Piala Perdana Menteri Pagi Ini

Generasi muda mereka ini dilihat sebagai teraju utama dalam menjadikan Malaysia lebih baik.

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

| Live TV