Hiburan By: Del14 December 19, 2019 @ 3:11pm

Hadiah USD20k Menanti Pemenang Filem Terbaik Asia Pasifik Huawei Film Awards!

Huawei Malaysia dengan kerjasama Media Prima dan Primeworks Studios (PWS) menganjurkan acara Huawei Film Awards yang bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai sama ada amatur ataupun profesional, menonjolkan bakat masing-masing dalam penceritaan dengan menggunakan telefon pintar Huawei. 

Ketika ditemui di sidang media Huawei Film Awards, di Kuala Lumpur semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar yakin pertandingan ini akan mendapat sambutan dari pembikin filem yang berkebolehan untuk menghasilkan karya yang menarik walaupun hanya menggunakan telefon pintar. 

Di sidang media tersebut tetamu dipersembahkan dengan lima karya arahan lima pengarah yang menggunakan telefon pintar Huawei Mate 30 Pro menggantikan kamera profesional.

Lima pengarah itu adalah Jess Teong, Kroll Azry, Tuan Faisal, Nik Amir dan Gavin Yap.

“Kelima-lima pengarah tadi hanya memberi ‘teaser‘ ataupun contoh apa yang boleh dilakukan dengan telefon pintar Huawei Mate 30 Pr0 sebagai cabaran kepada pembikin filem di luar sana, jika mereka boleh lakukannya, orang lain pun boleh. Anggaplah ia sebagai ‘benchmark‘. 

“Pertandingan ini terbuka kepada orang ramai, dan selalunya kita akan dapat entri cerita-cerita yang di luar jangkauan! Itu yang kita mahu. Penceritaan baru yang ‘fresh’ yang tak dapat kat tempat lain. 

“Sama ada anda pelajar ataupun profesional, ia terbuka pada semua, asalkan menggunakan telefon pintar Huawei. Durasi karya filem pendek itu di antara lima hingga sepuluh minit but usually the best ones are the short ones,” katanya kepada Xtra.

Menerusi penganjuran acara Huawei Film Awards, Ahmad Izham melihat PWS sebagai platform atau batu loncatan untuk penggiat seni atau pembikin filem ini berkarya seterusnya  mengembangkan karya mereka. 

“Semua orang ada bakat, tetapi kadang-kadang mereka tidak berpeluang untuk menceburi bidang perfileman tanah air kerana bajet yang tidak mencukupi. 

“Kami di PWS sedia untuk mengembangkan karya mereka jika kualiti karya mereka bagus.  If it is good enough for television, we will use it… sama ada untuk filem, televisyen ataupun animasi.

“Niat kami adalah untuk mencari bakat baru yang mampu ‘bercerita’ dalam karya yang segar dengan baik. Paling penting, jalan penceritaan,” katanya lagi. 

Penyertaan kini dibuka dan peserta perlu menghantar karya filem pendek mereka bertemakan ‘Empowering Your Possibilities’ sebelum atau pada jam 11.59 malam, 25 Februari 2020 dan keputusan akan diumumkan pada 6 Mac 2020. 

Filem pendek berdurasi lima hingga sepuluh minit itu haruslah dirakam dan disunting menggunakan telefon pintar Huawei dan pemenang Filem Terbaik Asia Pasifik di Huawei Film Awards bakal membawa pulang hadiah utama wang tunai USD20,000 (lebih kurang RM82,000). All the best guys!

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Peristiwa Hitam Masih Menghantui Nina Iskandar

Dia tidak mahu meletakkan sebarang status terhadap hubungan tersebut. Mungkin peristiwa lepas masih menyebabkan Nina trauma untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Justin Bieber Disaman kerana Posting Gambar Sendiri?

Posting gambar diri sendiri pun boleh disaman!

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Pertama Kali Jadi Duta Periuk, Siti Nurhaliza Pecah Rekod Peribadi

Wanita mana yang tak happy bila dihadiahkan periuk berkualiti kan? Tahniah Dato Seri Siti Nurhaliza!

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018
Hiburan Wed, 5 Feb 2020
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Belum Sedia Kongsi Tarikh Kahwin, Elfira Loy Bersyukur Dipertemukan Jejaka Ada Misi

Paling penting, emak percaya dia boleh jaga saya…Alhamdulillah.

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tahniah! Hadiah Hari Jadi Paling Indah, Rossa Dikurnia Gelaran Datuk Seri

Lima tahun yang lalu saya dianugerahkan gelaran Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Datuk Seri…

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

Lana Dan Suami Rancang Tunai Umrah Bersama

Lana Nordin syukur doa dimakbulkan untuk bersama suami tunai umrah berdua tahun hadapan

| Live TV