LIFESTYLE By: SGMS Enal November 28, 2017 @ 12:57pm

Tips Mudah Untuk Anda Semak Kemana Gaji Anda

Bagi orang yang bekerja makan gaji, sebelum tiba waktunya gaji dikreditkan ke dalam akaun masing-masing, dah macam-macam komitmen yang perlu kita selesaikan bermain di fikiran. Bil utiliti, ansuran kereta, sewa rumah dan macam-macam lagi. Lagi kusut kalau dah yang berumah tangga, belum sempat guna duit gaji untuk enjoy, tahu-tahu semak baki dan tinggal berapa sen lagi dah. Sedih!

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hanafi Hamin telah berkongsi tips mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk mengawal dan merekod perbelanjaan masing-masing. Dengan menggunakan kaedah yang dikongsikannya, kita boleh pantau sendiri kemana gaji kita dibelanjakan. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda dibawah.

CEK KEBOCORAN DUIT GAJI

1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah senaraikan semua keperluan dan komitmen anda beserta dengan jumlah RM. Nak divide by week or month itu terpulang pada anda.
.
2. Pecahkan kepada 4 bahagian gaji kita

a-Terpaksa

b- Untung

c- Bocor

d- Sampah.

a- Terpaksa (60%)

Semua jenis keperluan anda, itulah bahagian yang terpaksa anda bayar. Contohnya seperti bulanan rumah, kereta, bil dan lain-lain lagi. Setkan kepada 60% atau kurang dari 60%
.
b – Untung (30%)

Semua berbentuk tabung, simpanan,pelaburan dan perlindungan dikategorikan dalam untung. Betul ke perlindungan dikategorikan sebagai untung? Ok, kita bagi contoh alat pemadam api. kita beli membazir tak rasa-rasa. Mestilah membazir kan. Tapi ianya sangat penting kalau berlaku kebakaran. Macam tu juga dengan insurans perlindungan.
.
c- Bocor (5%)

Bocor ni tak salah cuma kita perlu kawal. Normal lah bocor tu kan. Macam kes ni pastikan bocor jangan melebihi RM250 untuk gaji RM5000. Maknanya kalau kita telah berbelanja RM250, tiba-tiba ada kawan ajak pergi shoping ke, so tak payah la..
.
d- Sampah (5%)

Sampah ni lagi teruk dari bocor. Kalau boleh elakkan terus. Macam kes seorang perokok dan vapor. Pastikan tidak berbelanja melebihi RM250.
.
3. Dari keempat empat perkara utama ni, anda boleh nilai, kemana duit anda bukan? Sebolehnya lebihkan kepada Untung tu.

Nak comey sikit buatlah guna Excel. Ye dak?

Disini, setiap bulan anda sudah tahu berapa baki gaji anda bukan? Jadi ini sekadar contoh sahaja. Anda cubalah untuk diri anda sendiri. Rujuklah gambar untuk lebih faham.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 16 Feb 2019

Harga RON95 Dan RON97 Naik, Diesel Kekal

Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak 1 sen seliter

LIFESTYLE Fri, 30 Mar 2018

5 Jawapan Win Untuk “Bila Nak Kahwin Nie?”

Rimas kot dengan persoalan bila nak kahwin ? bukan sahaja tak nak kahwin tapi..

LIFESTYLE Wed, 14 Nov 2018

「凡事不要太追求」但你真的容易满足吗?

我们总劝自己要知足,不要太追求与计较,但你真的这么容易满足吗?今天就跟着奥斯老师一起来看看,你是个容易感到满足的人吗?

LIFESTYLE Sat, 19 Jan 2019

2019年「拜太岁」最佳时间是哪天?

每次靠近过年的期间,我们就会时常听到身旁的朋友说“今年犯太岁,要去拜太岁等” 话题。

LIFESTYLE Sun, 11 Aug 2019

Awas, 3 Tingkah Laku Ini Dalam Kalangan Pelajar

Tingkah laku bunuh diri tidak kira berfikir, merancang atau bakal melakukan amat berbahaya.

Fab Foodies! Mon, 19 Mar 2018

10 Tips Kurus Menjelang Hari Bahagia!

Kuncinya adalah konsisten, pasti impian korang untuk kurus tercapai! Apatah lagi sebagai pengantin baharu sudah tentu anda ingin kelihatan cantik dan menjadi tumpuan tetamu. Pastinya anda tidak mahu rasa rendah diri apabila tetamu memerhatikan penampilan anda seperti ‘tidak kena’ ataupun kurang.

LIFESTYLE Tue, 20 Mar 2018

Ketawa Panjangkan Umur, Betul Ke?

Betul ke orang yang suka ketawa ni membuatkan hidup lebih sihat dan bahagia! Janganlah asyik bermuram duka, life is too short to be sad, right? Bergembiralah dan sentiasa positif dalam apa jua anda lakukan ya. Dah ketawa ke harini?

LIFESTYLE Thu, 29 Nov 2018

Jualan Akhir Tahun! Jom Beli Rumah Dalam Talian 10-12 Disember Di Lazada

Pembeli rumah Mah Sing melalui Lazada akan menerima insentif eksklusif 5.0 peratus Lazada bernilai RM20,000 hingga RM30,000.

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018
LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

运动衫领口的「三角形」超常见 没想到是机能设计!

卫衣,或者叫它大学衫、圆领运动衫,每个人的衣柜里都有一些,有没有发现其中很多件都在领口有像是个三角形的V字缝线?明明是不同品牌,既然有相同设计,这其中必有玄机!

| Live TV