LIFESTYLE By: SGMS Faida November 29, 2018 @ 8:02am

Jualan Akhir Tahun! Jom Beli Rumah Dalam Talian 10-12 Disember Di Lazada

Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd dan platform e-dagang, Lazada Malaysia akan bekerjasama untuk pembelian rumah dalam talian buat pertama kali di Asia Tenggara sempena Penjualan Akhir Tahun 12.12 bagi menampung permintaan bakal pembeli dalam talian.

“Kami berhasrat untuk menjadi inovatif dalam perniagaan kami dan ingin mencipta cara baru pengguna membeli-belah untuk rumah.

“Lebih separuh penduduk Malaysia membeli-belah dalam talian, jadi sebagai pemaju pertama untuk menjual rumah dalam talian di platform e-dagang seperti Lazada, memberikan kami kelebihan berbanding pemaju lain di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group, Datuk Ho Hon Sang dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune berkata, Lazada teruja untuk menjadi platform e-dagang pertama di rantau ini untuk menjual hartanah.

“Selepas sambutan hangat yang kami terima semasa Festival Beli-Belah Lazada 11.11, kami meningkatkan usaha kami untuk memenuhi permintaan yang sentiasa berubah daripada pengguna mudah alih yang terus berkembang dan semakin berani.

“Pembeli Malaysia sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital untuk semua keperluan gaya hidup mereka dan kami percaya kerjasama ini akan menjadikan rumah mampu milik lebih mudah diakses oleh pembeli rumah golongan muda,” kata Lejeune.

Projek Mah Sing yang akan disenaraikan di Lazada untuk 12.12 termasuk M Vertica, Cheras; M Centura, Sentul; Sensa Residence @ Southville City, KL Selatan; M Aruna, Rawang; M Vista, Pulau Pinang dan Meridin East, Johor.

Pembeli yang berminat boleh pratonton rumah mulai 28 Nov 2018 dan membuat pembelian mulai 10 hingga 12 Disember 2018.

Pembeli rumah Mah Sing melalui Lazada akan menerima insentif eksklusif 5.0 peratus Lazada bernilai RM20,000 hingga RM30,000; insentif dalam talian yang terbesar yang pernah ditawarkan di Lazada.

Oleh itu, kami yakin bahawa ini boleh menarik pelanggan celik digital seramai mungkin sepanjang kempen tersebut berikutan ganjaran tambahan itu. -Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 5 Sep 2019

5 Kerja Rumah Ini, Boleh Beri Kesan Negatif Pada Kehamilan

Nak buat kerja rumah yang ringan-ringan boleh tapi kalau ada yang membantu lebih baik

LIFESTYLE Thu, 20 Sep 2018

Khasiat Minum Kopi Bagi Wanita

Umumnya minum sampai 2/3 gelas kopi demi untuk mendapatkan manfaat kopi dan agar terhindar dari berbagai permasalahan kesihatan lainnya kerana akibat efek dari kafein yang berlebihan.

LIFESTYLE Sun, 17 Feb 2019

Anak Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik

Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik Dan Ikuti Panduan Rawatan Awal Yang Dikongsi Doktor Ini

LIFESTYLE Wed, 6 Mar 2019

目前烦人的问题有解决的机会吗?

现实生活当中,总有许多大大小小的问题;但面对这些扰人问题,有解决的机会吗?

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

Euww… Busuknya Bau Kaki Kamu, Ikut Lima Langkah Ini!

Walaupun ada cara untuk mengatasi kaki berbau tetapi ini dikongsikan cara untuk mencegah kaki berbau

LIFESTYLE Sat, 27 Jan 2018

12星座「遇到尴尬」超真实反应

人生不如意事十常八九,有时会说错话,每人都偶有失礼人前的状况出现,那么,十二星座在此情况各又有什么反应呢?

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019

Hanya Kerana Vape, Paru-Paru Gagal?

Boleh ‘vape’ tapi jangan sampai melarat ya.

Events Thu, 10 Oct 2019
LIFESTYLE Wed, 23 Oct 2019

圣诞节前能遇到好对象吗?

二个多月后就是圣诞节了,面对这样的日子,心里是否会想要有个伴呢?

| Live TV