TECH By: SGMS Putri May 1, 2018 @ 2:51am

Ais Kacang – Aplikasi Podcast Yang Anda Patut Cuba

Ais Kacang adalah antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia apa lagi ketika cuaca yang panas. Ais Kacang tambah cendol dan durian, perghhh…tak terkata lazatnya!

Namun demikian, tahukah anda, Ais Kacang juga adalah satu nama aplikasi podcast yang digemari masa kini?

Ais Kacang merupakan satu aplikasi podcast yang mengetengahkan tentang isu semasa dan menghidangkan pengisian yang mengupas pelbagai topik menarik, berbeza dari radio tradisional. Podcast adalah platform popular di luar negara tetapi ia masih baru di Malaysia.

Ais Kacang adalah satu bentuk media digital yang terdiri daripada beberapa siri pilihan bersama episod fail audio yang boleh dilanggan dan dimuat turun melalui penstriman web atau melalui telefon pintar.

Dari segi rekaan antaramuka yang diketengahkan, saya rasa tiada masalah kerana ianya sangat ringkas dan minimalis. Di laman utama pengguna dapat memilih 3 jenis segmen yang terdiri daripada bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.

 

Antara program yang menarik perhatian adalah The Balls, The True Me, How to Adult (English), Face With Fara, Yu Laser, Paranormal, Tolong Ketawa, Why Repose? Oleh Diva AA (Bahasa Melayu), Gossip Talk di Mahjong Table, Feng Shui (Cina) dan banyak lagi.

Bukan itu saja, setiap daripada pendengar juga boleh memulakan podcast mereka sendiri dengan menghantar rakaman dan bekerjasama dengan Ais Kacang di sini.

Ulasan Ringkas : Kemas dan Minimalis

Setiap satu episod berjalan dalam 3 ke 4 minit. Saya memilih untuk mendengar siri The Balls yang berkisarkan tentang cerita dan kupasan mereka tentang bola. Ianya seperti mendengar perbualan orang kebiasaan di mamak. Sangat dekat dihati pendengar. Berbeza dengan pengisian yang selalu kita dengar di radio mahupun rancangan TV.

Terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati apabila menggunakan aplikasi podcast ini terutamanya dari segi kawalan dari episod ke episod. Mereka perlu meletakkan butang ‘NEXT’ untuk memudahkan pengguna meneruskan ke episod seterusnya.

Saya juga berpendapat aplikasi podcast Ais Kacang ini akan jadi lebih menarik jika mereka meletakkan ruang untuk pengguna berinteraksi dengan jurucakap atau selebriti di setiap siri dengan meletakkan ruang komen di setiap episod.

Dari segi pengisian, mereka perlu menyusun setiap siri mengikut ketegori masing-masing supaya lebih mudah untuk pengguna memilih citarasa yang ingin didengari.

Aplikasi ini juga agak berat dari segi masa ‘loading’ tetapi secara keseluruhannya, aplikasi Ais Kacang ini membawa sesuatu kelainan dalam dunia digital Malaysia. Sesuai untuk penggemar ASMR yang sukakan bunyi yang sedap dan pengguna yang susah untuk tidur.

Worth a try!

Boleh dapatkan di Google Playstore dan Apple Store.

 

Kredit sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 13 Nov 2018

Tips Memilih Portable Hard Disk yang Tahan Lasak, Berkualiti dan Menjimatkan Wang Anda

Penggunaan ‘hard disk’ amat terkenal pada abad ini. Banyak perkara yang perlu anda ketahui jika anda ingin membeli ‘hard disk’.

Automobile Thu, 25 Apr 2019
TECH Mon, 14 Jan 2019

Cara Menghantar Fail Besar Melalui E-mel

Berikut kami kongsikan cara bagaimana anda boleh menghantar fail besar kepada seseorang dengan menggunakan e-mel.

TECH Fri, 24 Aug 2018

3 Kerugian Membeli Smartphone Entry-level

Mahu berhemat, kalian membeli smartphone entry-level yang terbilang murah? Rupanya ada kerugian yang boleh kalian temukan. Oleh sebab itu ada baiknya sebelum membeli, kalian bisa membaca ulasan berikut ini.

TECH Thu, 18 Oct 2018

Sewa Pocket WiFi Serendah RM20 Sahaja Untuk Travel

Peranti sewa wifi diprogramkan menggunakan teknologi CloudSim bermaksud pengguna tidak perlu berurusan dengan kad sim fizikal.

TECH Sat, 19 May 2018

Anda Kini Boleh Memuat Naik Instagram Stories Secara Pukal Di Instagram

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

TECH Fri, 4 May 2018

Kenangan Hutang Buku555 Anda Zaman Dulu Kini Dah ‘Upgrade’ Jadi App

Siapa masih ingat lagi tentang buku 555, banyak jasanya dalam seharian dan kini di upgrade. Jom baca ya

TECH Tue, 2 Jan 2018

11 Perkara Menarik Tentang Google Earth Sepanjang 2017

Selamat ulang tahun pertama Google Earth!

TECH Tue, 31 Jul 2018

不再被骇客入侵! Google安全密钥Titan Security Key上市

Google 宣称自 2017 年使用安全密钥以来,超过 8 万名员工就再也没被骇客入侵过了,现在这款安全密钥Titan Security Key将对外贩售。

Automobile Sun, 9 Feb 2020

每月从最低68令吉起电讯配套*就能快人一步体验华为Mate 30 Pro 5G

配合全马首款获得SIRIM认证的5G手机「华为Mate 30 Pro 5G」诞生,本地多家电讯公司推出优惠配套,让大众抢先体验5G手机的高科技!

| Live TV