TECH By: SGMS Enal September 1, 2019 @ 10:09am

Cara Cegah “Browser History” Dikesan Telco

Semua orang boleh melayari laman-laman sesawang berjam-jam. Tetapi adakah anda tahu bahawa “Browser History” anda boleh dikesan oleh telco?

Memang seronok apabila dapat melayari laman-laman sesawang pada peranti pintar ataupun PC, sama ada di waktu lapang mahupun ketika berehat sekejap daripada tugas harian. Namun tahukah anda bahawa setiap aktiviti yang anda lakukan ketika melayari internet sebenarnya di rekod oleh pihak tertentu? sangat menakutkan, diantara pihak yang mungkin merakam aktiviti anda ialah Telco itu sendiri.

Jangan risau, kerana kami faham keperluan anda. Berikut diantara 3 cara yang boleh di gunakan untuk mengelakkan maklumat penggunaan internet anda daripada di kesan ataupun direkod oleh mana-mana pihak.

1.Gunakan Incognito Mode

Mod penyamaran ataupun (Incognito Mode) adalah suatu fungsi yang mana akan memberikan privasi yang lebih baik berbanding mod pelayar yang biasa. Mod ini semeangnya sudah tersedia pada pelayar Chrome dan Firefox. Walaupun kaedah ini tidak dapat mengelakkan maklumat anda daripada dikesan oleh Telco, namun ianya sesuai bagi anda yang tidak mahu sebarang “browser history” disimpan didalam peranti atau PC anda.

2.VPN

Fungsi VPN adalah untuk menjadikan sambungan internet anda sebagai sebuah sambungan peribadi yang sulit. Dengan menggunakan kaedah ini maka tiada pihak yang akan dapat merakam data ataupun lokasi anda ketika proses pelayaran internet.

Namun begitu, masih juga ada sedikit masalah yang akan anda hadapi, iaitu sambungan internet daripada VPN percuma adalah agak perlahan dan berbatas. Untuk mendapat sambunagn VPN yang terbaik dan laju, anda perlu membuat sedikit pembayaran bulanan kepada pihak yang menyediakan servis tersebut.

Untuk kegunaan peranti pintar, apliaksi VPN ini boleh didapati dengan mudah dalam Playstore ataupun Appstore.

 

3.TOR Browser

Kaedah yang terakhir ialah dengan menggunakan pelayar khusus ialatu dikenali sebagai TOR Browser yang di bangunkan oleh TOR project. pelayar ini sememangnya telah di encrypted dan semua maklumat pelayaran tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak.

Untuk makluman anda juga, TOR browser ini digunakan oleh pengguna untuk mengakses ke darkweb ataupun deepweb. Sedikit nasihat daripada kami, jangan sesekali cuba melayari deepweb atau darkweb sekiranya anda tidak bersedia, kerana berkemungkinan peranti anda akan digodam oleh penggodam yang sentiasa menunggu mangsanya di laman tersebut.

Untuk memuat turun aplikasi TOR anda boleh sahaja membuat carian di google, ataupun dapatkan sahaja dalam Playstore.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua! Selamat mencuba! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 2 Dec 2017

Tips Mainkan Fail DVD & VCD Pada Android

Sebelum kewujudan Youtube, malah sebelum kewujudan peranti pintar, pasti ramai di antara kita yang mempunya pelbagai koleksi DVD dan VCD kesukaan kita.

TECH Wed, 18 Sep 2019

Jika Telefon Pintar Masuk Air Cuba Cara Ini

JIka boleh elak memang bagus tetapi kalau terjadi ini antara caranya ye

TECH Thu, 21 Dec 2017

苹果「终于」承认让旧iPhone变慢

长期以来存在于iPhone身上最大的迷思可能就是“为什么新一款机出来后,我的旧款就好像一下子变慢了?”一度有相当一部分人相信这是苹果的阴谋,不然好好的手机突然为何会那样?就在昨天(20日),苹果终于发表一份针对这一问题的声明。

TECH Mon, 27 Aug 2018
TECH Sun, 6 Jan 2019

52.2 Juta Pengguna Menjadi Mangsa, Google+ akan Ditutup Lebih Cepat

Pada mulanya Google akan menutup Google+ pada Ogos 2019. Walau bagaimanapun, keputusan baru diambil bahawa perkhidmatan rangkaian sosial akan ditutup dengan lebih cepat, iaitu April 2019. Kenapa itu?

TECH Tue, 23 Jan 2018

Cara Edit Foto Background Bergerak di Android

Dengan cara ini tidak payah susah-susah mengambil gambar banyak kali

TECH Sat, 19 May 2018

Anda Kini Boleh Memuat Naik Instagram Stories Secara Pukal Di Instagram

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

TECH Sat, 5 May 2018

台湾精品引爆全马大专电竞赛!奖金高达13万令吉

大马有史以来最大型的大专院校电子竞技比赛「台湾精品全马大专电竞赛2018」即将揭开序幕,争夺总奖金高达13万令吉。

TECH Thu, 5 Jul 2018

Cara Mudah & Pantas Untuk Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Kepada anda yang kerap mengubah saiz gambar khususnya untuk disimpan ataupun muat naik ke media sosial, berikut kami kongsikan salah satu cara yang sangat mudah dan pantas untuk melakukannya.

| Live TV