Trending By: SGMS Enal February 27, 2018 @ 7:47am

Belanja Lebih RM2,000 Untuk Merasai Hidangan Pelik

pasangan ini yang sanggup membayar hampir RM3,000 untuk 25 hidangan di sebuah restoran di Bangkok, Thailand.

Restoran Gaggan adalah antara tujuh restoran terbaik dunia dan menghidangkan hidangan berkonsepkan artistik, inovatif dan moden oleh Chef Anand, seorang Chef bertaraf bintang Michelin.  Restoran ini juga telah dinobatkan sebagai juara untuk ‘Tempat Makan Terbaik 50 Asia’ selama tiga tahun berturut-turut.

Keunikan restoran Gaggan telah membawa pasangan suami isteri ini terbang ke Bangkok dan membuat tempah awal semata-mata untuk mencuba makan malam.  Sesampai mereka disana, seorang pelayan telah membawa mereka ke meja Chef dan besar hati mereka menerima pelawaan tersebut.

Hidangan daripada menu yang ditawarkan adalah bertema ‘Perjalanan Masakan India’ dengan sentuhan lebih moden dan divisualkan melalui 25 emoji seperti dibawah.

Setelah menunggu, mereka dihidangkan dengan menu pembuka selera diberi nama ‘Paan’.  Ia merupakan hidangan tradisional India daripada ramuan daun sireh, buah-buahan, rempah-ratus dan tembakau.  Daun sireh digoreng rangup dengan adunan tepung tempura bersama secalit jem berperisa cili istimewa diatasnya.

Hidangan kedua diberi nama ‘Raita’.  Ini adalah hidangan yang membuatkan Chef Anand terkenal.  Ia berasaskan yogurt dengan menggabungkan sodium alginate dan kalsium daripada susu yang akan mencair didalam mulut bagi sesiapa yang memakannya.

Menu seterusnya adalah sup tomyam yang berupa kepala udang dan dikeringkan.  Rasanya sama seperti rasa sup tomyam tetapi dalam bentuk yang rangup.

Ini adalah biskut wafer terung dengan proses penyediaan yang rumit namun unik seperti dibawah:

1. Terung segar dibakar di luar tetapi dimasak dengan lembut di dalam.

2. Disejuk beku di dalam peti sejuk beku segera pada suhu -40°Celsius.

3. Disejuk beku kering untuk membuang semua kelembapan terung selama 4 hari.

4. Terung dijadikan serbuk, dicampur rempah ratus dan minyak menjadi doh dan dipotong dengan potongan biskut.

5. Cutni bawang istimewa diletakkan di antara kedua potongan biskut wafer terung.

 
Hidangan ini memerlukan 8 hingga 9 orang chef dan disediakan 5 hingga 6 hari sebelum boleh dihidangkan kepada pelanggan.
 
Seterusnya, gula-gula perasa cili. Tidak terlalu pedas, dan lemak berkrim.

Ini pula adalah otak kambing dengan beberapa ramuan unik dan dikatakan lazat.

 
‘Idli Sambar’, sejenis hidangan daripada India Selatan diperbuat daripada beras, kacang, rempah ratus dan asam jawa.  Ia diolah dengan bentuk paf yang lembut dan ringan.

Hati ayam dan kelapa.

 
Burger kecil ini dikatakan sedap walau nampak ringkas.

 
Taco ikan dengan salsa mangga segar.

Hati itik yang sudah dikembangkan dihidang bersama marshmallow yuzu dalam bentuk wafer.

Kek ikan dengan tekstur keju.

Sushi tuna dikatakan antara yang paling enak.

Teh matcha atau sup sayur yang terdiri daripada ramuan asparagus, saleri, beberapa jenis sayuran dan herba.

 
Kari dengan aiskrim kelapa dan cutni cili hijau.

Burung puyuh dalam sangkar.

‘Paturi’, nasi dan ikan berempah dibalut dalam daun pisang yang ditindan bersama kayu sebelum dibakar untuk mendapatkan aroma dan rasanya.

Hidangan arang diperbuat daripada sayur asparagus rasa berkrim.

Udang karang dengan sos kari dan rempah.

Bunga ros daripada ubi bit.

Kari, mangga, dan coklat digabungkan.

 
Kek ‘Black Forest’ dengan serbuk ceri.  Apabila memakannya rasa berkrim seperti kek asal.

‘Ghewar’ hidangan pemanis mulut diperbuat daripada biskut dan mangga sebagai penutup.

Setelah mencuba kesemua hidangan, pasangan ini merasakan pengembaraan mereka ke Bangkok adalah amat berbaloi.  Mereka juga ingin berkunjung lagi kelak untuk merasai keunikan hidangan Chef Anand dalam berinovasi.
 
Sumber : BoredPanda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Palsu Dokumen Rentas Negeri, Penjawat Awam Ini Didenda RM1,800

Inilah akibatnya palsukan dokumen rentas negeri.

Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

Trending Wed, 7 Mar 2018

Dr. Pimple Popper to Have Her Own Pimple Popping Show!

Now all ‘popaholics’ can catch a glimpse of her working her magic on a bigger screen.

Trending Wed, 28 Aug 2019

Win a Cash Prize of RM1,000 with #KitaPunyaMalaysia Photography Contest in the Spirit of the 62nd Merdeka

We make Malaysia beautiful! There’s no ‘glorious’ without ‘us’!

Trending Fri, 30 Aug 2019

Harga Minyak RON97 Turun, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 31 Ogos sehingga 6 September 2019 kekal.

Trending Wed, 10 Jun 2020
Trending Tue, 7 May 2019

‘It’s A Boy’- Putera Harry Umum Isteri Selamat Bersalin!

Waris ketujuh takhta Britain selamat dilahirkan semalam…

Trending Tue, 10 Apr 2018

9 Mei Cuti Peristiwa, Jom Turun Mengundi!

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun rasmi Facebooknya selepas pengumuman tarikh-tarikh penting Suruhanjaya Pilihan Raya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di sini hari ini.

Trending Mon, 17 Sep 2018

Ular Pun Pandai ‘Check In’ Tau…Tak Percaya, Tengok Ni!

Situasi menjadi sedikit terkawal apabila anggota kakitangan keselamatan lapangan terbang tersebut menggunakan sebatang besi panjang untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.

Trending Fri, 29 May 2020

| Live TV