Trending By: SGMS Faida May 21, 2018 @ 6:49am

Bulan Madu? Nanti Dulu…

Pasangan Diraja Putera Harry dan isterinya Meghan yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu nampaknya perlu menangguhkan bulan madu buat masa ini.

Ini bagi memberi laluan kepada tugas diraja yang majuana mereka perlu menghadiri parti taman kebajikan untuk Putera Charles, bapa Harry, pewaris takhta di Istana Buckhingham, hari ini.

Majlis perkahwinan Duke dan Duchess of Sussex itu di Istana Windsor dihadiri kira-kira 100,000 orang yang berbaris di jalanan serta disaksikan jutaan lain di seluruh dunia.

Meghan dan Charles dilaporkan membentuk ikatan kuat oleh kerana beliau mengiringi bakal menantunya ke altar dalam majlis perkahwinan itu selepas bapanya menarik diri akibat kekecohan media diikuti pembedahan jantung.

Meghan, aktres televisyen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah campuran juga mencatat sejarah tersendiri apabila berjalan di lorong gereja sendirian sebelum disambut Charles untuk diserahkan kepada Harry selain memberi ucapan dalam majlis resepsi pada sebelah malam.

‘Kisstory: Harry & Meg’s historic change for monarchy,’ (Perubahan bersejarah monarki Harry & Meg) tajuk muka depan akhbar The Sun semalam, bersama gambar pasangan itu berkucupan di tangga Gereja St George.

“Jika ada perkahwinan memberi simbol Britain moden, pelbagai budaya dan kaum, semalam adalah buktinya,” tulis akhbar Sunday Mirror dalam editorial. -AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Mar 2020
Trending Fri, 30 Nov 2018

3秒心理测验!第一眼看到什么动物…找到人格光明面

只要看看你「第一眼先看到哪个动物」,就可以测出你的主要人格啦!

Trending Sun, 17 Mar 2019

Egg Boy Digelar Hero Kerana Baling Telur Ke Arah Senator Anning

Digelar Hero Kerana Baling Telur, Egg Boy Cecah 100K Pengikut di Instagram Dalam Masa Tak Sampai Sehari

Trending Wed, 5 Sep 2018

95%的人都不會「長尾夾」妙用法

生活中有没有一些文具,需要时像个宝,但是多于、不用时,却完全不想看到,例如:长尾夹。一般人通常都会用来夹文件等,但其实它还有许多大家不知道的用途喔~

Trending Tue, 17 Sep 2019

7 Things You Can Do At Home Because You Don’t Have Any Other Choice Except Staying Indoors; Darn You Haze!

Did you know that Malaysia actually has four seasons? Yup, they are monsoon, dengue, durian and HAZE!

Trending Tue, 17 Sep 2019
Trending Thu, 21 Feb 2019
Trending Fri, 27 Dec 2019
Trending Wed, 6 Nov 2019

Wanita Nyaris Maut Didakwa Dicakar Kucing

Wanita Ini Nyaris Maut Sehingga Terpaksa Hadapi 8 Kali Pembedahan

| Live TV