Sihat By: tex_admin April 30, 2018 @ 12:00pm

Jangan Tahu Makan Sahaja, Anda Perlu Ketahui Baik Buruk Pil Perancang Kehamilan

Pasti dalam kalangan anda sudah tahu apa itu pil perancang? Bagi mereka yang berkahwin, pengambilan pil ini adalah sebagai satu alternatif untuk mencegah dan menjarakkan kehamilan.

Mungkin usia anak yang masih kecil membuatkan anda berasa untuk menjarakkan sedikit tempoh hamil yang seterusnya.

Selain itu, terdapat juga kaedah lain untuk mencegah kehamilan iaitu kaedah impalan ataupun suntikan. Tetapi, pil perancang dilihat sebagai kaedah mencegah kehamilan yang popular di kalangan wanita Malaysia.

Foto: New Mydebat

Namun, mungkin ada dalam kalangan anda yang masih belum tahu akan baik dan buruknya mengambil pil perancang kehamilan ini. Di sini, penulis senaraikan:

Kebaikan pil perancang:-

1. Dapat mengawal kehamilan mengikut tempoh yang anda mahukan.

2. Merawat haid yang tidak menentu.

3. Mencegah risiko daripada terkena penyakit kanser ovari dan rahim.

Keburukan pil perancang:

1. Pil perancang mengandungi hormon tambahan di dalamnya. Jadi, kesan daripada pengambilan pil ini, emosi anda kadang-kala tidak stabil kerana hormon yang berlebihan di dalam badan.

2. Sesetengah pil perancang juga akan memberi kesan kepada berat badan sama ada berat badan naik dengan mendadak ataupun menurun. 

3. Discaj pada vagina. Discaj seperti keputihan atau lendiran mungkin akan bertambah atau berkurang berbanding hari-bari biasa. Ianya tidak berbahaya, tapi ia boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa. Penjagaan kebersihan amat penting agar tiada sebarang jangkitan kuman pada vagina.

4. Rasa bengkak pada payudara. Bagi sesetengah wanita, pengambilan pil perancang boleh menyebabkan payudara terasa besar dan bengkak. Tetapi, dalam masa beberapa minggu, kesan sampingan ini akan semakin menghilang.

Sebenarnya, anda tidak perlu takut tentang kesan pengambilan pil perancang ini. Sebaiknya, berbincanglah dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat yang sewajarnya. 

Sumber: EH! , SirapLimau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Mar 2018

Jangan Ambil Mudah Batuk Berpanjangan, Mungkin Virus Tibi Sedang Menyerang!

Pernahkan anda mengalami batuk yang berpanjangan? Keadaan ini mesti mengganggu kehidupan seharian anda kan?

Featured Fri, 27 Apr 2018

Sakit Kepala? Urut Badan Anda Di 11 Bahagian Ini Untuk Merawatinya

Sakit kepala? Tak payah telan pil, tak payah gosok minyak, tak payah hentak kepala.

Featured Wed, 25 Apr 2018

Tidak Hanya Indah Dipandang, Wangi Dicium. Bunga Juga Bermanfaat Untuk Kesihatan

Di Taiwan, makan kelopak bunga mawar yang dicelup dengan madu sudah menjadi amalan kerana kandungan fenolat yang bersifat anti radang selain kaya dengan vitamin bagi mengurangkan risiko barah, kencing manis dan sakit jantung.

Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!

Sihat Thu, 26 Apr 2018

Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Atasinya

Seksanya rasa sakit tumit ketika hamil. Ini cara nak atasinya.

| Live TV