Trending By: Salma Syahbuddin March 6, 2020 @ 9:00am

[VIRAL] Ibu Safawi Rasid Tidak Mahu Anaknya Kahwin?

Terpalit dengan isu kontroversi melibatkan Tunku Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ akibat kemerosotan mendadak prestasi Safawi Rasid yang kononnya berpunca akibat desakan teman wanitanya yang kemaruk mahu berkahwin. Kali ini, ibu pemain bola sepak JDT itu pula tampil memberitahu bahawa, anaknya itu masih terlalu muda untuk menjadi ketua keluarga.

Beliau yang ditemui di Kampung Chatak, Dungun, Terengganu itu memberitahu, beliau sedia maklum tentang hubungan anaknya itu sejak 8 bulan yang lalu kerana sebelum ini Syifa pernah datang melawat ke rumahnya sebanyak dua kali.

Sumber : Google

“Seboleh-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.

“Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu,” kata Salemeh Abu Bakar, 56

Ibu Safawi akui Syifa Melvin baik orangnya tapi…

Sumber : Instagram @syifamelvin

Mengakui Syifa pernah datang ke rumah mereka yang terletak di Dungun, Terengganu itu, apa yang boleh dikatakan Syifa memang baik dan beliau sendiri tidak tahu bahawa Syifa merupakan seorang pelakon.

“Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin

Bukan Mak tak restu

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Salemeh turut memberitahu, tiga minggu yang lalu anaknya itu ada menghubungi beliau untuk bertanya khabar dan pada masa yang sama, Safawi ada memberitahu hajatnya untuk berkahwin. Tetapi, anaknya itu baru berusia 23 tahun dan masih muda untuk menjadi ketua keluarga. 

“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini”

Malah, beliau mahu anaknya itu matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mahu anaknya itu melunaskan impiannyatermasuklah menyara dua lagi adiknya yang masih bersekolah. 

“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.

“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “

Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.

“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya.

Bapa sedar prestasi anaknya makin merosot

Sumber : Instagram @safawirasid29

bapa Safawi, Rasid Sulong, 66, berkata, dia sedar prestasi anaknya sedikit merosot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya. Tetapi sekiranya benar, dia berharap Syifa tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu.

Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara.

“Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.

“Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.

“Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” Jelasnya.

Apapun, yang jelas adalah penyerang JDT ini harus bijak menguruskan hal peribadi dan kariernya sebagai seorang pemain yang profesional.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 27 Jan 2018

传统婚宴太无聊 新人办「肯德基婚礼 」

结婚是一生的大事之一,虽然许多人都会向往一个梦幻又华丽的婚礼,留下回忆,但这样的婚礼真的要筹办起来,需要耗费不少金钱和精力。英国有一对新人就选择在速食店肯德基结婚,场地非常特别,又可以省下很多钱,所有的客人也都很享受炸鸡和饮料,度过特别的一天。

Trending Fri, 20 Apr 2018

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Rasa macam nak gigit!

Trending Sat, 8 Dec 2018

Cebisan Paru-Paru Terkeluar Melalui Mulut

Lelaki Batuk Sangat Teruk Sehingga Cebisan Paru-Paru Terkeluar Melalui Mulut

Trending Mon, 21 Oct 2019
Trending Wed, 21 Mar 2018

爱因斯坦「七大预言」已实现4个

爱因斯塔是世界十大著名物理学家之一,他不仅是一位杰出的物理学家,还是一位神奇的预言家!爱因斯坦的七大预言如今已实现了四个,七大预言中最恐怖的就是预言2060年地球将会毁灭!一起起来看看爱因斯坦的七大预言是什么!

Trending Tue, 2 Jun 2020

PKPB : Lebih Banyak Sektor Industri Kecil Dibenarkan Beroperasi

Alhamdulillah buat sektor industri kecil

Trending Mon, 19 Mar 2018

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

Trending Mon, 21 Oct 2019
Trending Wed, 25 Mar 2020

Rakyat Disaran Jangan Degil, Batalkan Saja Niat Balik Ke Kampung Halaman Dalam Tempoh PKP

Patuhi lah arahan yang diberikan, untuk kesejahteraan kita bersama

Trending Tue, 10 Apr 2018

Employers are NOT Required to Give Employees Day Off on May 9th

So, does this mean we need to take an annual leave to vote?

| Live TV